Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Majlis Perpisahan Mantan Guru Besar

PENGUMUMAN KETIBAAN
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Encik Jalal bin Taib, Mantan Guru Besar SKBB, Yang
Berusaha Encik ___________________________, Guru Besar SKBB dan dif-dif kehormat masuk
ke tapak perhimpunan.
Majlis dimulakan dengan nyayian Asma Ul Husna. Semua guru dan murid diminta berdiri dan
bersama sama menyanyikan Asma Ul Husna.
(Nyanyian)
_________________________________________________________________________
Terima kasih atas nyayian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berbahagia
Encik Jalal bin Taib,
Mantan Guru Besar SK Batang Benar

Yang Berusaha,
En Baharom bin Alias
Guru Besar SK Batang Benar

Yang Dihormati lagi dikasihi,
Barisan pentadbir, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
DOA
Bagi menambah keberkatan Majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh AL-Fadzil Ust. Sheikh Abdul Munir Sheikh
Abd Rahim. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (doa)
Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan ___________________________________
untuk menyampaikan sedikit ucapan bagi mewakili semua murid SKBB. Dengan hormatnya
dipersilakan.

Pergi ke kedai membeli gula
Gula di bawa berhati-hati
Yang diraikan kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.
Tanpa membuang masa, dijemput Yang Berbahagia En. Jalal bin Taib utk menyampaikan ucapan
perpisan di majlis yang mulia ini. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. (ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi

SIMBOLIK
Seterusnya, marilah bersama-sama kita saksikan simbolik penyerahan tugas yang akan
dilaksanakan oleh Mantan Guru Besar kita, Encik Jalal bin Taib kepada Tuan Guru Besar kita yang
baru iaitu En. Baharom bin Alias. Saksikan.

Demikianlah berakhirnya simbolik penyerahan tugas itu tadi. Maka dengan ini, majlis
mempersilakan Yang Dihormati En. Baharom bin Alias untuk menyampaikan sepatah dua kata.
(ucapan)

Terima kasih atas ucapan itu tadi. Majlis kita sudah sampai dipenghujung. Sebagai ucapan terima
kasih, majlis dengan ini mempersilakan, Encik Shamsuddin bin Abdullah bagi mengiringi En.
Baharom bin Alias untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia
Encik Jalal bin Taib, sebagai tanda penghargaan dan ingatan mesra daripada warga SK Batang
Benar. Majlis mempersilakan. (baca list plak)
BERSALAMAN
Berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Seterusnya adalah sesi bersalaman antara mantan
guru besar dan warga SKBB. Diminta AJK disiplin dan kawalan murid menyusun atur perbarisan
murid. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai