Anda di halaman 1dari 5

Mengumumkan ketibaan

En Arunasalam Pillay a/l Krishna Pillay


Yang Dipertua PIBG SK Methodist ACS, diiringi

Puan Asnah binti Hamid,Guru Besar SK Methodist ACS


Guru-Guru Penolong Kanan serta AJK PIBG Sekolah
Kebangsaan Methodist ACS

Bismilahhirahmanirahim... Asalamualaikum & Salam


Sejahtera
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
SudilahTuan ke majlis kami

Yang Berusaha
Puan Asnah binti Hamid,Guru Besar SK Methodist ACS

Yang Dihormati
En Arunasalam Pillay a/l Krishna Pillay
Yang Dipertua PIBG SK Methodist ACS

Barisan Guru Penolong Kanan


Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta
limpah rahmatnya ,kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Methodist ACS kali
ke-50 tahun 2023 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SK Methodist ACS turut sama
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada seluruh hadirin dan ibu bapa kerana sudi meluangkan
masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
yang kita rencanakan pada hari ini. Semoga dengan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan sakalian dapat menceriakan lagi majlis
kita pada petang ini.
Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan
mendapat rahmatnya. Untuk itu, majlis dengan hormatnya
menjemput Al-Fadhil Ustaz Che Mohd Baharin bin Ab. Rahman
bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
.......................................
Amin..Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih
kepada Al-Fadhil Ustaz Baharin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Semoga majlis kita sentiasa dirahmati Allah hingga ke
penghujungnya.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Sesungguhnya kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh
guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid
yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang. Semoga anak-
anak kita akan menjadi insan yang cemerlang, bukan sahaja
cemerlang di dunia malah cemerlang di akhirat.
Majlis pada petang ini dimulakan dengan dengan mempersilakan
Yang Berusaha

Puan Asnah binti Hamid,Guru Besar SK Methodist ACS


untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya
dipersilakan.

........ habis ucapan........


Demikian tadi ucapan oleh Guru Besar SK Methodist ACS
Pn Asnah bt.Hamid. Terima kasih diucapkan.
Meneruskan kelangsungan acara, majlis seterusnya menjemput
En Arunasalam Pillay a/l Krishna Pillay
Yang Dipertua PIBG SK Methodist ACS
untuk menyampaikan ucapan. Majlis Mempersilakan Tuan.
Majllis mengucapkan ucapan terima kasih atas ucapan tuanYDP
PIBG sebentar tadi.
Majlis kita akan berjeda priwara seketika. Ibu bapa di minta berada
di tempat duduk masing-masing untuk meneruskan mesyurat
PIBG kita.
Sekarang saya akan menyerahkan majlis ini kepada
Arunasalam Pillay a/l Krishna Pillay
Yang Dipertua PIBG SK Methodist ACS
ntuk meneruskan agenda mesyuarat.
Majlis mempersilakan, tuan

*** ( jika ada tetamu VIP)

Hadirin Sekalian.
Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mengumumkan ketibaan
Datin Mardiana binti Muzaporkhan
Penolong Pengarah Unit HEM
Jabatan pendidikan Negeri Melaka

Majlis mengalu-alukan kehadiran Datin ke majlis.petang ini.


Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang berbahagia Tuan Haji Zakaria bin Othman, kerana
sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
pada hari ini.
Hadirin sekalian,
Mengenang jasa-jasa yang pernah ditabur oleh legasi PIBG SK
Methodist ACS suatu waktu dahulu, maka pada petang yang
cukup bermakna ini, pihak PIBG akan menyampaikan
cenderamata kepada beberapa nama yang cukup sinonim dengan
PIBG Sk. Chepir dengan mengiktiraf mereka sebagai tokoh PIBG
2017.

Untuk menyempurnakan majlis, sekali lagi majlis


mempersilakan Yang berbahagia, Tuan Haji Zakaria bin Othman,
Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Kedah dengan diringi
oleh Tuan Haji Yusri bin Hamid dan Tuan Haji Mat Desa bin
Ibrahim. Tuan Bertiga dipersilakan.
Dengan berbesar hati, kita mempersilakan tokoh PIBG 2017.
Pertama : Tuan Haji Mohd Rodzi bin Haji Ahmad. Dipersilakan
Dipersilakan tokoh PIBG 2017 seterusnya
Puan Norwati binti Zainol. Dipersilakan

Tahniah kepada kepada dua tokoh yang kita raikan. Majlis


diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada
barisan ajk PIBG Sek.Keb.Chepir sesi 2016/2018.
( RUJUK LAMPIRAN
Sesungguhnya, budi baik dan jasa tuan-tuan dan puan-puan
dalam menerajui PIBG SK Methodist ACS demi kecemerlangan
anak-anak, hanya Allah jua yang mampu membalasnya.
Hadirin sekalian.
Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenanganatas kesudian
hadir, merasmi dan menyampaikan cenderamata, majlis
mempersilakan pula, Tn Haji Yusri b. Hamid untuk
menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Yang
berbahagia, Tuan Haji Zakaria bin Othman,
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Berdua.
Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka
selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK
Methodist ACS kali ke-35 bagi tahun 2017
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili AJK PIBG dan SK Methodist ACS merakamkan


penghargaan dan terima kasih kepada Yang berbahagia, Tuan
Haji Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga
Zakat Kedah, atas kesudian meluangkan masa pada petang ini
untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. Pihak Majlis
mempersilakan Tn Haji Mat Desa bin Ibrahim untuk menjemput
dan mengiringi yang berhormat untuk meninggalkan majlis.
Majlis kita akan berjeda priwara seketika. Ibu bapa di minta berada
di tempat duduk masing-masing untuk meneruskan mesyurat
PIBG kita.
Sekarang saya akan menyerahkan majlis ini kepada
Tuan Haji Yusri Bin Hamid, YDP PIBG Sek.Keb.Chepir untuk
meneruskan agenda mesyuarat.
Majlis mempersilakan, tuan

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai