Anda di halaman 1dari 3

Ruj kami : NSB/PM/01/2022

Tarikh : 11 Ogos 2022

YAB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB


Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA.

Assalammualaikum YAB Dato’ Sri,

MEMOHON SOKONGAN PENGGUNAAN KAWASAN KAKI LIMA MRT (PINTU C)


BUKIT BINTANG BAGI TUJUAN ACARA ‘BAZARIA LARUT MALAM’

Merujuk perkara yang tersebut diatas, Saya MOHD NASIR BIN ABDUL RAHMAN
dari Syarikat NASIR SRI BINA ENTERPRISE ingin memohon sokongan dari pihak
YAB Dato’ Sri mengenai penganjuran BAZAR RIA LARUT MALAM di Bukit Bintang
oleh syarikat saya. Saya juga mendoakan YAB Dato’ Sri dan keluarga berada dalam
keadaan sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Izinkan saya menarik
perhatian YAB Dato’ Sri mengenai perkara di atas.

 Nama Program : BAZAR RIA LARUT MALAM BUKIT BINTANG

 Tarikh : 23 JUN 2022 hingga 30 DISEMBER 2022

 Masa : 2:00 PETANG hingga 2:00 PAGI

 Tempat : LORONG KAKI LIMA BERSEBELAHAN STESEN


MRT
BUKIT BINTANG (PINTU C)

 Jumlah Khemah : 51 KHEMAH


NASIR SRI BINA ENTERPRISE


(002506160-X)
NO. 563, JALAN GOMBAK, BATU 4 ¼, 53000, GOMBAK, WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR
T : +6 019 699 2037 E : nasirsribina@gmail.com
2. Untuk makluman pihak YAB Dato’ Sri, program ini adalah bertujuan untuk
membantu penjanaan dan memulihkan semula pertumbuhan ekonomi rakyat yang

terkesan dari krisis Pandemik COVID19 yang melanda negara dan dunia,
terutamanya golongan peniaga, B40 dan golongan-golongan lain yang terkesan.

3. Program ini juga akan menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar
negara yang sudah kembali melancong ke Malaysia luar negara.

Dengan memperkenalkan pelbagai masakan tradisional Melayu dan produk-produk


keluaran Bumiputera tempatan dari seluruh Malaysia, program ini telah mendapat
pujian dari pelancong luar negara dan merasa teruja mencuba makanan yang dijual.

4. Program ini juga untuk makluman YAB Dato’ Sri dianjurkan adalah bagi
membantu peniaga-peniaga kecil, golongan yang telah hilang pekerjaan/tidak
bekerja dalam mempelbagaikan sumber pendapatan tambahan/utama. Ia juga
sejajar dengan seruan kerajaan supaya pihak swasta juga turut turun padang
membantu kerajaan untuk merancakkan kembali ekonomi golongan yang terkesan.

5. Sehubungan dengan itu juga apa yang menjadi permasalahan kepada


syarikat kami ialah permasalahan kelulusan permit perniagaan untuk beroperasi.
Pihak kami sering dikunjungi oleh pihak penguatkuasa DBKL. Pada mulanya kami
diberitahu perlu mendapat kelulusan dari pihak MRT terlebih dahulu baru permit
DBKL boleh diluluskan. Kini kami telah mendapat surat kebenaran dan kelulusan
dari pihak MRT dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Namun kini kelulusan dan
pihak DBKL masih belum kami perolehi, malah khemah kami telah dirobohkan dan
bekalan elektrik TNB telah dipotong. Para peniaga tidak dapat berniaga untuk
beberapa hari. Ini serba sedikit telah memburukkan imej program tersebut dan juga
syarikat kami. Kini pihak kami telah memasang semula khemah dan meneruskan
kembali program tersebut dengan permohonan permit sekali lagi. Pihak kami tidak
boleh menghentikan program ini kerana pihak kami telah banyak mengunnakan
modal untuk penganjuran program ini dan peniaga juga sudah mengeluarkan modal
untuk berniaga.

Pihak peniaga kini semakin gusar dan kerana tindakan DBKL ini telah
menyebabkan peniaga sentiasa risau. Mereka ini umpama telah jatuh ditimpa
tangga, baru hendak bernafas semula pihak jabatan/agensi kerajaan sendiri yang
menutup rezeki mereka.

3. Untuk pengetahuan YAB Dato’ Sri juga, terdapat juga ramai peniaga haram
warga asing berniaga lagi tidak tersusun & teratur juga berniaga disekitar kawasan
NASIR SRI BINA ENTERPRISE
(002506160-X)
NO. 563, JALAN GOMBAK, BATU 4 ¼, 53000, GOMBAK, WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR
T : +6 019 699 2037 E : nasirsribina@gmail.com
tersebut tetapi tidak diganggu oleh pihak berkuasa tempatan. Adakah hanya
golongan tertentu sahaja dengan membayar sedikit wang kepada penguatkuasa
yang boleh berniaga di kawasan tersebut.

Pihak kami yang sentiasa cuba memenuhi tututan undang-undang


MEMLALUI proses permohonan yang betul diganggu oleh pihak berkuasa?. Adakah
kami perlu membayar juga seperti yang lain?. Sampai bila gejala berunsur rasuah ini
dikalangan Penguatkuasa boleh dihentikan?.

Kawasan yang kami berniaga langsung tidak menganggu lalu lintas malah
ramai orang yang hadir menaiki MRT sahaja dan memudahkan mereka. Kami rasa
amat kecewa dengan tindakan DBKL ini. Pihak kami menyahut seruan kerajaan
untuk membantu kerajaan, tetapi agensi kerajaan sendiri yang menghalang dan
menyukarkan permohonan kami.

4. Bersama ini disertakan beberapa surat sokongan daripada beberapa pihak


dan lampiran dokumen lain sebagai rujukan YAB Dato’ Sri.

Sehubungan itu, saya dengan rendah hati ingin memohon kerjasama, keperihatinan
dan jasa baik YAB Dato’ Sri dapat memberi sokongan yang sewajarnya untuk kami
untuk meneruskan program ini dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

MOHD NASIR BIN ABDUL RAHMAN


Pengarah Urusan NSB

NASIR SRI BINA ENTERPRISE


(002506160-X)
NO. 563, JALAN GOMBAK, BATU 4 ¼, 53000, GOMBAK, WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR
T : +6 019 699 2037 E : nasirsribina@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai