Anda di halaman 1dari 2

MUHAMMAD KHIR BIN MOHD HANIPIAH

No. 67, Jalan Besar,


Kampung Gumut Kalumpang,
44100 Kerling, Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

23 November 2020

TUAN HAJI MOHD AMRAN BIN SAKIR


Penyelaras DUN Hulu Bernam,
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Selangor,
No 15, Jalan Helikonia,
Pusat Perniagaan Helikonia,
Sungai Choh 48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

PEMOHONAN SUMBANGAN KOS BAIK PULIH / NAIK TARAF GERAI

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa seperti nama diatas ingin


memohon bantuan kewangan untuk membiayai kos baik pulih atau naik taraf gerai
makanan sedia ada. Gerai kami telah dilanda angin kuat dan mengalami kerosakan
agak teruk dan sukar untuk dibaiki (Sila rujuk lampiran gambar).

Permohonan ini dibuat kerana kos baik pulih agak tinggi dan diluar
kemampuan pihak saya. Ini disebabkan perniagaan kami baru bermula lebih kurang
satu bulan setengah dan masih belum mampu untuk mengeluarkan kos tambahan
untuk membaik pulih gerai kami. Kami telah menggunakan wang sendiri hasil dari
bantuan BPN dan juga pengeluaran EPF (I-Lestari) sebelum ini untuk memulakan
perniagaan.

Buat masa saya tidak mempunyai pekerjaan kerana telah hilang pekerjaan
dan isteri hanya sebagai suri rumah, jadi kami hanya bergantung kepada duit
bantuan dari program kerajaan yang ada. Gerai gerai ini menjadi sumber
pendapatan utama kami untuk meneruskan hidup. Dalam masa yang sama saya
juga sedang mengusahakan kerja bercucuk tanam dan ternakan ikan serta lobster,
tetapi masih didalam peringkat awal dan masih belum boleh mendatangkan sumber
pendapatan untuk beberapa bulan lagi sehingga tempoh tuaian hasil tanaman dan
ternakan.

Maka dengan penuh rasa rendah diri, kami ingin memohon jasa baik dari
pihak Tuan untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk peralatan atau
peruntukan wang tunai untuk kami membaikinya sendiri.

Kami berharap agar pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami


ini dan semoga melalui sumbangan tersebut dapatlah kami berniaga seperti biasa
kembali.

Kerjasama dan bantuan daripada pihak Tuan ini kami dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Tuan sentiasa beroleh keberkatan
dari Allah dan amal jariah yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

Yang benar,

…………………………………………………
MUHAMMAD KHIR BIN MOHD HANIPIAH
T : 017-309 5336

Anda mungkin juga menyukai