Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN PROJEK AULAD (MURID KHATAM)

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA

PENDAHULUAN
Konsep program j-QAF adalah suatu usaha memperkukuhkan Pendidikan
Islam melalui penekanan khusus dan berfokus kepada pengajaran tulisan jawi, al-
Quran, bahasa Arab dan fardu ain. Program AULAD (Love al-Quran Daiman)
merupakan salah satu projek yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab dengan kerjasama Musolla An-Naim untuk memperkasakan al-Quran
seiring dengan matlamat Pendidikan Islam.

Antara objektif utama program AULAD ini adalah supaya murid dapat
membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid serta dapat menghabiskan bacaan
al-Quran daripada juzuk 25 sehingga juzuk 30 mengikut tahun atau tahap umur
mereka.

1. MATLAMAT
Matlamat pelaksanaannya adalah seperti berikut :-
 Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid.
 Dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk.

2. OBJEKTIF
 Murid dapat menguasai asas bacaan al-quran dengan lancar dan
bertajwid.
 Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk semasa berada di
sekolah rendah.

3. MEDIUM
Google classroom dan google meet (DELIMA)

4. TEMPOH MASA
Mac – Julai (4 Bulan)
5. JAWATANKUASA
- Mengenal pasti murid yang membaca al-Quran juzuk 25 ke atas.
- Setiap murid membaca al-Quran mengikut kedah talaqqi dan musyafahah.
- Proses talaqqi dan musyafahah di dalam kelas (meet) dikendalikan oleh guru
Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar tasmik dengan dibantu oleh sekurang-
kurangnya seorang guru pembimbing yang boleh terdiri daripada guru GPI
lain, guru akademik biasa, pentadbir sekolah, kaki tangan sekolah dan murid
turus.
- Merekod bacaan setiap murid di dalam Buku Rekod Bacaan al- Quran
masing-masing.

6. CADANGAN PENILAIAN BACAAN MURID


- Guru tasmik bertanggungjawab untuk menilai bacaan murid setiap minggu.
- Sekiranya bacaan murid kurang memuaskan, murid tidak boleh berpindah ke
muka surat seterusnya.
- Guru Tasmik juga perlu mengisi data pada borang pencapaian yang telah
disediakan setiap minggu.

7. PELAN INTERVENSI
- Guru tasmik yang mengajar murid boleh menggunakan sebarang medium
untuk membimbing murid secara bersemuka (Google meet, video call dan
sebagainya)
- Jika menghadapi kekangan untuk membimbing murid secara bersemuka
seperti yang dicadangkan, sebarang kaedah yang difikirkan sesuai adalah
sangat digalakkan.

8. PENILAIAN PROGRAM
- Program ini akan tamat pada bulan Ogos 2021. Pihak jawatankuasa akan
membuat penilaian berdasarkan data yang dibekalkan oleh guru Tasmik.

9. JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran A

10. ANGGARAN BELANJAWAN


Rujuk Lampiran B

11. PENUTUP

Mudah-mudahan usaha sedikit ini akan berupaya meningkat tahap


penguasaan murid terhadap Al-Quran. Namun segala usaha ini diharapkan
mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada seluruh warga sekolah agar
matlamat dan objektif yang telah digariskan dapat dicapai dengan jayanya.
Adalah di harapkan program ini akan mencapai kejayaan dan mampu
menerapkan nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan sebagai amalan
secara berterusan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................................... ……………………………
(NUR ‘ATIQAH BT CHE SAAD) (SITI NURBAYA BT RAMLI)
Setiausaha, Ketua Panitia Pendidikan Islam
Projek AULAD SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Disahkan oleh,

.................................
(MOHD TAMIZI BIN MARUDDIN)
Guru Besar,
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Lampiran A

JAWATANKUASA PROGRAM AULAD

Penasihat : En Mohd Tamizi bin Maruddin (Guru Besar)

Pengerusi : Pn Maanila Apputhurai (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : En Kamaruzaman bin Mohd Zain (PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Pn Sarojah bt Sahnu (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 : Pn Nor Aslaini bt Mohamed (PK Petang)

Ketua Panitia : Pn Siti Nurbaya binti Ramli

Penyelaras Program : Pn Nur Adibah binti Kamaruddin

Setiausaha : Pn Nur ’Atiqah bt Che Saad

Bendahari : Pn Nuruda bt Mohamed

AJK PUBLISITI / PAGE FB

Pn Nur Syamila bt Azahari

AJK DOKUMENTASI

Pn Mariahasida bt Mat Piah

AJK SIJIL DAN HADIAH

Pn Nurul Shuhada bt Mohd Jais

Pn Siti Khadijah bt Che Kob

FASILITATOR

Cik Ayuni Solehah bt Awiskornain

Pn Sarojah bt Sahnu

Pn Mariahasida bt Mat Piah

Cik Nur Fudla Fatimah bt Mohd Sobri


Pn Siti Rokiah bt Abdullah

En Muhd Nur Ikhwan b Naridan

Cik Nur Ulaiya Syamimi bt Sukeri

Pn Suhaila bt Ibrahim

Cik Aina Saiyidah Akmal bt Mat Isa

Pn Nur Karmila Maulad Yusof


Lampiran B

ANGGARAN BELANJAWAN PROJEK AULAD

BIL PERKARA ANGGARAN BELANJAWAN JUMLAH


1
1-     BUNTING RM 40.00 X 2 RM 80.00

2- HADIAH RM 20.00 X 30 orang RM 600.00


3- SIJIL RM 50.00 RM 50.00
JUMLAH KESELURUHAN : RM 730.00

Anda mungkin juga menyukai