Anda di halaman 1dari 3

Wan Afiq Bin Wan Arif

blok t-7,taman sena ,


01457,kuala kemunting
shah alam selangor
_____________________________________________________
Guru kelas 6UKM
Sek keb miru sentosa,
Jalan Parit Buntar,
04580,port dickson
perlis indera kayangan
18/02/2012

Tuan/Puan,

PER:TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk pernyataan diatas ,saya waris penjaga Wan Afiq bin Wan Arif ingin
menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri pada
17/02/2012 .

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan


mengalami demam yang bermula setelah pulang dari sekolah pada beberapa hari
yang lepas.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 17/02/2012
berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit
yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian ini dan berharap dari kerjasama pihak
tuan .

Sekian terima kasih .

Yang Benar

(Wan Arif bin Wan Zaman)

Mohd Syafiq Bin Jamilulai


2011722493 ,
Pelajar Diploma Pengurusan Maklumat,
Kolej Kediaman Malinja (B318),
Kampus Sg Petani Kedah,
08400 Merbok,
Kedah Darul Aman.
_________________________________________________________________________________
Pegawai Kesatria,
Unit Kokurikulum ,
Bangunan Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Kampus Sg Petani Kedah,
08400 Merbok,
KEDAH DARUL AMAN
November 2011

27

Tuan,
SURAT TUNJUK SEBAB GAGAL HADIR KE PERJUMPAAN RASMI KOKURIKULUM

Merujuk perkara di atas saya ingin mengemukakan sebab mengapa saya tidak dapat
hadir ke Perjumpaan Kokurikulum yang berada di bawah kelolaan Tuan.

2.
ketidakhadiran saya ke perjumpaan tersebut adalah disebabkan kelewatan
saya untuk membuat persiapan diri untuk menghadiri perjumpaan kokurikulum
tersebut. Semua ini diakibatkan keletihan saya selepas menghadiri kuliah lalu
mengakibatkan saya tertidur di bilik selepas saya pulang dari kuliah yang berakhir
pada jam 2.00 petang. Di samping itu kealpaan saya untuk mengunci jam pada
telefon bimbit saya juga mnjadi penyebab saya untuk tidak terjaga untuk
menghadiri ke perjumpaan rasmi kokurikulum ini.

3.
Sesungguhnya saya menyedari bahawa program kokurikulum ini merupakan
program wajib dan saya boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak menghadiri

program ini. Saya juga sedar program ini merupakan sebahagian daripada kredit
untuk saya lulus Gred Purata Keseluruhan (GPK). Saya begitu kesal dengan tindakan
saya yang gagal menghadirkan diri ke program kokurikulum ini.

Dengan ini, saya memohon ribuaan kemaafan atas kesilapan dan kecuaian saya
kerana tidak menghadiri perjumpaan rasmi kokurikulum ini. Saya berjanji akan
menghadiri setiap perjumpaan kokurikulum pada masa hadapan melainkan ada
urusan mustahak atau komitmen lain yang perlu dipenuhi. Jasa baik tuan amat saya
harapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_________________
(MOHD SYAFIQ BIN JAMILULAI)
2011722493,
Pelajar Diploma Pengurusan Maklumat,
Universiti Teknologi Mara.
.

Anda mungkin juga menyukai