Anda di halaman 1dari 5

Bismillah Hirrahmanirrahim….

Alhamdulillahhirabbilalamin…
Rabbissrahli Sadriwayassirli Amri Wahlull Uq Datam Millisaani Yaf Qohu Qauli…

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia, (Puan Laili & jawatan) serta (Tn Hj Mahfiz & jawatan)
Yang Dihormati,
Al-Fadhil Ustaz Zairol bin al-Adib, selaku jemputan khas untuk ceramah pada hari ini,
Yang berusaha (Pengerusi Zon Bandar)
Serta rakan rakan PPM yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan Iradatnya, kita dapat bersama-sama berhimpun pada
petang ini untuk menjayakan Bengkel Penyucian Jiwa Aidiladha 1442H bagi Pembantu
Pengurusan Murid Pendidikan Khas (Zon Bandar) Daerah Segamat. Sesungguhnya menuntut
ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Tuntutlah Ilmu hingga ke negeri Cina. Semoga usaha
kita semua diberkati Allah. Insya Allah.
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, majlis dengan ini
mempersilakan Puan Rosniza binti Mohamed untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*bacaan doa*

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Rosniza binti
Mohamed atas bacaan doa itu tadi.
Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Setiap tahun apabila menjelang tarikh 10 Zulhijjah, maka umat Islam seluruh dunia akan
menyambut Aidil Adha iaitu Hari Raya Qurban.  Kalimah Aidil Adha adalah membawa maksud
pengorbanan.  Pada kesempatan ini, umat Islam mengambil peluang untuk melaksanakan Ibadat
Qurban, iaitu satu ibadat yang amat dituntut dan digalakkan (Sunat Muakkad) bagi individu
muslim.

Kita bersyukur pada hari ini, pihak SERIKANDI Zon Bandar telah menjemput seorang tetamu
yang khas untuk menyampaikan ceramah berkaitan Ibadah Korban bersempena dengan Hari
Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sebelum kita mendengar ceramah oleh tuan penceramah kita, izinkan saya membacakan serba
sedikit biodata tentang Penceramah jemputan kita pada kali ini.
Tuan Penceramah jemputan kita bernama (nnt details akak masukkan ya)

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,


Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengn ceramah oleh penceramah jemputan kita.
Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu
yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Yang di hormati Al Fadhil Ustaz Zairol bin al-Adib, Ketua
Unit Hal Ehwal Islam, Hospital Segamat untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk
Ibadah Korban: Antara Iftitah, Titah dan Perintah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*Ceramah*

Nun Di Sana Indahnya Kota


Kota Bersih Dijaga Sentiasa
Indah Sungguh Bicara Kata
Jadi Iktibar Pada Semua

Demikian tadi ceramah yang telah disampaikan dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang
telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam
kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Ustaz atas perkongsian beliau sebentar tadi.

Sidang hadirin sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat upacara menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput (nama PENGERUSI ZON
BANDAR) pada hari ini,untuk memberikan sedikit ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.


*ucapan pengerusi*
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ________________ , atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Rakan rakan PPM yang dikasihi sekalian,


Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, (Puan Laili beserta jawatan)
untuk menyampaikan ucapan
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan Pn Laili*
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ________________ , atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, (Tn Hj Mahfiz beserta
jawatan) untuk menyampaikan ucapan
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*ucapan Tn Hj Mahfiz*
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ________________ , atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.
 
Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepadasemua
pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung
mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian kata yang mampu
dilafazkan selain ungkapan rasa syukur danucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua,
atas kesudian hadir memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Sains Muar.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.
Sekian, wabillah hi Taufik wa hidayah Assalamualaikum wbth

 *ajak amek gambar. Semua buka kamera*

Anda mungkin juga menyukai