Anda di halaman 1dari 21

MODUL 7

TEORI PERLAKUAN

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman


Dato' Haji Mohamed)

Perkaitan Subjek:

Modul ini mendedahkan pelajar kepada bidang teori


Perlakuan.
Tumpuan adalah diberi kepada latar belakang teori;
falsafah dan
konsep penting teori perlakuan; rasional perubahan
personaliti;
proses kaunseling perlakuan.

Sumber Pembelajaran:

1. Pandangan umum tentang kandungan modul


2. Konsep penting dalam teori perlakuan
3. Bahan bacaan

Tajuk Pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami


secara umum
tentang asas teori perlakuan:

1. Pengenalan kepada teori perlakuan


2. Pendekatan dan kontinum Teori Perlakuan
3. Model Analisis Penerapan Tingkahlaku
4. Model Klasik Rangsangan-Gerak Balas
5. Model Pembelajaran Sosial
6. Model Modifikasi Tingkahlaku Kognitif
7. Kaunseling mengikut Teori Perlakuan
8. Matlamat kaunseling
9. Teknik Kaunseling Modifikasi Perlakuan

Kaedah Belajar:

Membaca, memikir kembali dan menganalisis


nota.
Penilaian:

1. Setelah anda membaca sebahagian


atau
keseluruhan modul ini, sila jawab soalan uji
sendiri.

Teks Wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan
dalam Kaunseling.
Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd Majid Isa. (1995).


Asas Pendidikan IV.
Kuala Lumpur: Longman.

TOPIK 1: PENGENALAN TEORI PERLAKUAN

Teori perlakuan berasaskan pendekatan tindakan yang


mekanikal.
Tingkahlaku manusia dilihat sebagai objek yang mempunyai
gerak
balas yang tertentu. Gerak balas ini pula bergantung
pada satu
cara rangsangan yang boleh mempengaruhi tingkahlaku
manusia.
Sebagai satu pendekatan yang mekanistik dan kuantitatif,
teori ini
menggunakan kaedah yang melibatkan pengukuran dan
penilaian yang
sangat objektif dalam penyelenggaraan proses kaunseling.

Antara pengasas teori ini, Ivan Pavlov dan Joseph


Wolpe
mengemukakan teori perlakuan pelaziman klasik; manakala
teori
perlakuan pelaziman operan dipelopori oleh B. F. Skinner
dan J. B.
Watson. Teori ini juga mempunyai pengaruh dalam aspek
sosialisasi
dengan teori pembelajaran sosial yang dikemukakan oleh
Bandura.

Perkembangan teori ini begitu pesat sekarang. Pada


tahun-
tahun enam puluhan dan tujuh puluhan, satu ciri baru mula
diperkenalkan dengan pendekatan yang menggabung penerapan
tingkahlaku dengan pemikiran daya kognitif. Permulaan
era baru ini
meletakkan teori perlakuan pada satu kontinum yang lebih
mencabar
dan berkesan. Terletak pada satu penghujung kontinum ini
adalah
pendekatan yang menumpu ke arah analisis penerapam
tingkahlaku,
dipelopori oleh Skinner. Manakala satu penghujung yang
lain adalah
pendekatan yang menumpu ke arah modifikasi tingkahlaku
kognitif
seperti yang diguna oleh A. T. Beck.

Fahaman perlakuan berpendapat bahawa neurosis


dipelajari
melalui proses pembelajaran. Ciri empirikal dipentingkan
dan
tingkahlaku bergerak dengan sistem peraturannya yang
boleh
ditentukan. Interaksi antara kaunselor dengan klien
seperti yang
difahami dalam pengendalian proses kaunseling cara
pemusatan
perorangan tidak diamalkan sepenuhnya. Kepentingan
hubungan
kaunselor dengan klien lebih mirip sebagai perantara yang
dapat
mengubah persekitaran bagi menggerakkan perubahan gerak
balas
tingkahlaku klien.

Lazimnya teknik kaunseling terjelma hasil daripada


pengalaman
interaksi hubungan insan dan suasana sebenar yang berlaku
bagi
mencari cara mengatasi sesuatu kesulitan. Kaunseling
pendekatan
perlakuan juga menggunakan teknik tertentu sebagai daya
bagi
mengatasi sesuatu kesulitan. Walau bagaimanapun
tekniknya semata-
mata berupa punca manipulasi objek bagi mendatangkan
matlamat
tertentu. Tekniknya lebih mirip secara sengaja dan
dirancangkan
bagi mengubah tingkahlaku klien.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman


Dato' Haji Mohamed)
---------------------------------------------------------
-------
Kata Kunci:

perlakuan
tingkahlaku
rangsangan dan gerak balas
SOALAN UJI SENDIRI

Tandakan / bagi yang betul:

1. Terapi Perlakuan mementingkan orang sebagai


objek.
Betul _____ Salah _____

2. Pengasas pendekatan pelaziman klasik ialah:

Ivan Pepinsky ____


Ivan Pavlov ____
Ivan Pavez ____

3. Pengasas pendekatan pelazim operan ialah B. F


Skinner.

Betul _____ Salah _____

---------------------------------------------------------
---------

TOPIK 2: PENDEKATAN DAN KONTINUM TEORI


PERLAKUAN (Bahagian 1)

Pengetahuan berkembang dan pendekatan teori


perlakuan tidak
terkecuali daripada hakikat ini. Pada masa sekarang,
terapi
perlakuan banyak berkongsi teknik dengan cara psikoterapi
lain.
Penerapan dan penyesuaian tertumpu kepada penggunaan
kaedah yang
singkat dan lebih terarah. Secara mekanistik, terapi
perlakuan
banyak menumpukan arahan dari kaunselor kepada kliennya.
Walau
bagaimanapun, penggunaan teknik berbeza mengikut aliran
pendekatan

mirip teori perlakuan yang tertentu. Terdapat empat


mirip
pendekatan yang terletak pada kontinum A -- B seperti
berikut: 1)
Analisis Penerapan Tingkahlaku; 2) Model Klasik
Rangsangan-gerak
balas; 3) Teori Pembelajaran Sosial; 4) Modifikasi
Tingkahlaku
Kognitif (lihat rajah 1).

A B
<----------------------------------------------------
->
1 2 3
4

Rajah 1

Model analisis penerapan tingkahlaku. Pendekatan


ini melihat
bahawa tingkahlaku sebenarnya adalah akibat daripada
suatu
rangsangan. Kawalan peneguhan ke atas sesuatu
rangsangan itu pula
akan mengubah tingkahlaku. Pendekatan ini menggunakan
prinsip
pelaziman operan dan pengukuran sama ada berkesannya
aliran
peneguhan dinilai daripada hasil kesan rangsangan yang
baru.
Paradigma analisis perlakuan ini dapat dicerap dari rajah
2.

R --------------> P ----------
> GB
Rangsangan Peneguhan
Gerak Balas

Rajah 2
Tingkahlaku (GB) terhasil dari rangsangan (R).
Rangsangan
ditambah dengan peneguhan. Akibat dari proses ini maka
berlaku
satu gerak balas. Contohnya, seorang pelajar yang nakal
di dalam
bilik darjah. Pelajar melakukan sesuatu yang tidak
disenangi guru
X, seperti buat bising. Setiap kali pelajar tersebut
buat bising,
beliau akan dimarahi guru X bersamaan dengan pandangan
serta mimik
muka guru X yang garang. Pelajar akan diam. Pada
keadaan yang
lain, apabila pelajar buat bising, dan pelajar melihat
muka guru Y
dengan mimik mukanaya yang garang, pelajar akan menukar
tingkah
lakunya menjadi diam.

Membuat bising merupakan rangsangan, dan bagi


menghapuskan
tingkahlaku buat bising tadi, pelajar dimarahi bersamaan
dengan
gandingan muka marah. Pengalaman dimarahi diingati oleh
pelajar
dengan gandingan muka marah. Pada keadaan yang lain,
mimik muka
marah sudah mencukupi bagi mengubah tingkahlaku untuk
pelajar diam.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman


Dato' Haji Mohamed)
---------------------------------------------------------
--------

Kata Kunci:

kontinum
analisis penerapan tingkahlaku
pelaziman operan

---------------------------------------------------------
----------

SOALAN UJI SENDIRI

1. Tiga model pendekatan terapi perlakuan adalah:

a) Model Klasik Rangsangan-Gerak Balas


____
b) Model Perorangan dan Pelaziman
____
c) Model Modifikasi Perlakuan Kognitif
____
d) Model Analisis Rasional
____
e) Model Pembelajaran Sosial
____

2. Struktur aliran pelaziman operan meletakkan


elemen
peneguhan selepas sesuatu gerak balas berlaku.

Betul ____ Salah ____

_________________________________________________________
____

TOPIK 3: PENDEKATAN DAN KONTINUM TEORI


PERLAKUAN (Bahagian 2)
Model klasik rangsangan-gerak balas. Pendekatan ini
menerap
prinsip pelazimzn klasik dan penghindaran yang mula
diasas oleh
Ivan Pavlov. Prinsipnya menggunakan paradigma
pembolehubah
perantara bagi menghasilkan perubahan tingkahlaku. Rajah
3
menunjukkan kaedah mudah prinsip rangsangan dan gerak
balas.

R -------------------> GB ----------> P

Rangsangan Gerak Balas


Peneguhan

Rajah 3

Dalam model ini, tingkahlaku (GB) terhasil dari


rangsangan.
Tingkahlaku tersebut diperkukuh dengan wujudnya peneguhan
(P)
selepas terhasil tingkahlaku yang baru. Contohnya,
seorang pelajar
selepas tamat sekolah terdengar bunyi loceng penjaja di
luar
kawasan sekolah. Pelajar mendekati penjaja tersebut dan
mendapati
penjaja menjual ais krim. Pelajar membeli ais krim dan
menikmati
kelazatan ais krim. Perkara ini berulang setiap hari.
Akibatnya,
setiap kali loceng berbunyi, pelajar akan mengingati
kelazatan ais
krim dan keinginan membeli dan mendapatkan ais krim akan
menjadi
satu desakan dalam diri.

Pada mulanya bunyi loceng merupakan rangsangan tidak


terlazim.
Pelajar membeli ais krim dan menghirup ais krim merupakan
gerak
balas. Pelajar dapat merasa kelazatan ais krim merupakan
peneguhan
ke atas gerak balasnya membeli ais krim. Pelajar tetap
akan
mengingati serta gambaran imej pengalamannya dapat
menikmati
kelazatan ais krim. Pada masa yang lain, bunyi loceng
yang sama
sudah mencukupi bagi pelajar mengingati ais krim. Bunyi
loceng
sudah berubah menjadi rangsangan terlazim. Pelajar akan
sentiasa
tergerak membeli ais krim selepas tamat waktu sekolah.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman


Dato' Haji Mohamed)
---------------------------------------------------------
----------

Kata Kunci:

Pelaziman klasik

---------------------------------------------------------
----------

TOPIK 4: PENDEKATAN DAN KONTINUM TEORI


PERLAKUAN (Bahagian 3)

Teori pembelajaran sosial.

Pada akhir tahun 1960, penyelidikan tentang teori


perlakuan mula berkembang
lebih luas menjangkau alam sosial. Pendekatan perlakuan
tidak lagi terikat
dengan alam eksperimen dengan pelaziman klasik dan
pelaziman operan
sahaja. Perkembangan dalam bidang psikologi sosial,
personaliti
telah memulakan terapis dalam bidang ini merintis dan
meneroka
aspek pembelajaran yang dilalui individu dalam
kehidupannya
seharian dalam alam masyarakat yang sebenar. Bandura
mengemukakan
satu bentuk pendekatan perlakuan yang menumpu pada
pembelajaran
sosial. Struktur pembelajaran berasaskan pada sistem
interaksi
antara tiga aspek berikut: 1) rangsangan dari acara
luaran; 2)
peneguhan luaran; dan 3) proses perantara secara
kognitif.

Pendekatan pembelajaran sosial ini menggunakan


prinsip
kesalingan dalam interaksi manusia dengan alam
persekitarannya.
Manusia dianggap sebagai agen perubahan dan mempengaruhi
persekitarannya dengan cara pembelajaran mengikut
percontohan.
Manusia mempunyai daya rangsangan pemikiran yang boleh
menggerakkan
proses secara simbolik serta berupaya membuat peraturan
pilihannya
secara sendiri.

Kefahaman seperti ini memberi penekanan bahawa


tingkahlaku
ditumpukan ke arah individu dan huraian analisis tentang
individu
dikaitkan dengan keadaan kehidupan psikologikalnya.
Tingkahlaku
mula difahami dengan menumpu pada cara individu
berinteraksi dengan
orang lain yang signifikan dalam masyarakat. Di samping
berupaya
mengubah tingkahlaku mereka mengikut matlamat dan ideal
yang
dikehendaki sealiran dengan usaha memahami budaya alam
sekelilingnya.

Pendekatan modifikasi tingkahlaku kognitif.


Pendekatan ini
menumpu kepada tingkahlaku hasil daripada pengstrukturan
kognitif.
Pengalaman seseorang digandingkan dengan cara individu
tersebut
mentafsir tingkahlakunya. Pentafsir yang tidak rasional
boleh
mengakibatkan tingkahlaku yang bercelaru. Dalam
pendekatan ini,
manusia tidak dianggap hanya sebagai objek. Interaksi
dan tingkah
laku antara insan tidak berlaku tanpa wujudnya perasaan
dan
pemikiran. Elemen ini merupakan tumpuan induk dalam
kefahaman
modifikasi tingkahlaku kognitif.

Individu dalam proses interaksi sentiasa bergerak


balas kepada
rangsangan alam sekitarnya dan saling membuat pentafsiran
tertentu
serta menukarkan persepsinya kepada suatu tingkahlaku.
Walau
bagaimanapun, setiap individu akan membuat pentafsiran
yang berbeza
berasaskan kepada pengalaman dan pentafsiran subjektifnya
terhadap
rangsangan alam persekitarannya.

Unsur inilah yang membezakan antara pendekatan


modifikasi
tingkahlaku kognitif dengan pendekatan perlakuan
pelaziman klasik.
Pembolehubah perorangan menjadi satu elemen penting
kerana
kesalingan antara individu dengan persekitarannya
melibatkan
pengalaman sosial individu tersebut berserta dengan
perkembangan
kognitifnya. Suasana ini juga melibatkan jangkaan
individu
tersebut terhadap apa yang dikehendaki, di samping perlu
mengikuti
segala peraturan yang ada di dalam masyarakatnya.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman


Dato' Haji Mohamed)
_________________________________________________________
_____________
Kata Kunci:

pembelajaran sosial
percontohan
kesalingan
modifikasi tingkahlaku kognitif
pengstrukturan kognitif

---------------------------------------------------------
----------

SOALAN UJI SENDIRI

1. Ciri peneguhan tidak perlu dipentingkan dalam


mengenal
pasti rangsangan semasa mencorakkan aliran
struktur
pelaziman klasik.

Betul ____ Salah ____

2. Huraikan konsep kesalingan dalam model


pembelajaran
sosial.

3. Perasaan dan pemikiran tidak penting sebagai


pembolehubah
dalam model modifikasi tingkahlaku.
---------------------------------------------------------
----------

TOPIK 5: KAUNSELING MENGIKUT TEORI PERLAKUAN

Proses terapi. Proses kaunseling dalam terapi


perlakuan
memerlukan kerja sama yang erat antara kaunselor dengan
klien.
Suasana pengajaran dan pembelajaran sangat ketara dalam
proses
kaunseling yang dijalankan kerana banyak arahan yang
diguna oleh
kaunselor bagi tujuan memudahkan klien faham tindakan
yang wajar
dilaksanakan.

Kaunselor mesti faham diri klien dan mempunyai


kepercayaan
bahawa klien boleh berubah tingkahlakunya. Perkara yang
penting
adalah kehendak klien yang mahukan pengubahan baik dari
segi
kehendaknya mengurangkan atau mengatasi sesuatu
tingkahlaku.
Sudah tentunya hubungan antara kaunselor dengan klien
juga
memerlukan keredhaan penerimaan positif tanpa syarat.
Corak
hubungan ini dapat menghindarkan rintangan bagi
memudahkan
pengumpulan maklumat.

Dalam terapi perlakuan, pengumpulan maklumat sangat


penting
bagi mengatur strategi perlaksanaan modifikasi
tingkahlaku klien.
Maklumat yang terkumpul diguna sebagai garisan data asas
bagi
tujuan menganalisis tentang masalah atau kerumitan yang
dialami
klien. Kaunselor bertanggung jawab menganalisis data
yang
terkumpul. Sudah tentunya semasa proses kaunseling
dijalankan,
analisis dilakukan secara pemikiran dalaman oleh
kaunselor.
Proses pemikiran dan analisis secara dalaman ini
memerlukan
keupayaan kaunselor bergerak dengan pantas bagi
memberikan maklum
balas kepada klien tentang tingkahlakunya. Masalah yang
dialami
klien mesti didefinisikan supaya kaunselor dan klien
jelas dan
faham tentang masalah yang hendak ditangani. Kaunselor
perlu
menggunakan kemahiran penjelasan bagi menerangkan keadaan
sebenar
di samping mengatur corak modifikasi tingkahlaku yang
wajar bagi
dilaksanakan.

Walau pun cara modifikasi tingkahlaku ini lebih


bercorak
mekanikal kerana mementingkan penerapan rangsangan yang
sesuai,
hubungan antara kaunselor dengan klien tetap mesti
dijalin.
Hubungan ini akan dapat terjelma hanya dengan menerapkan
kemahiran
melayan yang baik ke atas diri klien.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman


Dato' Haji Mohamed)
---------------------------------------------------------
---------

Kata Kunci:

pengajaran
pengupulan maklumat
garisan data asas
analisis
mekanikal

---------------------------------------------------------
--------
TOPIK 6: MATLAMAT KAUNSELING

Matlamat biasanya adalah matlamat yang diinginkan


oleh klien.
Matlamat perlu dapat dijelaskan secara tingkahlaku. Ini
memberi
erti bahawa matlamat dapat diperincikan secara spesifik
sebagai
perkara yang boleh dilakukan oleh klien selepas menempuhi
proses
kaunseling.

Tujuan perubahan juga diolah agar dapat membantu


kaunselor
cara bagaimana prosidur serta teknik yang sesuai bagi
menepati
tingkahlaku yang dikehendaki itu. Dalam hal ini,
kaunselor
berupaya memilih apa sahaja cara atau teknik asalkan
berjaya.

Matlamat seperti ini sudah tentunya mirip ke arah


membuat
kerja. Kaunselor dengan klien menentukan apakah
tingkahlaku yang
baik dan tidak baik, sesuai dengan kebudayaan setempat.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman


Dato' Haji Mohamed)
---------------------------------------------------------
---------

TOPIK 7: TEKNIK KAUNSELING MODIFIKASI PERLAKUAN

Antara teknik yang boleh diguna dalam terapi


perlakuan adalah
seperti berikut: 1) penilaian; 2) mainan peranan; 3)
gambaran imej;
dan 4) desensitisasi bersistem.
Penilaian. Teknik kaunseling perlakuan berasaskan
pada
maklumat data asas yang terkumpul oleh kaunselor. Data
asas adalah
penting bagi memulakan satu rancangan struktur terapi
yang
berkesan. Hubungan interaksi antara kaunselor dengan
klien juga
memerlukan kaunselor bersifat berempati untuk mendapat
kefahaman
yang dikemukakan oleh klien. Teknik kaunselingnya juga
memerlukan
kemahiran kaunseling yang tepat, di samping kaunselor
berupaya
mengguna kaedah klinikal yang jitu serta peka dengan
kehendak
perubahan tingkahlaku klien.

Proses penilian memerlukan kaunselor mendapatkan


segala
maklumat tentang masalah yang dialami oleh klien.
Kaunselor perlu
mengumpul maklumat tentang masa, cara masalah berlaku,
cara yang
diusaha oleh klien bagi mengatasi masalah, tempat,
keadaan trauma
yang pernah dialami, pengalaman klien dan berbagai lagi
ciri
maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh klien.

Cara kaunselor menyoal dalam proses temuduga bagi


mendapat
maklumat adalah penting. Soalan yang bermula dengan
perkataan
mengapa wajar dihindar; manakala soalan yang bermula
dengan
bagaimana, apakah, bilakah, dan dimana wajar digalakkan.
Walaupun
hasil dari persoalan yang dikemukan, kaunselor akan
mendapat
maklumat tetapi kaunselor tidak semestinya akan menerima
sepenuhnya
jawapan yang diberi oleh klien. Kepekaan kaunselor dalam
mengenalpasti dan mencerap cara klien menjawab juga
penting.
Kaunselor sentiasa akan peka pada gerak geri dan cara
klien
menjawab bagi mencerap ciri yang tidak konsisten, cuba
mengelak
sesuatu atau membuat sesuatu yang terpesong dari yang
benar.

Satu cara bagi mendapat penilaian dari klien adalah


dengan
mengguna laporan swadiri yang dibuat oleh klien. Laporan
seperti
ini pada biasanya lebih baik bagi pengumpulan maklumat
tentang
khayalan klien, pemikirannya dan juga perasaan mereka.
Di samping
ini, peranan kaunselor sebagai pembimbing memang
terserlah dalam
terapi perlakuan kerana keperluan secara terarah bagi
mendapat
maklumat.

Mainan peranan. Satu teknik yang diguna dalam


terapi
perlakuan ialah mainan peranan. Cara ini sesuai dalam
menangani
masalah interaksi. Biasanya kaunselor bersetuju untuk
mengambil
atau memainkan peranan orang yang klien menghadapi
bermasalah untuk
berinteraksi. Dengan cara ini, kaunselor dapat
mengenalpasti
masalah induk yang klien hadapi dalam interaksinya dengan
orang
tersebut. Selanjutnya, kaunselor akan mampu untuk cuba
mengubah
tingkahlaku celaru yang dialami oleh klien dengan
mengguna teknik
sampingan seperti latihan ketegasan diri, pelaziman, dan
sebagainya.

Gambaran imej. Teknik gambaran imej boleh memberi


ingatan
yang lebih jelas kepada klien tentang acara atau
pengalaman yang
dilalui sama ada yang lampau, sekarang atau yang akan
datang. Cara
ini dapat menyenangkan klien secara menggunakan simbol
dalam
imejnya tentang perkara yang menjadi kerumitannya. Di
samping ini,

kaunselor juga akan dapat persepsi serta penilaian yang


lebih jelas
tentang masalah klien setelah klien menghuraikan acara
yang telah
dialaminya dalam gambaran imej secara lisan.

Desensitisasi bersistem. Teknik ini menerapkan


penggunaan
gambaran imej dengan latihan relaksasi bagi menghasilkan
suasana
selesa yang boleh diterima klien. Desensitisasi
bersistem biasanya
diguna sebagai satu teknik bagi menghindar keadaan
keresahan yang
dialami klien. Proses permulaannya adalah dengan
mengasingkan
terlebih dahulu acara yang menjadi pemangkin keresahan
atau
kegelisahan yang sedang dialami klien. Keadaan ini
diukur dalam
satu bentuk kontinum antara acara yang meresahkan hingga
satu
penghujunag yang sangat mengancam ketenteraman klien.

Latihan relaksasi secara beransur biasanya diterap


sebagai
elemen penghindar yang bertentangan dengan perasaan dan
pemikiran
keresahan atau kegelisahan. Kaunselor akan mengasuh
klien
membayangkan atau mengambarkan dalam bentuk satu hairaki
imej
bermula dengan acara yang kurang meresahkan dan beransur-
ansur
bergerak ke arah hairaki yang lebih tinggi dengan keadaan
yang
paling mengancam klien. Proses relaksasi disematkan ke
dalam imej
klien semasa klien mengambarkan imej-imej yang dirasakan
kurang
selesa, sehingga imej tersebut bertukar menjadi selesa
pada
pandangan dan pemikiran klien. Proses in diulang dan
kaunselor
akan hanya memimpin klien bergerak ke tahap hairaki lebih
tinggi
apabila klien sudah mampu menangani keadaan keresahan
yang baru
dilalui dalam latihannya.

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman


Dato' Haji Mohamed)
---------------------------------------------------------
---------

Kata Kunci:

penilaian
gambaran imej
mainan peranan
desensitisasi bersistem

---------------------------------------------------------
---------

SOALAN UJI SENDIRI


1. Huraikan penggunaan gambaran imej dalam terapi
perlakuan.

Pindah ke laman forum dan maklum balas

Ke Laman Induk

copyright © othmanmohamed 1997(Profesor Madya Dr. Othman


Dato' Haji Mohamed)
---------------------------------------------------------
---------
http://www.educ.upm.edu.my/%7Eothman/modul7a.htm

Anda mungkin juga menyukai