Anda di halaman 1dari 1

68 Lorong Shahbandar 16

Bertam Perdana,
13200, Kepala Batas
Pulau Pinang.
______________________________________________________________________________

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang
[u.p. Unit Pengurusan Sekolah]

Tuan,

RAYUAN PERTUKARAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN 2018

Dengan segala hormatnya, saya ingin menarik perhatian tuan atas perkara tersebut di atas.

2. Saya ingin membuat rayuan pertukaran agar anak saya, Balqis Fatonah bt Muhammad
Syamil untuk ditempatkan di SK Bertam Indah.
3. Rayuan ini dibuat kerana kami ibu bapa serta saudara mara tinggal berdekatan dengan
kawasan itu, dan ini akan memudahkan kami untuk menguruskan anak kami sekiranya diterima
bersekolah di SK Bertam Indah.
4. Saya amat berharap agar rayuan ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya
dari pihak tuan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Yang benar,

[MARYAM JAMEELAH BINTI HAMDAN]

Anda mungkin juga menyukai