Anda di halaman 1dari 2

Ernitta Petrolinda Sabian

Klinik Pergigian Tuaran,


Kawasan Pergigian Kota Kinabalu,
Sabah.
18 November 2015
Pegawai Pergigian Kawasan,
Pejabat Pergigian Kawasan Kota Kinabalu,
Sabah.
Up;
Pegawai Y/M
Klinik Pergigian Tuaran
Tuan,
MEMOHON KELULUSAN CUTI TANPA GAJI SELAMA 31 HARI
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
02.
Saya ERNITTA PETROLINDA SABIAN(850609-12-5980) bertugas sebagai
Jururawat Pergigian U29 yang sedang bertugas seperti alaman di atas.
Seperti yang Doktor sedia maklum saya sedang dalam cuti sakit selama 2
bulan berikutan dengan jangkitan kuman Tibi ve. Meskipun bagi penghidap Tibi
ve kurang berjangkit dan cuti sakit ataupun quarintin tidak terlalu lama
sehingga 2 bulan tetapi atas sebab kesan pengambilan ubat Tibi yang
menyebabkan keadaan saya lemah doktor yang merawat saya memberikan cuti
sakit sehingga 2 bulan.
03.
Walaubagaimanapun, hal di atas bukanlah menjadi alasan utama saya
untuk mengambil keputusan untuk memohonan cuti tanpa gaji. Atas
alasan
sedang menjalani rawatan kesihatan mental dia Hospital Mesra Bukit Padang dan
juga dalam masa yang sama sedang menjalani terapi mental di Klinik Swasta
iaitu MIND WELLNESS CLINIC (Counselling & Psychotherapy Clinic) yang terletak
di No.14-1, Lot 50, Block B, 1st Floor, Lorong Plaza Kingfisher, 88450 Kota
Kinabalu, Sabah menyebabkan saya mengambil keputusan untuk bercuti tanpa
gaji.
04.
Dengan jelas lagi, untuk tahun ini cuti tahunan saya telah habis digunakan
juga atas masalah kesihatan saya dan juga anak-anak yang kerap sakit.
Memandangkan hal ini, memaksa saya untuk membuat keputusan untuk
bercuti tanpa gaji kerana sekiranya saya pergi ke temujanji di Hospital Mesra
Bukit Padang saya terpaksa mengambil cuti tetapi oleh sebab cuti tahunan habis,
sijil cuti sakit diperlukan sebagai bukti ketidak hadiran saya ke tempat kerja.
Sekiranya sijil cuti sakit dikeluarkan maka ramai pihak yang akan tahu
dengan masalah kesihatan saya yang mana seboleh-bolehnya saya tidak mahu
ramai pihak yang mengetahuinya kerana ianya akan lagi memburukkan keadaan
kepada diri saya sendiri dan juga perkhidmatan saya kelak.
Buat masa ini
temujanji saya adalah setiap minggu.

05.
Temujanji dibuat berdasarkan hasil analisis yang dibuat ke atas saya oleh
pihak Hospital Mesra Bukit Padang menunjukkan kesihatan mental saya sudah
diperingkat kritikal, di mana saya terpaksa diberi ubat sebanyak 2 jenis.
Pada
masa ini saya dalam usaha untuk mengikuti segala aktiviti yang telah
dirancangkan oleh Pakar Jurupulih Kerja Hospital Mesra Bukit Padang di samping
itu menuruskan jadual mengambilan ubat tibi dan juga ubat yang telah pihak
Hospital MBP bekalkan.
06.
Sekali lagi saya mohon agar hal ini dirahsiahkan dari pengetahuan manamana pihak dan biarlah hanya di peringkat Doktor sebagai pegawai atasan saya
kerana saya risau akan perkhidmatan saya di masa akan datang akan lagi
terjejas.
Keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji adalah sangat susah
bagi saya kerana saya juga memikirkan akan semua hal yang akan bakal saya
hadapi semasa bercuti dan masa akan datang
yang berkaitan dengan
perkhidmatan saya.
Tetapi atas nasihat pihak yang berkaitan dan juga
keluarga saya terpaksa menolak ketepi semua itu dan mendahului kesihatan
saya.
07.
Saya memohon maaf kerana lewat menghantar borang permohonan ini
yang mana baru dia hantar pada tengahari 18/11/2015 di Klinik Pergigian
Tuaran.
Hal ini kerana banyak perkara yang membuatkan saya berfikir lama
sebelum membuat keputusan ini.
08.

Dengan ini saya merayu agar Doktor pertimbangkan permohonan saya ini.
Saya berjanji akan mengikuti segala aktiviti dan terapi yang dirancang ke
atas saya sekiranya permohonan ini diluluskan meskipun mungkin 1 bulan tidak
cukup untuk pulih sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya ada perubahan sedikat
saya bersyukur.
Sekurang-kurangnya, fizikal dan mental saya sedia untuk
bekerja dengan lebih bersedia dan bersemangat pada tahun hadapan. Meskipun
begitu saya serahkan segala keputusan di tangan doktor dan apapun keputusan
yang doktor berikan saya dahului dengan ribuan terima kasih atas keprihatinan
Doktor.

Yang Benar,
(ERNITTA PETROLINDA SABIAN)
JURURAWAT PERGIGIAN U29
850609125980
NO HP: 0146757096
0147029329 (SUAMI) untuk rujukan

Anda mungkin juga menyukai