Anda di halaman 1dari 2

BIL AGENDA TEKS

1 Mengambil tempat Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat masing-
masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan
perhatian dari tuan- tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan
terima kasih.
2 Nyanyian Lagu Lagu Negaraku Sidang Hadirin yang dihormati, Marilah kita sama-sama berdiri dan
seterusnya menyanyikan lagu Negaraku ……………… Hadirin dipersilakan
duduk.
3 Kata Alu-aluan Pengacara Majlis Bismilahhirahmanirahim... Yang Berusaha Puan Rosminah Madali YDP
PIBG, Yang Dihormati En. Ahmad Bin Ali Guru Besar Sk Sentosa Jaya
Barisan Guru-Guru Penolong Kanan, Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG,
Barisan pendidik, Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi.


Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah
rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15
tahun 2023 ini. Pihak majlis serta seluruh warga Sk Sentosa Jaya, turut
sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
seluruh hadirin dan hadirat kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-
sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari
ini.

4 Bacaan Doa Hadirin yang dihormati Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang
akan dibacakan oleh Ustaz Muhammad Hatem bin Zakaria. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Hatem bin


Zakaria atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

5 Ucapan Alu-aluan oleh Guru Seterusnya, majlis menjemput En. Ahmad Bin Ali, Guru Besar Sk Sentosa
Besar Jaya untuk menyampaikan kata-kata aluan. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan ………………. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.
6 Ucapan YDP PIBG Seterusnya majlis mempersilakan YDP PIBG Sk Sentosa Jaya untuk
menyampaikan ucapan. Dengan penuh hormat takzimnya majlis
mempersilakan Yang Berusaha Puan Rosminah Madali menyampaikan
ucapan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Rosminah atas ucapan itu
tadi.
7 Laporan Setiausaha Sekarang tibalah masanya kita dengan agenda pembentangan oleh
Setiausaha PIBG sesi 2022/2023
Laporan Bendahari Seterusnya majlis diteruskan dengan pembentangan laporan kewangan
daripada Bendahari PIBG 2022/2023 iaitu Ustaz Hatem. Majlis
mempersilakan . Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hatem
Usul / Hal-hal lain Sekarang tibalah masanya untuk majlis membincangkan usul ataupun
cadangan. Untuk memulakan segmen ini dipersilakan YDP PIBG Puan
Rosminah bagi mengutarakan usul dan cadangan yang dibawa.
Dipersilakan……… Seterusnya majlis membuka kepada hadirin semua untuk
mencadangkan usul dan cadangan.
Terima kasih diatas cadangan usul daripada semua..insyaAllah
pertimbangan dan tindakan akan dilaksanakan disamping memikirkan
kepentingan dan kesannya kepada institusi kita.
Pembubaran AJK (YDP PIBG) Dijemput YDP PIBG untuk mengumumkan pembubaran AJK sesi 2022/2023
Terima Kasih diucapkan kepada Puan Rosminah.

Majlis diserahkan kepada Ust Zaidi (Pengerusi sementara) untuk


mengendalikan sesi pemilihan AJK sesi 2023/2024
Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang telah dilantik untuk menerajui
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk Sentosa Jaya bagi sesi 2023/2024.

Dijemput semua AJK yang telah dilantik mengambil tempat duduk


dihadapan. Dijemput semua barisan AJK yang baru memperkenalkan diri
masing-masing kepada semua hadirin. Terima kasih

Seterusnya dijemput YDP PIBG sesi 2023/2024 untuk menyampaikan


sepatah dua kata…dipersilakan.. Terima kasih…semoga kecemerlangan
PIBG akan terus ditingkatkan.
Penutup Dijemput semua hadirin berdiri bagi menghormati dan bersama-sama
menyanyikan lagu Sabah Tanah Airku.

Dengan berakhirnya Sabah Tanah Airku itu tadi maka selesailah sudah
Mesyuarat Agung PIBG Sk Sentosa Jaya, kali ke-15……. bagi tahun 2023.

Saya mewakili AJK PIBG dan warga Sk Sentosa Jaya, merakamkan setinggi-
tinggi ucapan terima kasih kepada semua hadirin hadirat dan semua yang
terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam mengendalikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15 SK SENTOSA JAYA TAHUN 2023.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai