Anda di halaman 1dari 2

Laporan: Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Kicap

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Kicap



Pada 1 Ogos 2014, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang Kicap di Bukit Minyak, Pulau Pinang.
Seramai 30 orang ahli persatuan terlibat dalam rombongan tersebut termasuk 3 orang guru
pengiring.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta tentang proses membuat
kicap. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan
para pelajar.

Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke
kilang kicap itu pada pukul 9.00 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai.
Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai
kilang itu iaitu Encik Mohamad bin Zafran.

Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses kicap. Sebahagian besar kerja
memproses kicap ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang
ini memakai pakaian seragam yang berwarna merah. Mereka juga memakai sarung tangan ketika
bekerja. Ramai juga pelajar yang menyoal mereka untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan
mereka melayan pertanyaan para pelajar itu dengan baik walaupun sedang bekerja.

Para Peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebotol kicap setiap seorang
sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Fazli telah menyampai
cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat
seronok menyertai rombongan ini kerana mereka mendapat banyak pengetahuan dan melihat
sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh, 5 Ogos 2014

..................................................
(Nurin Athirah binti Azman)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun.




Skim Pinjaman Buku Teks membolehkan para pelajar di seluruh Malaysia memiliki
buku-buku teks dengan percuma tanpa apa-apa bayaran. Kesemua mata pelajaran yang diajar di
sekolah di Malaysia disediakan buku teks percuma. Oleh yang demikian, sudah menjadi
tanggungjawab semua murid dan pelajar untuk menjaga buku-buku tersebut dengan baik.
Buku teks merupakan buku utama yang digunakan di sekolah. Buku-buku tersebut akan
bertukar tangan daripada seorang pelajar kepada pelajar yang lain. Oleh itu, buku-buku tersebut
perlu dibalut agar sentiasa dalam keadaan bersih dan terjaga. Pembalut buku yang sesuai perlu
digunakan agar tahan lama.
Selain itu, para pelajar hendaklah sentiasa meletakkan buku-buku tersebut di tempat yang
selamat. Pastikan buku-buku tersebut sentiasa disimpan di dalam beg sekolah. Beg sekolah perlu
disimpan di tempat yang kering. Jika tidak, air yang tumpah atau air hujan akan merosakkan
buku-buku tersebut.
Kita juga dilarang daripada menconteng buku teks. Apabila terjumpa buku teks yang
diconteng, kita perlu segera memadamkannya agar kelihtana lebih bersih. Buku yang diconteng
menyebabkan pelajar lain yang akan menggunakannya mengalami kesukaran.
Buku teks juga perlu digantikan dengan yang baharu sekiranya rosak atau hilang muka
surat akibat kecuaian pelajar. Justeru, kita perlu memastikan buku-buku tersebut tidak
diselerakkan di merata tempay. Adik-adik kita mungkin akan terkoyakkan buku tersebut tanpa
pengetahuan kita.
Kesimpulannya, kita hendaklah menjaga buku teks yang dipinjamkan dengan penuh rasa
bertanggungjawab demi kebaikan bersama. hargailah buku teks demi masa depan kita.

Anda mungkin juga menyukai