Anda di halaman 1dari 17

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

Menu

Grammarly

Tips

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan


Lain)

 Share  Facebook  Twitter

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

Ipendidikan » Tips » Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)
Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:55 pm, 6 Disember 2021

Perhatian kepada ibu, bapa dan penjaga yang mempunyai anak bersekolah di sekolah rendah dan
sekolah menengah. Adakah anda tahu bagaimana cara atau format yang digunakan untuk menulis
surat kepada guru sekolah kerana anak jagaan anda tidak dapat hadir ke sekolah? Sekiranya tidak,
berikut dikongsikan contoh surat tidak hadir ke sekolah atas pelbagai alasan seperti sakit (surat cuti),
kerana demam dan pelbagai alasan lain yang munasabah untuk panduan semua.

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

Untuk makluman, contoh di bawah boleh digunakan untuk sebagai satu surat rasmi kepada pihak
sekolah sekiranya pelajar atau anak anda tidak hadir ke sekolah tanpa sijil sakit ataupun atas alasan
lain yang kukuh dan munasabah. Surat rasmi tidak hadir ini adalah mustahak bagi memastikan rekod
berhenti sekolah pelajar dalam keadaan baik. Sekiranya tiada surat rasmi, pelajar akan dianggap
ponteng dan ia akan direkod sebagai satu kesalahan disiplin dan boleh diberi surat tunjuk sebab.

Baca juga: SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan SK/ SMK

Isi Kandungan [Tutup]

1. Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana (Cuti Sakit & Alasan Yang Munasabah)
2. Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Bimbang Penularan COVID-19
3. Contoh Surat Rasmi 1 – Cuti Sakit
4. Contoh 2 – Masalah Keluarga
5. Contoh 3 – Balik Kampung/ Kematian Saudara Terdekat
6. Contoh 4 – Hal Keluarga
7. Format Surat
8. Nota Peringatan

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana (Cuti Sakit &


Alasan Yang Munasabah)
Contoh surat tidak hadir ke sekolah mesti ditulis kerana pelbagai alasan. Di antara alasan
ketidakhadiran ke sekolah yang selalu diberikan oleh pelajar atau ibu bapa/ penjaga adalah seperti
berikut :-

1. Demam/ sakit
2. Melawat orang sakit
3. Kematian keluarga terdekat
4. Masalah pengangkutan ke sekolah
5. Hal berkaitan urusan keluarga – bercuti, menghadiri majlis perkahwinan
6. Faktor persekitaran seperti banjir/ hujan lebat

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

Dibawah adalah empat contoh format surat yang boleh digunakan ibu, bapa atau penjaga sebagai
surat rasmi permohonan ketidak hadiran pelajar atau anak-anak ke sekolah.

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Bimbang Penularan COVID-19


Fatimah Binti Ali

No. 10, Jalan Daim 2/1, Kota Damansara,

47900, Damansara

Designed for everyday


use
Designed for everyday use, in any
environment for thorough and accurate
inspections.
RS Components
Shop now

Selangor.

_______________________________________________________________________________

Tuan Guru Besar                                                                                                    5 Oktober 2020

Sekolah Kebangsaan Seri Damansara,

Jalan Persiaran Damansara,

479000 Damansara,

Selangor.

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

(up: Guru Kelas 5 Musytari)

Tuan/Puan,

MEMOHON KEBENARAN MENGECUALIKAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH ATAS SEBAB


BIMBANG PENULARAN COVID-19 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Saya Fatimah Binti Ali nombor Kad Pengenalan 801001145555 adalah ibu kepada Syahirah Binti
Musa yang merupakan pelajar Tahun 5 Musytari di Sekolah Kebangsaan Seri Damansara.

3. Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak memberi kebenaran kepada anak saya
untuk ke sekolah kerana bimbang dengan penularan wabak COVID-19 yang meningkat khususnya di
kawasan Damansara.

4. Saya berharap pihak tuan/puan juga memahami bahawa kesihatan anak-anak adalah perkara yang
lebih mustahak dan saya akan memastikan tugasan sekolah anak disiapkan pada tempoh yang
diberikan.

5.  Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/ puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

……………………………

(Fatimah Binti Ali)

No. Tel: ……………….

Contoh Surat Rasmi 1 – Cuti Sakit


Ali Bin Abu

No. 9, Jalan Belibis 2,

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

Taman Rinting, 81000 Johor Bahru,

Tuan,

Guru Tingkatan 5 Indah

SMK Taman Rinting,

Jalan Persiaran Rinting 1,

81000, Johor,

PERKARA: TIDAK HADIR KE SEKOLAH


Merujuk perkara di atas, saya adalah bapa kepada Ali Bin Abu. Untuk makluman pihak tuan, anak
saya tidak

dapat hadir ke sekolah disebabkan sakit perut pada ……………… bersamaan hari Isnin.

2. Justeru itu, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran pelajar berkenaan. Anak saya akan hadir ke
sekolah seperti biasa apabila pulih daripada sakitnya nanti.

3. Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya, bolehlah pihak
sekolah menghubungi saya di talian …………. untuk mendapatkan kepastian.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan saya amat hargai dan dahului dengan
ucapan terima kasih.

Yang benar,

………………………..

(Ali Bin Abu)

0111111111/0122222222 (Abu Bin Bakar)

Contoh 2 – Masalah Keluarga


Nama Pelajar

Alamat

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

_________________________

_________________________ _________________________

Tarikh: _____/_______/__________

PENGETUA SMK SERI KAYANGAN

PER : SURAT RASMI TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK/ JAGAAN KE SEKOLAH


Adalah saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Saya ________________________________________ ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama


_________________________________________________ dari kelas ____________________
ingin memberikan sebab anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh
________________________.

3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana: ——————-

Antara alasan yang munasabah :-

Anak/ jagaan saya sakit/tidak sihat untuk hadir ke sekolah tanpa Sijil Cuti Sakit daripada doktor;
Anak/ jagaan saya menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah;
Anak/ jagaan saya perlu menghadiri majlis _______________________________________
bersama keluarga;

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar anak saya tidak dikategorikan sebagai melakukan
kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
……………………………………………………..
(                                                                   )

Contoh 3 – Balik Kampung/ Kematian Saudara Terdekat


No. 11, Kampung Dalam, ______________________,

Melaka. _______________________,

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

Guru Kelas ______________,

Sekolah ______________________________,

______________

Jasin, Melaka.

26 Januari 2020

Tuan,

PER : Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya _________________________ bapa kepada ________________________ ingin menyatakan


anak saya tidak dapat hadir ke sekolah selama ________ hari mulai ____________hingga
__________ 2020.

3. Ketidakhadirannya adalah disebabkan balik kampung untuk menghadiri pengembumian datuk


_________________________________________ _____________________________. Saya berjanji
bahawa anak saya akan kembali semula ke sekolah pada _____________ 2020.

4. Adalah diharapkan pihak tuan dapat menyimpan segala nota dan lembaran kerja bagi pihak anak
saya.

5. Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Yang Benar

………………………….

(____________________)

Contoh 4 – Hal Keluarga


Tingkat 2-2, Blok A,

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

Flat Seri Permai,

Nilai, Negeri Sembilan.


_______________________________________________________________________________

Guru Kelas ………

SK Seri Permai,

Nilai, Negeri Sembilan.

21 MAC 2020

Tuan/Puan,

Ketidakhadiran ke sekolah
Berhubung dengan perkara seperti di atas saya selaku ibu kepada pelajar ……………… dari kelas 5
Bestari

2. Ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke
sekolah pada …………………….

3. Hal ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan di mana beliau perlu mengikuti saya untuk
melawat saudara yang sedang sakit di hospital .

4. Dengan itu,saya mengharapkan pihak sekolah dapat memberikan kerjasama dan perhatian
sewajarnya kepada ketidakhadiran anak saya ke sekolah.Saya memohon maaf atas kelewatan
menghantar surat oleh sebab kekurangan masa lapang.segala jasa baik pihak sekolah amat saya
hargai.

Yang benar,
……….
…………………

Format Surat
Berikut adalah format surat rasmi yang lazimnya digunakan untuk urusan di sekolah:

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

Nota Peringatan
Pastikan surat mengikut format surat rasmi seperti di atas
Alasan hendaklah munasabah dan diterima oleh pihak sekolah
Pastikan surat ditulis secara ringkas serta memberikan informasi yang tepat dan perlu sahaja.
Lampirkan surat sokongan seperti surat MC, surat kematian dan sebagainya jika ada.

Semoga perkongsian contoh di atas dapat membantu anda terutamanya ibu bapa dan penjaga pelajar
di sekolah.

Related : sekolah surat, sekolah kerana sakit, sesi persekolahan, nama anak, kerana sakit perut, atas
urusan kematian,

 Share  Facebook  Twitter

INFORMASI BERKAITAN

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

Jenis-Jenis Pengenalan Dalam Kesalahan Bahasa Yang Lazim Cara Mudah Menghafal Dengan
Penulisan Karangan Dalam Penulisan Karangan Bahasa Mudah Dan Cepat
Melayu (BM)

Login Google Classroom (GC) Doa Ketika Menghadapi Tips Menulis Karangan Bahasa
KPM & Cara Sign In Murid/ Guru Peperiksaan Dan Doa Mudah Inggeris
Belajar

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]


Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)

Ipendidikan.MY Copyright 2021 | Hakcipta Terpelihara.

https://www.ipendidikan.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah.html[13/2/2022 6:35:25 PM]

Anda mungkin juga menyukai