Anda di halaman 1dari 1

No. 13, Jalan Pari, Taman Seri Tenggara, 34200, Parit Buntar, Perak.

Tn. Hj. Mokhtar Bin Hj Zakaria, Pengetua, Sekolah Menengah Vokasional Lebuh Cator, 30450, Ipoh, Perak. 01 Mac 2012

Tuan, Memohon Untuk Bercuti Pada 03 Mac 2012 Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya Mohammad Zulhilmi Bin Hj Hasan Adli, selaku guru pelatih di SMV Lebuh Cator memohon untuk bercuti pada 03 Mac 2012 bersamaan hari Sabtu iaitu hari persekolahan kerana terlibat untuk membawa rombongan pengantin ke Kemaman, Terengganu. 2. Untuk makluman Tuan, rombongan pengantin yang saya bawa merupakan sepupu saya sendiri dan secara tidak langsung saya dipilih untuk menjadi jurugambar rasmi bagi majlis walimatul urus ini. Saya juga turut melampirkan salinan kad perkahwinan sebagai bukti majlis tersebut. 3. Tujuan saya memohon cuti ini adalah atas urusan kerja kerana saya gagal mendapatkan jurukamera ganti atas faktor kelewatan tempahan dan faktor tidak sanggup membiarkan ayahanda tercinta memandu keseorangan mengharungi perjalanan yang jauh ke Pantai Timur. 4. Dengan ini saya berharap jasa baik Tuan dapat meluluskan permohonan cuti saya dan kerjasama dari pihak tuan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.

Yang Benar,

.. (Mohammad Zulhilmi Bin Hasan Adli)

Anda mungkin juga menyukai