Anda di halaman 1dari 3

TEKS JURUACARA MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA

Kata-kata
aluan Yang Diraikan ENCIK AMIN NOLLAH BIN LATEH
Mantan Pengetua SMK GALI

Yang Berusaha,
____________________________________
Yang Dipertua PIBG SMK GALI

Yang Dihormati Pn Noorasikim binti Abdul Rahman


Penolong Kanan Satu SMK GALI

Yang Dihormati Ustazah Siti Fatimah binti_______________________


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Ahmad Ghazali bin Tambi


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Guru cemerlang, Barisan Guru serta anak didik sekalian.

Assalamualaikum warah..dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,kita dapat


berkumpul pada hari ini dalam satu majlis yang serba ringkas tetapi bersulam penuh
makna dalam meraikan sebuah perpisahan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian ,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelan


Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Setiap pertemuan itu sudah tertakdir di langit sejak dari awal dahulu. Begitulah juga
dengan saat perpisahan yang hadir bersama dengan suratan. Insan yang diraikan
pada hari ini ialah Encik Amin Nollah bin Lateh iaitu mantan pengetua Smk gali.

Majlis ini merupakan penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada beliau atas komitmen yang tinggi, jasa dan penghargaan serta segala
khidmat bakti dan budi yang telah beliau berikan sepanjang berada di arena
pendidikan khususnya di SMK GALI sebagai pengetua.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui bahawa 16 Oktober 2017 merupakan tarikh
terakhir beliau berjodoh dengan SMK Gali. Ini kerana beliau akan meneruskan
perjuangan sebagai Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah lipis, sementelah
khidmat baktinya lebih ditagih di sana.
Ucapan wakil Hadirin sekalin,
pelajar Majlis diteruskan dengan mempersilakan wakil pelajar untuk menyampaikan
sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih kepada saudara _____________________


Ucapan Wakil Seterusnya, majlis mempersilakan ________________________untuk menyampaikan
Pentadbir ucapan ,tanda kenangan terakhir mewakili warga SMK GALI. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada____________________

Ucapan Wakil Majlis diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada wakil Pibg SMK GALI.
Pibg Untuk itu dipersilakan ____________________________untuk menyampaikan
ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada__________________________

Ucapan Harum sungguh bunga Melati,


Mantan Kembang setangkai di waktu pagi,
Pengetua Hancur sungguh rasa di hati,
Sedang berkasih ditinggal pergi

Patah pasak dalam kemudi,


Patah diruang bunga kiambang,
Kalaulah tidak bertemu lagi,
Bulan yang terang sama dipandang.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan mendengar ucapan terakhir daripada yang diraikan encik
Amin Nollah Bin Lateh sebagai tingggalan terakhir suaranya bergema di SMK GALI.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Begitulah tadi ucapan terakhir daripada mantan pengetua smk gali.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


hadiah
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Untuk itu, Majlis dengan rendah hati menjemput Encik Amin Nollah bin Lateh untuk
menerima cenderamata yang tidak seberapa sebagai tanda penghargaan daripada
seluruh warga SMK Gali. Majlis dimulakan dengan mempersilakan wakil
dari_____________________________

Kelas
Pibg
Pentadbir
Koperasi
Bks
Badan pengawas

Begitulah tadi penyampaian hadiah daripada warga SMK GALI

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Penuh kepuk hasil tampian
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, para
hadirin diminta berbaris untuk acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan
Sesi bersalam
.Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum
Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai