Anda di halaman 1dari 2

Nur Fatin binti Zulkipli

SK Sungai Kayu
W.D.T 172
90500 Sandakan.

Puan Nurul Syakinah Yee Abdullah,


Up: Unit Pembelajaran (Pemulihan Khas)
Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan
Tingkat 5 Wisma Persekutuan,
Beg Berkunci 02,
90400 Sandakan, Sabah. 28 April 2022

Puan,

Surat Tunjuk Sebab Tidak Dapat Menghadirkan Diri Ke Sesi Dialog Prestasi Berfokus Tahun
Enam Pemulihan Khas.

Merujuk perkara tersebut, saya ingin memohon maaf atas ketidakhadiran saya ke Google
Meet Sesi Dialog Prestasi pada hari Rabu, 27 April 2022 atas sebab tertentu.

2) Saya tidak mengikuti Google Meet sesi dialog prestasi pada tarikh dan hari yang
berkenaan kerana mengalami sakit perut dan cirit-birit. Oleh sebab itu, saya telah
mendapatkan rawatan di klinik berdekatan iaitu Klinik Mansor Sdn. Bhd. Pada hari tersebut
kesihatan saya kurang memuaskan. Saya tidak mampu untuk membuat pembentangan semasa
sesi dialog tersebut.

3) Bersama-sama ini saya lampirkan salinan Surat Cuti Sakit saya dari klinik tersebut.
Segala kerjasama dan keperihatinan puan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, teima kasih.

Yang Benar,

_______________________
(Nur Fatin Binti Zulkipli)
Guru Pemulihan Khas,
SK Sungai Kayu, Sandakan.
Puan Nurul Syakinah Yee Abdullah,
Up: Unit Pembelajaran (Pemulihan Khas)
Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan
Tingkat 5 Wisma Persekutuan,
Beg Berkunci 02,
90400 Sandakan, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai