Anda di halaman 1dari 7

Lawatan ke Zoo Negara - Karangan

Jenis Cerita
Lawatan ke Zoo Negara

13. KARANGAN JENIS CERITA

Soalan: Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Zoo Negara

2. Kami pergi dengan menaiki kereta.

3. Dalam perjalanan, kami berbual-bual.

4. Tidak lama kemudian, kami tiba di Zoo Negara.

5. Kami melihat ramai orang di sana.

6. Kami melihat harimau,singa,monyet, burung dan lain-lain.

7. Kami juga melihat gajah menari.

8. Selepas itu, kami makan tengah hari.

9. Kami pulang pada pukul 4.00 petang.

10. Saya berharap boleh datang lagi

Panduan Menjawab:

Langkah Membina Karangan Bahagian B UPSR


dengan Mudah
March 4, 2012 by yusriwahab | 4 Comments
Contoh karangan Lawatan dan Percutian 
Pengalaman menyertai lawatan/rombongan/perkelahan
(a)Lawatan/rombongan  (sekolah)
(b)Perkelahan (keluarga)
 
Pendahuluan (a) Lawatan@rombongan
Bila pergi melawat/berkelah
Siapa yang menganjurkan lawatan tersebut
Tujuan lawatan.
Berapa ramai murid yang mengikuti-serta berapa orang guru pengiring
 
Contoh Pendahuluan (Lawatan)
Pada sabtu minggu lepas saya mengikuti  lawatan sambil belajar ke Zoo
Negara. Lawatan tersebut di anjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah
Kebangsaan 2 Taman Keramat. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan
maklumat berkenaan haiwan haiwan yang berada di zoo Seramai 40 orang
murid dan 5 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut.
 
ISI ISI PENTING
1.       Sebelum bertolak (jam 7.30 pagi)
Berhimpun di tapak perhimpunan.
Guru pengiring memberi  taklimat .
Di bawa menaiki bas. Beratur semasa menaiki bas.
Contoh ayat
Sebelum bertolak ,murid murid beratur di tapak perhimpunan. Guru pengiring
memberi taklimat dan nasihat supaya berdisplin semasa berada di dalam
kawasan zoo. Selepas memberi taklimat, guru guru pengiring membawa kami
menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut.
2.       Semasa berada di dalam bas
-berbual bual dengan kawan kawan
- Menceritakan pengalaman masing masing
-makan dan minum sarapan –kuih dan air
Contoh ayat
Semasa berada di dalam bas kami berbual bual dengan rakan rakan. Ada
juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke zoo negara
sebelum ini. Kami  menikmati kuih muih dan air kotak yang di beri semasa di
dalam bas untuk mengalas perut.
3.       Setelah sampai
Waktu  tiba -
siapa yang menyambut ketibaan-
pegawai bertugas memberi taklimat ringkas serta maklumat mengenai zoo
negara
Contoh ayat
Kami tiba di Zoo Negara pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas ,pegawai
yang bertugas menyambut ketibaan  kami. Beliau memberi taklimat ringkas
serta maklumat tentang zoo negara kepada kami.
4.       Aktiviti- (apa yang di lihat  dan di buat)
Melihat …..(pertunjukkan ,pameran,persembahan)
mengambil gambar
membeli cenderahati untuk di beri kepada ibubapa
 
Contoh ayat
Selepas itu, kami di beri peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada
di dalam Zoo. Kami juga sempat melihat pertunjukkan singa laut yang telah di
latih. Banyak haiwan haiwan yang terdapat di zoo negara yang belum pernah
saya lihat di depan mata seperti harimau dan zirafah.
Penutup
Selepas makan tengahari
-Waktu pulang-
tiba di sekolah di jemput ibubapa-
perasaan
Contoh ayat
Selepas menikmati makan tengahari kami pulang pada jam 1.00 petang. Tiba
di sekolah ibubapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di
dalam perjalanan pulang ke rumah saya bercerita pengalaman yang
menyeronokkan tersebut kepada ibu.
Keseluruhan( Pendahuluan, 4 isi dan penutup)
Pada sabtu minggu lepas saya mengikuti  lawatan sambil belajar ke Zoo
Negara. Lawatan tersebut di anjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah
Kebangsaan 2 Taman Keramat. Tujuan lawatan adalah  untuk mendapatkan
maklumat berkenaan haiwan haiwan yang terdapat  di zoo. Seramai 40 orang
murid dan 5 orang guru pengiring menyertai  Lawatan tersebut.
Sebelum bertolak ,murid murid beratur di tapak perhimpunan. Guru guru
pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya menjaga displin semasa
berada di kawasan zoo Negara. Selepas memberi taklimat, guru guru
pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa
menaiki bas tersebut.
Semasa berada di dalam bas kami berbual bual dengan rakan rakan. Ada
juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke zoo negara
sebelum ini. Kami juga menikmati kuih muih dan air kotak yang di beri
semasa di dalam bas untuk mengalas perut.
Kami tiba di Zoo Negara pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas ,pegawai
yang bertugas menyambut ketibaan  kami. Beliau memberi taklimat ringkas
serta maklumat tentang zoo negara kepada kami.
Selepas itu, kami di beri peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada
di dalam Zoo. Kami juga sempat melihat pertunjukkan singa laut yang telah di
latih membuat pertunjukkan yang menghiburkan hati kami. Ada juga murid
yang mengambil peluang mengambil gambar dan membeli cenderamata
untuk di hadiahkan kepada ibubapa.
Selepas menikmati makan tengahari kami pulang pada jam 1.00 petang. Tiba
di sekolah ibubapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di
dalam perjalanan pulang ke rumah saya bercerita pengalaman yang
menyeronokkan tersebut kepada ibu.
 

APORAN LAWATAN KE PULAU LANGKAWI

Pada 29 Mei 2011, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas


telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan ini
berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru telah
menyertai lawatan ini.
Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki feri.
Kami sampai di hotel Hilton tepat jam 12:00 tengah hari. Pihak hotel telah
menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah hari telah
disediakan oleh pihak hotel.
Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran  melawat tempat-tempat
menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri, Beras Terbakar,
Telaga Tujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman Buaya dan Pantai Rhu. Pada
lewat petang barulah kami pulang ke hotel.
Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati makan
malam secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak hotal. Antaranya
sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sunguh sedap dan lazat.
Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi.Kami berpeluang menaiki kereta kebal
ke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya kami dapat
menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar laut. Pengalaman ini
sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup kami.
Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai. Sebelum
bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di Dataran Helang. Kami tiba di
sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun kepuasan jelas terbayang
pada wajah ahli Persatuan Sains.

 Laporan disediakan oleh,                                                        2 Jun 2011


  Anita
(ANITA BT AHMAD)                             
Setiausaha Persatuan Sains
SK. Mangkapon, Pitas.

Pada masa cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah mengadakan
suatu lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai
oleh beberapa orang murid dan guru. Saya turut menyertai lawatan
tersebut.

Kami bertolak pada pukul 6.00 pagi dengan menaiki sebuah bas yang
disewa khas. Kami tiba di Zoo Negara pada pukul 10.00 pagi.
Kemudian guru kami beratur untuk membeli tiket. Setelah itu, kami
masuk ke dalam Zoo Negara.

Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti singa , gajah,


zirafah , monyet , buaya , burung dan sebagainya. Binatang yang liar
dikurung di dalam sangkar sementara binatang yang jinak seperti
arnab dibiarkan bebas. Suasana di dalam zoo riuh-rendah dengan
bunyi binatang dan kicauan burung.

Kami sempat menyaksikan satu pertunjukan gajah dan ular di Zoo


Negara. Pertunjukan itu diadakan sempena cuti sekolah . Saya
gembira melihat gajah bermain bola dan ular menari mengikut bunyi
serunai. Saya mengambil beberapa keping gambar sebagai kenang-
kenangan.

Selepas itu, kami berasa penat. Saya dan kawan-kawan saya berehat
seketika di beberapa pondok yang disediakan khas kepada pelawat.
Kami makan sambil memerhatikan gelagat unggas.

Pada pukul 5.00 petang kami bertolak pulang. Walaupun penat,


lawatan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami. 

 1. KEPERIHALAN/ GAMBARAN MELAWAT KE


MENARA KUALA LUMPUR Pada cuti persekolahan yang
lalu, saya dan keluarga telah melawat ke Menara
KualaLumpur. Menara Kuala Lumpur terletak di atas
puncak Bukit Nanas. Menara Kuala Lumpur telah direka
bentuk oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Menaraini
memperlihatkan kesenian yang bercirikan warisan Islam.
Projek pembinaan menara inimerupakan usaha sama
Telekom Malaysia dan Wayss & Freytag AG dari
German. Menara Kuala Lumpur adalah menara
telekomunikasi yang keempat tertinggi di dunia.Tinggi
menara ini ialah 421 meter dan kos pembinaannya
menelan belanja hampir RM 300 juta. Menara ini telah
dirasmikan oleh Perdana Mentri Malaysia keempat iaitu
Tun DoktorMahathir Bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.
Majlis perasmiannya dijalankan secara gilang-gemilang.
Ia disertakan dengan pertunjukan bunga api dan pancara
cahaya laser. Menara Kuala Lumpur dibahagikan kepada
empat bahagian iaitu tapak menara, pelantaruntuk
pelancong, terowong menara dan kepala enam tingkat.
Menara Kuala Lumpur ini merupakan mercu tanda
kebanggan rakyat Malaysia. Menaraini juga
membekalkan perkhidmatan telekominikasi yang
canggih.

Anda mungkin juga menyukai