Anda di halaman 1dari 1

Muhammad Hafiy Bin Noor Azhar

19, Jalan 7/3A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,


43650, Selangor

Ketua Pengarah,
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi
62100 Putrajaya 1 Ogos 2022

Tuan/Puan,
Pemohonan Pertukaran Politeknik
Dengan segala hormat saya merujuk perkara diatas,
Saya, Muhammad Hafiy Bin Noor Azhar, <No Kad Pengenalan> telah ditawarkan program
DG003- Diploma Akuakultur, di Politeknik Sandakan, Sabah untuk kemasukan sesi
2022/2023.
2. Saya amat bersyukur kerana telah mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran,
walaubagaimanapun, saya ingin memohon untuk ditukarkan ke Politeknik Jeli, Kelantan yang
juga menawarkan bidang yang sama.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan, ibu bapa saya masih berada di Mekah untuk
menunaikan ibadah haji dan dijangka pulang pada pertengahan bulan Ogos. Ini amat
menyukarkan saya untuk membuat persiapan untuk ke Sandakan yang memerlukan
pembelian tiket kapal terbang dan sebagainya.
4. Juga untuk pengetahuan pihak tuan, saya pernah dijangkiti oleh virus Covid-19 yang
menyebabkan tarikh peperiksaan SPM saya ditangguh. Saya amat risaukan kesihatan saya
sekiranya saya berada jauh dari keluarga. Untuk makluman tuan, saya juga menghidap
penyakit gout dan kemurungan dan memerlukan sokongan dari ahli keluarga saya.
5. Di sini saya lampirkan dokumen-dokumen berkaitan untuk rujukan pihak tuan. Saya
berharap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan.
Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekali lagi, keprihatinan tuan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang Benar

(MUHAMMAD HAFIY BIN NOOR AZHAR)

Anda mungkin juga menyukai