Anda di halaman 1dari 17

-akramstyle-

HUKUM TAJWID
QALQALAH
QALQALAH SUGHRA

Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan


kalimah.

Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.

QALQALAH KUBRA

Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila


memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di
hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid).
Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan
wakaf (berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.

1
-akramstyle-

QALQALAH AKBAR

Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada


huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut
bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini
merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf
(berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.

NUN SAKINAH DAN TANWIN


IQLAB

2
-akramstyle-

Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.


Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz sesuatu huruf
kepada huruf yang lain.

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu
Ba', maka hendaklah ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada
Mim dengan disertai suara "Ghunnah" (dengung) dengar kadar
panjang dua harakat. Sebab ditukarkan Nun Sakinah dan Tanwin
kepada Mim tidak kepada huruf-huruf yang lain kerana Mim dan Ba'
ada persamaan antara makhraj dan sifatnya.

 Makhraj Mim dan Ba' pada antara dua bibir.


 Sifat yang sama antara Mim dan Ba' pula ialah Jahar,
Istifal, Infitah, Idzlaq dan Ghunnah

IDGHAM
IDGHAM terbahagi kepada 2.

IDGHAM BILA GHUNNAH

Iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra'
dan Lam.

3
-akramstyle-

Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun
Sakinah atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang
berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah.
Bacaan Idghamnya tidak disertai dengan Ghunnah (dengung).

IDGHAM MA'AL GHUNNAH

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf-
huruf Idgham Ma'al Ghunnah iaitu Ya', Wau, Mim dan Nun dalam
dua kalimah. Maka ia dibaca dengan disertai ghunnah (dengung)
dengan kadar 2 harakat.

IKHFA' HAQIQI

Dinamakan Ikhfa' Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan


Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah.
Ikhfa' Haqiqi ada tiga martabat (peringkat):

1. Martabat tertinggi: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin


pada huruf To', Dal dan Ta' kerana makhrajnya paling
hampir dengan Nun Sakinah.

4
-akramstyle-

2. Martabat pertengahan: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau


Tanwin pada huruf Tha', Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad,
Dhad, Zha' dan Fa' kerana makhrajnya di pertengahan
(iaitu antara martabat tertinggi dengan martabat
terendah) Nun Sakinah.
3. Martabat terendah: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau
Tanwin pada Qaf dan kaf kerana makhrajnya berjauhan
dengan Nun Sakinah.

Perhatian: Ikhfa' Nun Sakinah juga berlaku pada huruf


pembukaan surah seperti yang disenaraikan di bawah ini:

o Surah Maryam: 1
o Surah al-Syura: 2
o Surah al-Naml: 1 dan 2 (sekiranya dibaca wasal pada
ayat 1 dan 2).

Bunyi ghunnah atau dengung bagi hukum Ikhfa' Haqiqi ada


dua keadaan:

o Tafkhim (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu


dengan huruf-huruf Ikhfa' yang bersifat isti'la' seperti
huruf Shad, Dhad, To', Zha', dan Qaf).
o Tarqiq (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu
dengan huruf-huruf Ikhfa' yang tidak bersifat isti'la'
iaitu selain dari huruf-huruf yang telah disebutkan di
atas).

MIM NUN BERSABDU


MIM BERSABDU

Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama sukun
dan kedua berbaris. Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang

5
-akramstyle-

berbaris sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang


bersabdu. Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca secara
Ghunnah (menzahirkan dengungnya) dengan kadar dua harakat.

NUN BERSABDU

Nun yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf Nun, iaitu huruf yang
pertama sukun dan yang kedua berbaris

HUKUM MAD
MAD FAR'IE
Mad Far'ie terbahagi kepada 8.

6
-akramstyle-

Mad 'Aridh Lil Sukun

Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang


mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf.

Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4


harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana
seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan
asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.

Mad Badal

Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam
satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas
huruf Mad.
Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah
gantian daripada Hamzah.

Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris


huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal
terjadi dalam 4 keadaan:
a. Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.
b. Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.
c. Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.
d. Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya
sahaja (ibtida').

Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

7
-akramstyle-

Mad 'Iwad

Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas
kecuali pada huruf Ta' Marbutah.

Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad


Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf.

Mad Jaiz Munfashil

Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah


dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja.

Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-


imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad
Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah
berada di dalam dua kalimah yang berasingan.
Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil
ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah
Resam al-Quran:
1. Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara
Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah
antara keduanya.
2. Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas
Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia
seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada
dua situasi:

8
-akramstyle-

a. Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada


kalimah yang dimulai dengan Hamzah.
b. Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.

Mad Liin

Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang
mendatang ketika waqaf sahaja.

Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.

Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh
dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad
'Aridh Lil Sukun

Mad Silah Qasirah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.

Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir


kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya

9
-akramstyle-

juga terdapat huruf yang berbaris.

Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu
selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.

Mad Silah Towilah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.

Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir


kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya
juga terdapat huruf yang berbaris.

Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan


selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie

Mad Tamkin

Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu kalimah.
Ya' yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya'
yang kedua sukun.

10
-akramstyle-

Mad Asli
Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali
dengan Mad Tabi'ie.

Mad Asli terjadi apabila:

a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.


b. Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris
hadapan.
c. Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris
bawah.

Perhatian:

Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri


dengan Alif dan dibaca panjang dengan kadar 2 harakat
ketika waqaf sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-
kalimah ini dibaca dengan pendek tidak bermad.

HUKUM HAMZAH
PECAHAN HUKUM HAMZAH

Hamzah Qat'ie

Hamzah Qata' iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada

11
-akramstyle-

dimulakan dengannya atau sebaliknya. Hamzah ini dinamakan


dengan Hamzah Qat'ie kerana hamzah ini mempunyai baris yang
pasti atau tetap kewujudannya. Hamzah Qat'ie boleh menerima
baris dan ditulis dengan nyata barisnya. Ia terdapat pada ketiga-
tiga jenis kalimah iaitu isim (kata nama), Fe'el (kata kerja) dan harf
(kata sendi). Hamzah Qat'ie yang datang pada kalimah ini menerusi
tiga keadaan iaitu:
1. Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau
hadapan.
2. Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas,
hadapan bawah atau sukun (mati).
3. Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas,
bawah, hadapan atau sukun (mati).

Hamzah Qat'ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa


keadaan:
1. Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada
lafaz 'Aajami' surah Fussilat: 44.
2. Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika
terdapat hamzah wasal sebelumnya dan dimulakan dengan
hamzah wasal tersebut. seperti pada lafaz 'Utumina' surah al-
Baqarah: 283

Kaedah penulisan Hamzah Qat'ie.

1. Apabila Hamzah Qat'ie berada di awal kalimah maka ia ditulis


dengan huruf alif sebagai rumahnya sama ada hamzah itu
berbaris atas, bawah atau hadapan.

 2. Apabila Hamzah Qat'ie berada di tengah kalimah maka ada


beberapa keadaan:

 Apabila hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya


berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai
rumahnya.
 Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf
sebelumnya berbaris bawah maka ia ditulis dengan
huruf Ya' sebagai rumahnya.
 Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf
sebelumnya berbaris hadapan maka ia ditulis dengan
huruf wau sebagai rumahnya.
 Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris dan huruf
sebelumnya sukun kecuali alif maka ia ditulis
bersendirian tanpa rumah.
 Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris atas maka ia
ditulis dengan alif sebagai rumah.
 Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris bawah maka ia
ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah.

12
-akramstyle-

 Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris hadapan maka ia


ditulis dengan huruf wau sebagai rumah.

      3. Apabila Hamzah Qat'ie berada di hujung kalimah, maka ada


beberapa keadaan juga iaitu:
 Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang
berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai
rumah.
 Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang
berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai
rumah.
 Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris
hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau.

2. Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris mati


(sukun) maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.

Hamzah Wasal

Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan


dengannya dan tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Ia hanya
terdapat pada awal kalimah.

Tanda:

Hamzah wasal boleh menerima baris tetapi tidak ditulis akan


barisnya secara nyata sebaliknya ia ditulis dengan huruf alif yang
diletakkan kepala shad kecil di atasnya. Ia terdapat pada kalimah
isim (kata nama) dan fi'il (kata kerja) sahaja

13
-akramstyle-

LAM TA'ARIF

PECAHAN LAM TA'ARIF

Alif Lam Syamsiah (Idgham Syamsi)

Alif Lam Syamsiah juga dikenali dengan Idgham Syamsi.


Diidghamkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf
Syamsiah. Huruf Syamsiah ada 14 huruf iaitu Ta', Tha', Dal, Dzal,
Ra'. Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, To', Zha', Lam dan Nun.

Idgham Syamsi terbahagi kepada dua bahagian:

1- Idgham Syamsi Bi Ghunnah (Idgham Syamsi dengan


dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Nun.
2- Idgham Syamsi Bila Ghunnah (Idgham Syamsi tanpa
dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Huruf-
huruf Syamsiah selain Nun.

Sebab-sebab Idgham:

1- Lam Ta'rif dengan Lam adalah dua huruf yang sama pada
makhraj dan sifat.
2- Lam dengan baki huruf Syamsiah yang lain adalah dua huruf
yang mutaqariban.

14
-akramstyle-

Alif Lam Qamariah (Izhar Qamari)

Alif Lam Qamariah juga dikenali dengan Izhar Qamari. Diizharkan


Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Qamariah.
Huruf-huruf Qamariah itu ada empat belas huruf iaitu Ba', Jim, Ha',
Kha', 'Ain, Ghain, Fa', Qaf, Kaf, Mim, Wau, Ha', Hamzah dan Ya'. Ia
dinamakan Izhar Qamari kerana diizharkan Lam tersebut kepada
Huruf-huruf Qamariah; manakala sebab ia Izhar ialah kerana Lam
dan Huruf Qamariah adalah dua huruf Mutaba'idan.

MIM SAKINAH
IKHFA' SYAFAWI

 Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf Ba', maka wajib


dibaca dengan Ikhfa' dan ghunnah dengan kadar 2 harakat.
 Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama
keluar dari dua bibir.
 Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.

15
-akramstyle-

IZHAR SYAFAWI

 Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf-huruf Hijaiyyah


selain dari huruf Ba' dan Mim maka hukum bacaannya adalah
Izhar.
 Dibaca dengan tidak disertai ghunnah (dengung).
 Di namakan Izhar Syafawi kerana Mim makhrajnya di antara
dua bibir.

TAFKHIM DAN TARQIQ


LAM LAFZUL JALALAH TARQIQ

Lam pada lafaz Allah: Dibaca dengan Tarqiq apabila didahului


dengan huruf yang berbaris bawah

16
-akramstyle-

PECAHAN HUKUM RA'

Ra' Tarqiq

Ra' wajib dibaca dengan nipis di dalam lapan keadaan iaitu:

1. Ra' berbaris bawah sama ada di awal, tengah dan hujung


kalimah.
2. Ra' berbaris kasrah 'Aridh (kasrah yang mendatang). Contoh:
Surah Ibrahim: 44
3. Ra' sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah sama ada di
tengah atau di hujung kalimah.
4. Ra' sukun, huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya
Huruf Ist'ila' dalam kalimah yang berasingan. Contoh: Surah
Nuh: 1
5. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan huruf sebelumnya juga
sukun (selain daripada Ya', sama ada Ya' Mad atau Ya' Lin)
dan huruf sebelumnya lagi berbaris bawah.
6. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Mad.
7. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Lin.
8. Ra' yang diimalahkan.

Reff: http://qump.bluehyppo.com/tafsir/tajwid.htm

17

Anda mungkin juga menyukai