Anda di halaman 1dari 8

Assalamualaikum. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat En.

Azizul Rahim Bin Abdul Rahman, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Kangsar diiringi oleh Tn. Hj. Mohamed Nordin Bin Mansor, Guru Besar SK Sultan Abdul Aziz, Ketior dan Tn. Hj. Hisham Bin Ariffin, NYDP PIBG SKSAA, Ketior.

Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim, . Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad serta para sahabat.

Yang Dihormati, En. Azizul Rahim Bin Abdul Rahman Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Kangsar

Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nordin Bin Mansur, Guru Besar SKSAA, Ketior

Yang Berusaha Tn. Hj. Hisham Bin Ariffin Naib Yang Dipertua PIBG, SK Sultan Abdul Aziz, Ketior

Yang Dihormati lagi dikasihi, AJK PIBG, sekalian.

guru-guru, ibu bapa dan para hadirin

Salam syukur kami hulurkan, Dengan izinnya kita ditemukan, Rasa bangga kami lafazkan, Kesudian hadirin menerima jemputan.

Alhamdulillah terus dipanjatkan, Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa, Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi, Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi, Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana, Ke atas segala ciptaanNya di langit dan di bumi.

Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan, Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan, Beserta izin dan innayahNya jua, Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa, Dianugerahkan aqal kita dengan kewarasan, Fizikal mapan dengan afiah kecergasan, Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua,

Pada petang yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 bagi tahun 2013, SK Sultan Abdul Aziz, Ketior.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran En. Azizul Rahim Bin Abdul Rahman, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Kangsar ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke -38.

Saya juga melahirkan rasa bangga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyakalau kita dapat satukan dan sepadukan idea, Insya Allah, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mohd Azani Bin Amdam untuk meminpin bacaan doa. Aamin, Ya Robbal Aalamiinn.. Semoga pertemuan kita pada petangi ini dipelihara, Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan, Menambah tautan kemesraan, Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Mohd Azani Bin Amdam atas bacaan doa sebentar tadi.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada petang ini, dimulakan dengan ucapan Naib Yang Di Pertua PIBG SKSAA. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Hisham Bin Ariffin untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Hisham Bin Ariffin, atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Guru Besar SK Sultan Abdul Aziz, Ketior, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohamed Nordin Bin Mansor untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh Tn. Hj. Mohamed Nordin Bin Mansur, Guru Besar SK Sultan Abdul Aziz. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Yang awal kita dahulukan, Yang dahulu kita alu-alukan, Ucapan perasmian kita nantikan, Pelengkap majlis yang kita adakan.

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan En. Azizul Rahim Bin Abdul Rahman, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Kanngsar untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 bagi tahun 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Azizul Rahim Bin Abdul Rahman, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Kangsar atas ucapan serta perasmian sebentar tadi.

Dari kedah ke bandar Perlis, Singgah bersantai di tepi jeti, Persembahan menyusul memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati. Seterusnya sebagai menyerikan suasana petang ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan Nasyid yang akan disampaikan oleh Kumpulan Shautul Nur.. Dengan sukaciitanya dipersilakan.. (Persembahan Nasyid) Terima kasih kepada kumpulan Kalam Jamaei yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Buat pengetahuan hadirin sekalian, kumpulan Nasyid yamg membuat persembahan sebentar tadi merupakan kumpulan yang menjadi Johan dalam pertandingan MTQ peringkat Zon Manong dan seterusnya akan mewakili zon ke peringkat daerah Kuala Kangsar pada 16 Mac 2013 . Mereka telah dilatih dan dibimbing oleh ustaz Mohd Azani Bin Amdam dan Puan Hasniyati Bt Hassan.

Demikianlah adat kehidupan, Orang berbudi kita berbahasa, Namun cukup disedari Tidak mungkin terbalas budi Walau emas sebungkal diberi Cuma harapan dalam dada Tanda mata sudi diterima Daripada kami yang bukanlah sesiapa Tanda ingatan moga kekal selama.

Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, majlis mempersilakan Tn. Hj. Hisham Bin Ariffin, Naib Yang Di Pertua PIBG SK Sultan Abdul Aziz diiringi Tn. Hj Mohamed Nordin Bin Monsor, untuk menyampaikan cenderamata kepada En. Azizul Rahim Bin Abdul Rahman, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Kangsar atas kesudian merasmikan mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 bagi tahun 2013, SK Sultan Abdul Aziz Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima Kasih.. Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38 bagi tahun 2013. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Azizul Rahim Bin Abdul Rahman dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini. .

Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 akan dipengerusikan oleh Naib Yang DiPertua PIBG SK Sultan Abdul Aziz, Tn. Hj. Hisham Bin Ariffin

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai