Anda di halaman 1dari 1

Nur Nadiah Syazana Binti Abdul Razak

20Bc02012
Fakulti Pengurusan Dan Muamalah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
43000 Kajang
Selangor.

Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP),


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
43000 Kajang
Selangor.

18 Februari 2022

Tuan/ Puan

SURAT PERMOHONAN PELEPASAN KELUAR DARI KOLEJ KEDIAMAN

Merujuk perkara di atas, saya Nur Nadiah Syazana Binti Abdul Razak, nombor matrik
(20BC02012) ingin memohon perlepasan pihak yang berkenaan, pada hari Jumaat
bersamaan 18 Februari 2022 untuk keluar dari kolej kediaman. Ini kerana majlis
pertunangan saya yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 19 Februari 2022.

2. Saya merayu pada pihak kolej memberi pelepasan sehari awal untuk keluar dari
tarikh kuarantin sebenar kerana majlis ini tidak dapat ditunda lagi. Banyak pihak
yang akan terkesan jika majlis ini ditunda. Duit tempahan catering juga akan ‘hangus’
dan memberi impak kewangan yang besar pada pihak saya.

3. Besarlah harapan saya jika pihak kolej sudi membenarkan saya pulang sehari
awal dari tarikh kuarantin ini agar majlis pertunangan ini dapat diteruskan. Segala
pertimbangan, kerjasama dan jasa baik pihak kolej didahului dengan jutaan terima
kasih. Sekali lagi saya berjanji utk mematuhi semua SOP yang ditetapkan demi
keselamatan bersama.

Sekian,

Yang benar,

Nadiahsyazana
(NUR NADIAH SYAZANA BINTI ABDUL RAZAK)
20BC02012

Anda mungkin juga menyukai