Anda di halaman 1dari 10

SK TAMAN TAWAU

XBA3070

KERTAS CADANGAN
MELUKIS MURAL
SK TAMAN TAWAU 2022

ANJURAN BERSAMA:
KELAB MEDIA DAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
Rujukan : SKTT.600-3/5/1 ( )

KERTAS CADANGAN
MELUKIS MURAL
SK TAMAN TAWAU TAHUN 2022

Sulaiman bin Wabi,


Guru Besar,
S.K. Taman Tawau.

MELUKIS MURAL SK TAMAN TAWAU TAHUN 2022

2.0 PENGENALAN
Mural merupakan cara menggambar atau melukis di atas permukaan yang luas seperti dinding,
tembok dan permukaan jalan raya. Ia adalah satu bentuk seni yang semakin digemari pelbagai
golongan. Lukisan mural bersifat bebas dan penggunaan media seperti cat tembok, cat kayu atau
sebarang bahan pewarna seperti kapur tulis dan sebagainya dapat menghasilkan gambar. Karya
lukisan mural yang dihasilkan dapat memberi satu impak dan memberi makna terhadap lukisan
yang dihasilkan. Kebanyakan lukisan mural di Malaysia terdapat di bangunan-bangunan terutama
pejabat, sekolah, tadika, lorong dan sebagainya.

Sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


(FPK) kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan agen perubahan seseorang insan. Selain itu,
sekolah juga merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan
kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari
ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

Sehubungan itu, bagi memupuk minat setiap murid di sekolah Panitia Pendidikan Seni Visual
akan menjalankan projek keceriaan lukisan mural. Projek keceriaan ini merupakan salah satu projek
yang akan dijalankan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual. Projek ini sekaligus dapat menguji
kreativiti guru di samping dapat melihat komitmen guru dalam menjayakan sesuatu projek.
3.0 RASIONAL
Keceriaan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek melukis
mural ini dijalankan berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai
persekitaran pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang ceria akan memberangsang
suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif merupakan satu agenda yang penting dalam rutin
seharian di sekolah. Projek keceriaan yang dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
warga sekolah iaitu murid-murid, guru-guru dan staf sokongan tentang jalinan hubungan antara
semua kaum dapat memupuk perpaduan sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan
negara.

4.0 MATLAMAT
4.1 Lukisan mural dapat memupuk nilai murni dalam kalangan murid di sekolah.
4.2 Memperindah dan menceriakan dinding ruang bangunan sekolah dengan lukisan mural.
4.3 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara tidak
langsung.
4.4 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan warga sekolah di sekolah.
5. 2 Meningkatkan keceriaan sekolah yang dapat memberangsang suasana pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.


5.3 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan murid dan warga
sekolah.
5.4 Memberi guru ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran dan bakat secara
kreatif.
6.0 KUMPULAN SASARAN
6.1 Semua guru seni dan murid Kelab Media SK Taman Tawau

7.0 TEMPAT
7.1 Dinding SK Taman Tawau

8.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Sepanjang Bulan Januari – Mei

9.0 JAWATANKUASA
9.1 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En. Sulaiman bin Wabi (Guru Besar SK. Taman Tawau)
Naib Pengerusi : Pn. Marinah binti Niridin (PK. Kokurikulum)
Tim. Pengerusi : En Birma Petta Tandra (PK. Pentadbiran )
Pn Emilysia Chuan (PK. HEM)
Pn. Fatmah Wati Abdul Moes (PK. Petang)
Penyelaras : Puan Darwia Dawi
Pen. Penyelaras : Puan Norhafiza binti Bakri
Setiausaha : Cik Umi Nadzreena binti Madslin
Pen. Setiausaha : Cik Nurul Amirah binti Abdul Rahman
Bendahari : Pn. Nurain Anuwar

AJK : Mariah binti Daalun Dong


Aiti@Sueharti binti Sipit
Norlila binti Ibnu
Arsina binti Paling
Rosniatih binti Nurdin
Megawati binti Iskandar
Hirdawati binti Abdul Hamid
Aikal bin Tangal
Hernawati binti Nasir
Siti Normah binti jainuddin
Nur Erna binti Herman
10.0 IMPLIKASI KEWANGAN
10.1 Sumber Kewangan – Panitia
10.2 Anggaran Perbelanjaan :

BIL PERKARA HARGA


SEUNIT (RM) KUANTITI JUMLAH

1 Cat Jotun
• Biru (2)
• Hitam (2) RM 50 10 X 50.00 RM 500
• Kuning (2)
• Putih (2)
• Merah (2)
2 Cat Pelaka
• Putih
• Hitam
• Merah RM28.23 10 X RM28.23 RM282.3

• Biru
• Kuning

3 Poster colour Buncho RM 30 10XRM30 RM300


4
Berus Cat

• Berus besar RM5 5 x RM 5

RM 45

• Berus kecil RM2 10 x RM 2

5 Roller RM 5 10 x RM 5 RM 50

6 Easel Stand

RM43.40 30 x RM43.40 RM1302

JUMLAH RM 2479.3
11.0 ULASAN JPN/ PPD (Sekiranya perlu)
…………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
12.0 PENUTUP
Aktiviti program ini diharap dapat mencapai objektif dan matlamat yang telah dirancang.
Disediakan oleh : Disemak oleh:

………………………………….….. ……………………………………….
(UMI NADZREENA BINTI MADSLIN) (MARINAH BINTI NARIDIN)
Setiausaha, Penolong Kanan Kokurikulum
Jawatankuasa Panitia Pendidikan Seni Sekolah Kebangsaan Taman Tawau,
Visual Tawau.
Sekolah Kebangsaan Taman Tawau, Tarikh :
Tawau.
Tarikh :
Rujukan : SKTT.800-1/11 ( )

KERTAS CADANGAN MELUKIS MURAL SK TAMAN TAWAU 2022/23

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Melukis Mural SK Taman Tawau 2022/23

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Melukis Mural SK Taman Tawau 2022/23

Ulasan :

………………………………………………………………………………………………...…

………………………………………………………………………………………………...…

………………………………………………………………………………………………...…

(SULAIMAN BIN WABI)


Guru Besar,
S.K. Taman Tawau.
Tarikh :
LAMPIRAN : Contoh lukisan Mural

Anda mungkin juga menyukai