Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Program


Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut:

PEMBANGUNAN
SAHSIAH DIRI MURID

PENINGKATAN
DISIPLIN MURID

ASPEK
PROGRAM PERKEMBANGAN
KERJAYA
MENTOR
MENTEE
PSIKOSOSIAL DAN
KESEJAHTERAAN
MENTAL

AKADEMIK

PERANAN & TUGAS

1. Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan supaya


apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
2. Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai keazaman dan
keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.
3. Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada Mentee.
4. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya untuk
mengetahui perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina. Juga
bertanyakan jika ada hal-hal peribadi Mentee yang mengganggu pelajaran.
5. Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif program.
6. Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.
BIDANG
PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID
TAJUK Nama Panggilan.

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti mentee dapat:


1. mengetahui nama panggilan diri, mentor dan ahli kelompok.
2. mengenali mentor dan setiap ahli kelompok.
3. memahami bahawa hubungan ahli kelompok seperti keluarga.

MASA 30 minit

BAHAN Tiada

LANGKAH 1. Mentor meminta setiap mentee memaklumkan dan berkongsi tarikh


lahir masing-masing dalam kumpulan.
2. Mentor meminta setiap mentee mencari nama panggilan yang sesuai
mengikut tarikh lahir yang terawal hingga terakhir.
3. Mentee perlu membahasakan diri serta memanggil mentee lain dalam
kumpulan mengikut nama gelaran /nama panggilan yang dipilih oleh
mereka masing-masing.
4. Mentor perlu memperkenalkan diri dengan panggilan ayah, ibu, bonda,
umi, abi dan sebagainya yang sesuai dan melambangkan watak sebagai
ibu atau ayah.
5. Mentor dan mentee membuat ulasan tentang aktiviti yang dijalankan.

FALSAFAH Budi bahasa budaya kita.


BIDANG PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL
TAJUK Kawal Diri

OBJEKTIF 1. Murid dapat mengenali dengan lebih mendalam faktor emosi


terganggu
2. Murid dapat mengetahui cara/kaedah mengawal emosi apabila
berhadapan dengan situasi yang mengganggu emosi mereka

MASA 20 - 30 Minit

BAHAN Tiada

LANGKAH 1. Mentee membuat mimik muka seperti sedih, gembira, marah, kecewa
untuk menggambarkan situasi emosi yang dialami.
2. Soal jawab dilakukan terhadap aktiviti 1( Punca/Faktor emosi tersebut
berlaku)
3. Mentor dan mentee akan berbincang tentang perkara yang seharusnya
dilakukan sekiranya berhadapan atau berada dalam situasi emosi tersebut.
4. Secara rawak, mentee akan berkongsi berkaitan dengan perkara yang
dipelajarinya dalam perjumpaan ini.
5. Mentor akan membuat rumusan secara keseluruhan.

FALSAFAH 1. Setiap manusia mestilah bijak bertindakbalas terhadap emosi yang


dialami.
2. setiap emosi yang dihadapi akan mampu mematangkan kita sekiranya
situasi emosi tersebut ditangani secara positif.
3. Pengawalan diri yang baik dalam diri murid mampu mendatangkan
impak positif terhadap kesediaan dan keyakinan murid di sekolah.
BIDANG PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL
TAJUK Masih Ada Yang Sayang

OBJEKTIF 1. Murid menyedari kepentingan kasih sayang sesama manusia.


2. Membantu memupuk rasa kasih sayang terhadap sekeliling (Keluarga,
Sahabat, Guru, & sebagainya)

MASA 20 - 30 Minit

BAHAN Tiada

LANGKAH 1. Mentor bertanyakan kepada mentee apakah yang mereka faham dengan
kasih sayang.
2. Mentee diminta untuk menyebut 5 orang yang paling mereka sayangi
dalam hidup mereka.
3. Mentor bersoal jawab dengan mentee berkaitan dengan orang yang
mereka sayangi (kenapa perlu disayangi?)
4. Mentor berbincang dengan mentee bagaimana cara untuk
meningkatkan kasih sayang dalam kehidupan.
5. Mentor membuat rumusan ( Kepentingan kasih sayang dalam
kehiduapan murid sekolah)

FALSAFAH 1. Setiap manusia memerlukan kasih sayang dalam kehidupan.


2. Kita perlu tunjukkan kasih sayang dengan cara yang betul kepada
sesiapa sahaja sementara mereka masih ada. (Keluarga)
3. Kasih Sayang perlu dinyatakan melalui tindakan)
BIDANG POTENSI DIRI & AKADEMIK
TAJUK Aku Boleh

OBJEKTIF 1. Murid dapat menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri sendiri.


2. Murid dapat kenali diri dengan lebih mendalam.
3. Murid dapat mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri
serta membaiki kelemahan diri

MASA 20 - 30 Minit

BAHAN Tiada

LANGKAH 1. Mentee diberi masa oleh mentor untuk berfikir tentang kelebihan dan
kelemahan diri sendiri.
2. Mentor memilih mentee secara rawak untuk berkongsi kelebihan dan
kelemahan diri sendiri.
3. Soal jawab dan sumbang saran tentang bagaimana untuk meningkatkan
kebolehan diri dan membaiki kelemahan diri.
4. Mentor membuat rumusan secara keseluruhan.

FALSAFAH 1. Setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan msing-msing.


2. Setiap manusia haruslah menjadikan kebolehan sebagai batu loncatan
untuk mencapai kejayaan dan kelemahan sebagai peluang untuk
memperbaiki diri sendiri.
3. Setiap orang tidak seharusnya merasa rendah diri terhadap kelemahan
yang ada.

BIDANG KERJAYA & AKADEMIK


TAJUK Kepentingan Kerjaya Kepada Kita

OBJEKTIF 1. Murid dapat mengenal beberapa jenis kerjaya dalam kehiduapan


2. Murid dapat menyatakan kepentingan kerjaya/pekerjaan ibu bapa atau
penjaga
3. Murid dapat menyatakan kepentingan kerjaya kepada manusia
MASA 20 - 30 Minit

BAHAN Kertas A4 & Pensil/Pen(minta murid sediakan).

LANGKAH 1. Mentor dan mentee bersoal jawab tentang pekerjaan keluarga masing-
masing. (apa pekerjaan,keasan pekerjaan keluarga terhadap hidup
mereka)
2. Setiap mentee di minta untuk menyatakan atau menulis
kerjaya/pekerjaan yang diminati dalam kertas A4 yang diberikan.
3. Mentee juga diminta untuk menyatakan beberapa kepentingan kerjaya
tersebut.
4. Secara ringkas, setiap mentee akan membentangkan hasil kerja yang
telah dilakukan.
5. Mentor membuat rumusan ( kaitkan dengan pelajaran mereka)

FALSAFAH 1. Seseorang individu itu perlu merancang kerjaya untuk jangka masa
panjang.
2. Kerjaya amat penting dalam hidup seseorang manusia demi mencapai
kesempurnaan hidup.
3. Setiap Kerjaya mempunyai bidang tugas yang berlainan

KERJAYA
Kepentingan Kerjaya Yang Dipilih

NAMA
KERJAYA/PEKERJAAN
YANG DIMINATI

BIDANG PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL


TAJUK Keluarga Bahagia
OBJEKTIF 1. Murid dapat menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri sendiri.
2. Murid dapat kenali diri dengan lebih mendalam.
3. Murid dapat mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri
serta membaiki kelemahan diri

MASA 20 - 30 Minit

BAHAN Tiada

LANGKAH 1. Mentee diberi masa oleh mentor untuk berfikir tentang kelebihan dan
kelemahan diri sendiri.
2. Mentor memilih mentee secara rawak untuk berkongsi kelebihan dan
kelemahan diri sendiri.
3. Soal jawab dan sumbang saran tentang bagaimana untuk meningkatkan
kebolehan diri dan membaiki kelemahan diri.
4. Mentor membuat rumusan secara keseluruhan.

FALSAFAH 1. Setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan msing-msing.


2. Setiap manusia haruslah menjadikan kebolehan sebagai batu loncatan
untuk mencapai kejayaan dan kelemahan sebagai peluang untuk
memperbaiki diri sendiri.
3. Setiap orang tidak seharusnya merasa rendah diri terhadap kelemahan
yang ada.

BIDANG PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID


TAJUK Pengurusan Diri.
OBJEKTIF Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. menguruskan diri tanpa bantuan orang lain.
2. menyedari tanggungjawab mengurus diri.
3. mengenalpasti kemahiran asas penjagaan diri.

MASA 30 minit

BAHAN Tiada

LANGKAH 1. Mentor memulakan aktiviti ini dengan membuat pemeriksaan kuku


mentee.
2. Mentor memilih dua orang mentee (lelaki dan perempuan) yang
berpakaian lengkap dan kemas untuk dijadikan model.
3. Mentor menerangkan ciri-ciri kekemasan diri yang ada pada kedua-dua
model tersebut.
4. Mentee bersoal jawab dengan mentor berkaitan pengurusan diri.

FALSAFAH Kebersihan asas kesihatan.

BIDANG PENGURUSAN DIRI


TAJUK Aku Kemas, Bersih dan Cantik
OBJEKTIF 1. Murid dapat menyatakan cara-cara pengurusan diri yang betul
2. Murid mengetahui kepentingan pengurusan diri terhadap kehidupan
seharian.

MASA 20 - 30 Minit

BAHAN Tiada

LANGKAH 1. Mentor bertanyakan kepada setiap mentee bagaimana mereka


mengurus diri mereka seharian(terutamanya pengurusan diri ke sekolah)
2. Mentor mengagihkan mentee kepada kepada 2 kumpulan kecil
i. Kumpulan 1 – Pengurusan Tubuh Badan(Kemas,Bersih,Cantik)
ii.Kumpulan 2 – Pengurusan Pakaian(Kemas,Bersih,Cantik)
3. Mentee akan berbincang dalam kumpulan kecil masing-masing
4. Setiap kumpulan kecil membentangkan secara ringkas berdasarkan
tajuk yang diberikan.
5. Mentor akan membuat rumusan secara keseluruhan tentang
pengurusan diri (kaitkan dengan pelajaran mereka)

FALSAFAH 1. Pengurusan diri yang teliti akan dapat mendidik individu


mendisiplinkan diri seterusnya membina jati diri yang unggul
2. Murid yang dapat mengurus diri dengan baik akan mampu
meningkatkan nilai harga diri dan memberikan impak yang positif
terhadap kesediaan mereka di sekolah.

BIDANG PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID


TAJUK Kawan Saya

Pada akhir aktiviti mentee dapat:


OBJEKTIF 1. mengenali ahli kelompok.
2. mewujudkan kejelekitan antara ahli

MASA 20 - 30 Minit

BAHAN Lembaran saya dan rakan saya(Lampiran 2)

LANGKAH 1. Mentor memilih 2 orang mentee menceritakan perihal rakan karib


mereka.
2. Mentor mengedarkan lembaran saya dan rakan saya.
3. Mentee di minta mencatatkan maklumat berkaitan rakan yang dipilih
sebagai pasangannya.
4. Mentor memilih secara rawak beberapa pasangan untuk
membentangkan hasil dapatan masing-masing.
5. Mentor membuat rumusan secara keseluruhan tentang peranan rakan.

FALSAFAH 1. Setiap individu berhak menentukan minat dan kecenderungan sendiri


tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
2. Kita mesti menghormati minat dan kecenderungan orang lain
sebagaimana kita mahu orang lain menghormati kita.

SAYA DAN RAKAN SAYA Lampiran 2

Lengkapkan jadual berikut dengan maklumat diri sendiri dan rakan anda

PERKARA MAKLUMAT DIRI RAKAN SAYA


Nama

Jantina

Hobi

Cita-Cita

Makanan
Kegemaran
Minuman
Kegemaran
Warna Kesukaan

Permainan Yang
Digemari
Benda Yang Paling
Disayangi
Orang Yang Paling
Disayangi

BIDANG Pembangunan Sahsiah Diri Murid.


TAJUK Pengurusan Diri.
OBJEKTIF Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. menguruskan diri dengan baik.
2. menjaga kebersihan diri.
3. menyayangi diri sendiri.

MASA 30 minit

BAHAN Tiada

LANGKAH 1. Mentor bersoal jawab tentang kebersihan diri.


2. Mentor memanggil contoh pelajar lelaki dan perempuan yang
berketrampilan ke hadapan.
3. Mentor bersoal jawab tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan
(perkembangan remaja).
4. Mentor membuat rumusan tentang pengurusan diri yang betul.

FALSAFAH Hormatilah orang di sekeliling anda

Anda mungkin juga menyukai