Anda di halaman 1dari 2

No 3, Lot 1648 Lorong 4,

Jalan Kuching Timur 3, Taman Tunku,


98000, Miri,
Sarawak. 27hb Julai 2022 (Rabu)

Kepada Pihak yang berkenaan,

Tuan / Puan,

Surat Akuan Melahirkan Bayi Di Rumah

Merujuk kepada perkara di atas, surat ini adalah untuk memaklumkan kepada pihak Klinik
Taman Tunku bahawa saya Marani Binti Dahalan No Mykad 900716-13-7218 yang beralamat di
atas berbangsa melanau dan beragama islam telah melahirkan seorang bayi perempuan pada
25.05.2022 jam 1.27petang bertempat di kuartes pekerja ladang Linau Mewah iaitu di rumah
kakak saya yang beralamat di Linau Mewah,Batu 6 ½ Jalan Miri Bintulu.

2. Semasa saya melahirkan saya berseorangan di rumah tanpa ditemani ahli keluarga.
Bayi saya dalam keadaan cukup sifat dan saya mengakui saya sendiri memotong tali pusat bayi
perempuan saya. Dimaklumkan juga sepanjang tempoh kehamilan saya tidak pernah membuat
pemeriksaan kandungan di mana-mana klinik atau pusat kesihatan kerana saya mengandung
anak lelaki lain sedangkan saya masih dalam proses penceraian.

3. Selepas saya melahirkan saya menghubungi kakak saya Roziwati untuk meminta
bantuan. Kakak saya sendiri yang telah membawa bayi saya ke hospital untuk rawatan. Namun
demikian, saya sendiri enggan menerima rawatan selepas bersalin di rumah. Hanya anak saya
yang menerima rawatan ketika itu, dan dimasukkan ke wad NICU selama 17 hari untuk rawatan
tanpa saya turut serta.

4. Oleh kerana demikian semasa bayi saya dibenarkan keluar dari hospital, bayi saya tidak
menerima buku klinik (buku pink) kerana prosedur pihak hospital tidak membenarkan buku
tersebut dikeluarkan untuk bayi yang lahir dirumah dan ibunya tidak menerima rawatan selepas
bersalin.
5. Akuan bertulis ini saya buat untuk rujukan pihak yang berkenaan kerana masalah ini
menyukarkan saya untuk membuat daftar kelahiran anak saya di JPN kerana mereka
memerlukan buku bayi (buku pink) sebagai bukti kelahiran. Bayi saya telah berusia 2 bulan 2
hari pada hari ini.

6. Segala yang saya terangkan di dalam akuan ini dengan kepercayaan bahawa segalanya
adalah nyata dan jelas serta benar. Dan kami memohon pihak berkenaan juga dapat
memudahkan proses di JPN nanti.

Sekian, Terima kasih.

(________________)
Yang Benar :
Marani Bt Dahalan
(900716-13-7218)

Anda mungkin juga menyukai