Anda di halaman 1dari 2

Ainul Yusnita binti Mohamd Yusof

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat


(Pendidik Masyarakat TABIKA S29)
TABIKA KEMAS Batu 14 Lekir
32020 Sitiawan
Perak Darul Ridzuan.

Kepada,

Ketua Pengarah, 10 Oktober 2023


Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) Malaysia
Aras 5-9,
No 47 Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.

Melalui dan salinan :-

Tuan Pengarah
Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS )
Negeri Perak
Blok C, Tingkat 2C3-1, Bangunan Persekutuan Ipoh
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
30450 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.

Melalui dan salinan :-

Pegawai KEMAS Daerah Manjung


Pusat Kegiatan KEMAS Lumut
Jalan Dato’ Seri Kamaruddin
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas yang bertugas sebagai
Pendidik Masyarakat di TABIKA KEMAS Batu 14 Lekir, Parlimen Lumut dan di bawah
Daerah Manjung telah berkhidmat di sini selama tujuh (7) bulan ingin memohon pertukaran
tempat bertugas ke Dun Slim, Parlimen Tanjong Malim, Daerah Muallim, Perak.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, suami saya berkhidmat sebagai anggota Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak dan kini menyandang jawatan
sebagai Pegawai Navigasi di unit kapal KD KINABALU. Suami saya kini memasuki lima (5)
tahun berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut dan selama tempoh itu kami menjadi pasangan
jarak jauh (PJJ) dimana suami akan berulang-alik menjenguk isteri dan anak apabila hujung
minggu sekiranya tidak terlibat dengan penugasan pelayaran operasi.
4. Selain itu, kos yang tinggi untuk suami berulang-alik setiap minggu serta risiko
kemalangan yang tinggi semasa di atas jalan raya ketika berulang-alik menjadi faktor
dorongan untuk saya memohon ditukarkan ke tempat tugas yang dinyatakan di atas.

5. Dalam masa yang sama, anak lelaki saya yang memasuki usia tiga (3) tahun telah
disahkan oleh doktor menghidapi spektrum autisme peringkat awal dan disyorkan menjalani
terapi sekerap yang mungkin sebagai usaha membantu anak mencapai kemajuan yang lebih
baik dalam kemahiran harian serta asas pertuturan. Kekangan ketiadaan fasiliti terapi bagi
kanak-kanak autisme di daerah Muallim dan hanya bergantung dengan slot terapi Hospital
Slim River adalah tidak mencukupi dan ini menyukarkan hasrat untuk terus kekal berkhidmat
di sini dengan mengambil kira fasiliti di daerah Manjung yang serba lengkap dan jarak tempat
bekerja suami yang dekat.

6. Bersama-sama dengan ini saya lampirkan dokumen salinan kad pengenalan suami,
salinan sijil pernikahan, surat pengesahan perkhidmatan suami, sijil lahir anak dan surat
pengesahan hospital untuk rujukan pihak tuan.

7. Berdasarkan justifikasi di atas, saya berharap permohonan ini mendapat pertimbangan


dan perhatian sewajarnya daripada pihak tuan. Segala kelulusan dan jasa baik daripada pihak
tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.................................................................................
(AINUL YUSNITA BINTI MOHAMD YUSOF)
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
Parlimen Tanjong Malim

sk : Pegawai KEMAS Daerah Muallim

Anda mungkin juga menyukai