Anda di halaman 1dari 1

Nur Syafinie Binti Asnarah,

No.KP: 060613-12-0094,
Pelajar Tingkatan Satu Harmoni,
Sekolah Menengah Kebangsaan Usukan,
Peti Surat 181, 89158 Kota Belud,
Sabah.
Penolong Kanan HEM,
Sekolah Menengah Kebangsaan Usukan,
Peti Surat 181, 89158 Kota Belud,
Sabah. 22 JUN 2019.

Tuan,
Memohon Kebenaran Untuk Menetap di Luar Asrama Kerana Masalah Kesihatan

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.0 Saya seperti penama diatas ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk menetap di luar
kawasan asrama sekolah bagi suatu tempoh masa iaitu selama sebulan. Hal ini adalah kerana saya
sering mengalami masalah kesihatan dan sudah banyak kali merujuk dengan doktor di hospital dan
klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya sering kali sakit
demam sejak kebelakangan ini. Selain itu, saya juga mengalami sakit gastrik yang keterlaluan
menyebabkan saya berasa kurang selesa untuk mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas.

3.0 Oleh yang demikian, saya ingin memaklumkan kepada tuan bahawa saya berhasrat untuk
menetap di rumah kakak kandung saya yang tinggal di perkampungan Kuala Abai, tidak jauh dari
kawasan sekolah untuk sementara waktu sehingga kesihatan saya beransur pulih. Hal ini adalah
kerana saya berasa lebih selesa apabila berada di bawah jagaan kakak saya buat masa yang terdekat
ini. Tambahan pula, ahli keluarga saya yang berada jauh di Pulau Mantanani sentiasa risau terhadap
kesihatan saya yang tidak menentu buat masa ini.

Oleh itu, saya amat berbesar hati sekiranya permohonan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak
tuan. Segala keputusan oleh pihak tuan amatlah saya hargai dan saya akhiri dengan ucapan terima
kasih. Sekian, wassalam.

Yang benar,

…………………………………………………….
(NUR SYAFINIE BINTI ASNARAH)
Pelajar Tingkatan 1 Harmoni,
No.KP: 060613-12-0094,
Sekolah Menengah Kebangsaan Usukan,
Kota Belud, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai