Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI APRESIASI TAHUN 6 TAHUN 2021

Mengumumkan perarakan masuk tetamu kehormat dengan diiringi oleh barisan


pentadbir dan guru-guru serta murid-murid tahun 6 SKTL.
Hadirin diminta berdiri

(Lagu gamelan dimainkan)

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua
dijemput duduk di tempat masing-masing.

1.KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS


-Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum

Yang Berbahagia
Yang berusaha Pn Maimon Ismail. Guru Besar SK Telok Lipat
Yang dihormati Azmi bin Ibrahim , YDP PIBG
Yang dihormati Pn Analiza Naim GPK Kurikulum
En Azlan Aziz GPK HEM,
Encik Mohd Rizal b Abd Ghani GPK Kokurikulum,
AJK PIBG, para ibu bapa, guru-guru, dan murid-murid Tahun 6

- Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi di atas limpah


kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Apresiasi Tahun 6 pada
hari ini. Ucapan terima kasih juga kepada tetamu kehormat kita Yang berbahagia
____________________________ dan semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa
untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita
semua diberkati Allah.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

-Untuk makluman para hadirin sekalian, matlamat majlis ini diadakan adalah untuk
memberi pengiktirafan kepada murid-murid Tahun 6 yang telah berjaya menamatkan
sesi pembelajaran di SK Telok Lipat bagi tahun 2021/2022
Bacaan doa,
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi memohon keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh: Ustaz Abdul Aziz bin Hussein. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Abdul
Aziz bin Hussein atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan Guru Besar

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati

Ucapan tetamu kehormat dan perasmian majlis apresiasi

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Pn Maimon Ismail untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi Tahun 6 SK Telok
Lipat bagi sesi 2021/2022. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

(Ucapan Tetamu)

Terima Kasih diucapkan kepada _________________________________________ di


atas kesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis kita sebentar
tadi.
.
Penyampaian skrol
Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha
yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh
itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi
pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

-Hadirin sekalian
Majlis mempersilakan Pn Analiza bt Naim untuk mengiringi Pn Maimon Ismail ke
tengah pentas untuk menyempurnakan penyampaian skrol . Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(Penyampaian skrol tahun 6)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ____________________________ di


atas kesudian menyempurnakan majlis.

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid tahun 6 dan prasekolah SKTL 2018.
Diharapkan penganugerahan ini dapat menyuntik semangat kepada murid-murid tahun
6 untuk meneruskan sesi pembelajaran seterusnya di peringkat

Akhir acara
Dengan berakhirnya acara tadi, maka berakhir sudah majlis apresiasi tahun 6 sesi
2021/2022. Majlis diteruskan dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko kurikulum
2021.

Majlis ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada murid murid SK Telok Lipat
yang telah berjaya mencungkil bakat masing masing melalui pertandingan yang
disertai. Sudah menjadi adat, jika ada yang menang pasti ada yang kalah itulah adat
permainan. Namun bagi pihak sekolah, kemahuan anda menyertai pertandingan
terutama sewaktu pandemik Covid 19 sudah besar ertinya. Tanpa melengahkan masa,
kita terus sahaja kepada upacara penyampaian hadiah kecmerlangan Kokurikulum.
tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak
majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur
kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya
daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.
Dengan ini tamatlah sudah Majlis Hari Apresiasi Tahun 6 dan Pra Sekolah.

Pengkalan raja desa mahkota,


Tanjung piai tempat seloka;
Ampun dipohon maaf dipinta,
Berjumpa lagi di lain ketika.

Mengumumkan perarakan keluar tetamu kehormat dan barisan pentadbir dan


seterusnya diikuti oleh murid-murid tahun 6 dengan didahului pembawa keris dan
pembawa bunga manggar. Hadirin diminta berdiri.

(Lagu gamelan)

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai