Anda di halaman 1dari 2

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Batik

Pada 3 Jun 2015 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa telah
mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kilang Batik Nusa Jaza yang terletak di Kawasan
Perindustrian Pengkalan Chepa.

Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menambahkan pengetahuan ahli-ahli persatuan cara-
cara membuat kain batik. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli-
ahli persatuan tentang kepentingan perusahaan batik kepada ekonomi penduduk setempat.

Lawatan yang disertai oleh tiga puluh orang ahli persatuan dengan diiringi oleh tiga orang guru ini
telah bertolak dari sekolah dengan sebuah bas. Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dan tiba di kilang
batik tersebut pada pukul 10.30 pagi.

Setibanya di sana, kami telah diberi taklimat oleh pengurus kilang tersebut. Dalam
taklimatnya, pengurus kilang iaitu En. Osman Ahmad mengucapkan terima kasih atas kesudian kami
melawat ke kilang batiknya. Setelah selesai taklimat kami diiringi oleh dua orang penyelia kilang tersebut
untuk melihat cara-cara memproses kain batik.

Kami sangat terpesona melihat kemahiran para pekerja mencanting dan melukis batik. Corak-corak
batik yang dihasilkan sangat menarik dan bermutu tinggi. Ahli-ahli persatuan juga mendapat
pengetahuan baru apabila diberi peluang mencanting dan mewarna batik.

Sebelum pulang, Pihak kilang batik telah memberikan cederamata berupa sehelai kain batik yang
dilukis khas untuk Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Kami amat gembira
menerima cenderahati tersebut.

Laporan disediakan oleh, 10 JUN 2015

Amar Muhaimmin

(AMAR MUHAIMIN)

Setiausaha,

Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa

Sumber: http://tuliskaranganupsr.blogspot.com/2016/02/karangan-laporan-laporan-lawatan-
sambil.html

Anda mungkin juga menyukai