Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PEMOHONAN BANTUAN
PROGRAM MyFARM OUTLET KOPERASI
(MODEL IV)

OUTLET JUALAN

KOPERASI ABC BERHAD

Tarikh Permohonan : ……………


KERTAS KERJA PEMOHONAN BANTUAN
PROGRAM MyFARM OUTLET KOPERASI (MODEL IV)
OUTLET JUALAN
KOPERASI ABC BERHAD

1.0 TUJUAN

Kertas Kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kelulusan bantuan


untuk pelaksanaan Program MyFarm Outlet (MFO) melalui penglibatan
outlet jualan yang dimiliki atau di bawah kendalian Koperasi ABC Berhad.

2.0 PENGENALAN

2.1 Program MyFarm Outlet (MFO) merupakan inisiatif yang


diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
(MOA) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
dengan tujuan utamanya adalah untuk menangani isu kenaikan kos
sara hidup.

2.2 Objektif program MFO adalah:

(i) Mengurangkan bebanan kos sara hidup terutamanya di


kawasan bandar dan pinggir bandar;

(ii) Meningkatkan bilangan outlet pasaran hasil-hasil pertanian


sebagai pilihan bagi pengguna; dan

(iii) Mendapatkan bekalan keperluan harian dengan harga


menjimatkan.

2.3 Program MFO ini dilaksanakan secara National Blue Ocean Strategy
(NBOS) melalui EMPAT (4) MODEL di antara Kementerian Pertanian
& Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian
Kewangan (MOF).

2.4 Bagi program MFO koperasi, pelaksanaan akan diselaraskan oleh


SKM di bawah MODEL 4 melalui DC dan outlet jualan berpotensi

2
yang telah dikenalpasti melalui hasil lawatan yang dilaksanakan oleh
pihak SKM dan FAMA.

2.5 Hasil daripada lawatan yang telah dilaksanakan, Koperasi ABC


Berhad telah disokong dan ditawarkan untuk menyertai program MFO
di bawah rangkaian DC Koperasi Orang Melayu Kerajaan (Skomk)
Perak Berhad. Koperasi merupakan sebuah koperasi asas yang
didaftarkan pada _________ dengan no pendaftaran _______.
Fungsi utama koperasi adalah ________ manakala tahun kewangan
koperasi berakhir pada ________ tiap-tiap tahun.

2.6 Salah satu daripada aktiviti utama koperasi adalah bidang peruncitan
dan telah menjalankan aktiviti kedai koperasi bermula
tahun___________ (Maklumat Lesen Perniagaan Koperasi Seperti di
Lampiran H)

2.7 Semenjak mula beroperasi, prestasi kedai koperasi menunjukkan


pertumbuhan yang positif setiap tahun. Penilaian prestasi untuk dua
tahun kebelakang iaitu 2016 dan 2017 seperti di Lampiran I jelas
menunjukkan pekembangan baik koperasi.

3.0 LOKASI OPERASI

3.1 MFO yang akan dilaksanakan oleh Koperasi ABC Berhad merupakan
satu premis perniagaan berstruktur kekal / separa kekal di bangunan
sedia ada / baharu di alamat Lot 42 & 48, Jalan Idaman 2, Taman
Larkin Idaman, 80350 Johor Bahru, Johor dan berkeluasan 20’ x 70’.
Gambar-gambar bagi cadangan lokasi outlet seperti di Lampiran J.

3.2 Premis ini merupakan bangunan sepenuhnya hak milik koperasi /


sewaan. Maklumat dokumen perjanjian sewaan adalah seperti di
Lampiran K.

3.3 Lokasi ini akan berperanan sebagai outlet pasaran pilihan bagi
pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan harian khususnya
produk segar pada harga yang menjimatkan.

3.4 Lokasi outlet jualan ini juga dikenalpasti terletak di kawasan yang
strategik iaitu berhampiran dengan rangkaian DC koperasi dan

3
pembekal setempat.

3.5 Lokasi operasi outlet jualan koperasi adalah terletak di kawasan


bandar / pinggir bandar / luar bandar dengan saiz kepadatan
penduduk setempat berjumlah XXX orang.

4.0 SPESIFIKASI

4.1 Garis Panduan MFO telah menetapkan Keluasan minima ruang niaga
untuk jualan produk segar yang diperlukan bagi outlet jualan koperasi
adalah bersaiz 15’ x 15’.

4.2 Berdasarkan keluasan outlet koperasi yang dicadangkan, koperasi


mampu untuk menyediakan ruang niaga bagi tujuan MFO mengikut
keluasan minima yang ditetapkan.

4.3 Walaubagaimanapun, kawasan ruang niaga/jualan ini perlu dinaik


taraf dan diubah suai adalah mengikut kesesuaian peralatan yang
akan ditempatkan di dalam ruangan tersebut.

5.0 KONSEP DAN MODEL PELAKSANAAN

5.1 Penglibatan koperasi sebagai rakan strategik MFO akan


dilaksanakan melalui Outlet jualan koperasi yang bertanggungjawab
untuk menjual produk segar dan produk keperluan harian lain kepada
pengguna.

5.2 Bagi tujuan tersebut, outlet jualan koperasi perlu dinaik taraf serta
dilengkapkan dengan peralatan yang bersesuaian bagi tujuan operasi
MFO.

5.3 Produk yang akan dijual oleh outlet jualan koperasi terdiri daripada
40% produk segar berdasarkan ruang jualan. Pada masa yang sama,
outlet juga menjual produk keperluan harian lain kepada pengguna.

5.4 Jenis produk segar yang akan dijual adalah terdiri daripada ayam,
daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, produk IAT serta produk
sejuk beku.

5.5 Harga produk segar yang dijual akan lebih menjimatkan iaitu pada
kadar 5% - 20% berbanding pasaran setempat yang setara

4
dengannya mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam Garis
Panduan.

6.0 PEMBEKALAN PRODUK SEGAR

6.1 Koperasi akan mendapatkan bekalan utama produk segar hasil-hasil


pertanian, ternakan, ikan dan produk proses daripada DC rangkaian
koperasi iaitu Koperasi Orang Melayu Kerajaan (Skomk) Perak
Berhad yang merupakan syarat utama untuk menyertai program ini.

6.2 Pengurus outlet akan memastikan stok bekalan sentiasa mencukupi


pada stiap masa dan harga jualan sentiasa dijual pada harga yang
berpatutan iaitu 5% - 20% lebih jimat daripada harga pasaran
setempat.

6.3 Sebagai alternatif, Koperasi juga akan mendapatkan bekalan


daripada pembekal setempat yang dikenalpasti dan berhampiran
sekurang-kurangnya lebih daripada seorang dengan tujuan untuk
mengawal harga jualan produk dan memastikan bekalan produk tidak
putus.

7.0 PENETAPAN HARGA

Koperasi akan menetapkan harga jualan produk segar untuk outlet jualan
mengikut strategi penetapan harga seperti berikut:

7.1 Harga jualan akan ditetapkan mengikut margin (margin basis) dengan
mengambil kira segala kos terlibat dan kesesuaian produk mengikut
kategori. (Cost-oriented pricing).

7.2 Harga juga akan ditentukan melalui semakan harga baru dan sedia
ada melalui tinjauan harga pesaing dan harga pasaran terkini dengan
margin yang dirasakan sesuai. Bagi produk-produk segar penentuan
harga jualan berasaskan 5% - 20% lebih rendah merujuk kepada
pasar awam berdekatan. (Competition-oriented pricing).

7.3 Bagi menarik pelanggan berkunjung dan membeli-belah di kedai,


harga jualan sesetengah produk ditetapkan pada kadar harga
promosi pada masa-masa tertentu dalam minggu/bulan/tahun
tersebut. (Promotional pricing)
5
7.4 Sebagai alternatif, harga juga boleh ditetapkan berdasarkan kepada
permintaan pelanggan terhadap sesuatu produk dengan melihat
kepada prestasi jualan produk tersebut. (Demand-oriented pricing)

7.5 Harga yang telah ditetapkan akan di rekod dan sentiasa dikemaskini
di dalam P.O.S Sistem dan di simpan sebagai rujukan
penyelia/pengurus dan ALK.

8.0 PENYERAGAMAN IMEJ

8.1 Outlet jualan koperasi akan mempamerkan logo MyFarm Outlet bagi
mempromosikan program ini kepada masyarakat

8.2 Outlet jualan koperasi juga akan menyediakan peralatan promosi


untuk program ini yang bertujuan sebagai makluman kepada
masyarakat berkenaan pelaksanaan program ini.

8.3 Koperasi akan menyesuaikan keperluan dan susun atur peralatan


yang digunakan dalam Outlet jualan mengikut keluasan dan
keperluan peralatan yang diperlukan sahaja oleh Outlet jualan
koperasi.

8.4 Peralatan yang diperlukan bagi tujuan naik taraf dan pelaksanaan
program ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Sebut harga yang
dilampirkan bersama.

9.0 KEBERSIHAN PREMIS

9.1 Koperasi akan memastikan kebersihan dan kekemasan outlet dari


masa ke semasa. Perancangan akan dilakukan bagi memastikan
perkara ini dipelihara termasuklah menyediakan kelengkapan
peralatan pembersihan dan merangka jadual bertugas.

9.2 Kerja-kerja pembersihan akan dilakukan setiap hari mengikut jadual


yang telah disediakan melibatkan pembersihan lantai, pembersihan
rak-rak peragaan produk, produk jualan, peralatan elektrik yang
digunakan untuk perniagaan, lampu, kipas, tandas, perangkap
serangga dan lain-lain kelengkapan perniagaan.

9.3 Sekiranya perlu, koperasi juga akan melantik syarikat pengawal


6
makhluk perosak (pest control) bagi memastikan outlet terhindar
daripada ancaman makhluk perosak seperti tikus, lipas, lalat dan
anai-anai yang boleh merosakkan produk jualan.

9.4 Koperasi juga akan menguatkuasakan Outlet jualan adalah kawasan


larangan Merokok dalam ruang niaga dan stor simpanan produk bagi
memastikan kebersihan dan keselamatan produk jualan.

10.0 SKOP PEMBANGUNAN PREMIS

Bantuan yang diterima oleh koperasi akan digunakan untuk menaik taraf
dan melengkapkan outlet jualan koperasi dengan peralatan yang
bersesuaian seperti berikut:

10.1 Kerja-kerja naik taraf yang meliputi ubah suai ruang jualan, kerja-
kerja mekanikal dan elektrikal (M&E) serta kerja-kerja lain yang
berkaitan;

10.2 Melengkapkan oulet jualan koperasi sedia ada dengan peralatan


yang bersesuaian seperti chiller dan freezer bagi menyimpan,
memasar dan menjual barangan segar di outlet jualan koperasi; dan

10.3 Sistem Point-of-Sales (POS) bagi tujuan merekod transaksi bekalan,


belian dan jualan harian serta membolehkan peniaga outlet jualan
kedai mengenal pasti barang-barang yang “fast moving” dan
membuat pesanan barangan secara atas talian (on-line) dengan DC
koperasi.

11.0 BUTIRAN KOS BANTUAN YANG DIPERLUKAN


(Sebutharga Dilampirkan)

Jumlah peruntukkan yang diperlukan bagi membiayai kerja-kerja naik


taraf/ubah suai, pembelian peralatan dan aset serta sistem Point-of-Sales
(POS) MyFarm Outlet Koperasi adalah seperti dalam sebut harga yang di
Lampiran G.

12.0 PENUTUP

Koperasi ABC Berhad mengharapkan agar permohonan bantuan sebanyak


RM80,000.00 (Ringgit Malaysia : Lapan puluh Ribu Sahaja) bagi

7
membiayai kos naik taraf untuk Program MyFarm Outlet diberi pertimbangan
sewajarnya untuk kelulusan.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan : ( Pengerusi / Setiausaha / Bendahari )

Tarikh :

Cop Koperasi :

Anda mungkin juga menyukai