Anda di halaman 1dari 8

NAMA DAN KOD KURSUS:

PENERBITAN TV1 (MBKP 2093)

NAMA PENSYARAH:
MOHD DALY BIN DAUD

TUGASAN:
KERTAS CADANGAN: KARYA WARISAN

PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI (PENYIARAN)

SESI II 2021/2022

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NOMBOR MATRIK


AHMAD ZAYD BIN AHMAD 20BC02003
ZULIFLEE
ABDUL HAKIM BIN HILMI 20BC02006
YASMIN ABIRAH BINTI AZANI 20BC02009
NURZAHRA ALYAA BINTI 20BC02010
NOORDIN
NUR NADIAH SYAZANA BINTI 20BC02012
ABDUL RAZAK
PENGENALAN

Manusia dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat dipisahkan dalam apa jua hal
sekalipun, Hal ini kerana, manusia pasti menggunakan sumber dari tumbuh-tumbuhan
untuk kesenangan dan kesinambungan kehidupan mereka sama ada sedar atau tidak.

Serupa dengan penggunaan rotan iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan yang


mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan manusia khususnya dalam konteks
pembuatan perabot kraf tangan. Rotan secara lazimnya banyak diperolehi di kawasan-
kawasan bukit, hutan dan gunung kerana sumber ini melingkari kawasan tersebut
yang pastinya turut digunakan oleh makhluk haiwan selain manusia.

Sebut sahaja tentang rotan, kita pastinya akan dapat melihat beberapa kedai
perabot yang menjual kraf tangan. Kita juga akan terbayang bagaimana mereka
menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai jenis perabot yang bersumberkan dari rotan
seperti kerusi, kusyen dan sebagainya.

Justeru, penerbitan dokumentari ini adalah untuk memperkenalkan dan


menunjukkan cara buatan perabot daripada rotan. Dengan kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih terutama sekali kepada pihak TV9 dan juga pihak-
pihak yang menjayakan dokumentari ini secara langsung atau tidak seperti kru-kru
yang terlibat kerana sudi terlibat dalam proses penerbitan dokumentari ini.

NAMA RANCANGAN

Adalah dicadangkan bahawa rancangan ini dinamakan “Karya Warisan”.


Karya Warisan merupakan rancangab yang menunjukkan karya-karya dan hasil
kraftangan daripada masyarakat yang mempunyai kelebihan dan berbakat dalam
membuat kraftangan. Kraftangan yang dimaksudkan ialah mebuat perabot daripada
rotan. Selain daripada itu, dalam rancangan Karya Warisan juga menceritakan
berkenaan dengan latar belakang tentang penemuduga. Lebih menarik lagi, Karya
Warisan juga menampilkan proses dalam pebuatan perabot rotan. Berikut merupakan
cadangan nama-nama rancangan selain yang telah dinyatakan iaitu Anyaman Warisan,
Kraft Warisan dan Rotan Warisan.
OBJEKTIF RANCANGAN

 Rancangan ini menampilkan serta memperkenalkan produk dan pengeluaran


barangan kraf tangan warisan bangsa Malaysia kepada orang ramai.
 Seterusnya, rancangan ini dilakukan adalah untuk memajukan dan
meningkatkan kualiti kraf yang dihasilkan secara kreatif dan inovatif.
 Objektif rancangan ini juga adalah untuk meluaskan dan menurunkan
kemahiran kepada kumpulan pelapis tentang seni kraf tangan.

KONSEP RANCANGAN

Dokumentari ini disampaikan secara naratif iaitu dengan menggunakan suara


latar perantara yang pada masa sama bertindak sebagai “Talent” dalam berbentuk
travelogue. Konsep ini biasanya digunakan dalam dokumentari yang bertaraf dunia.

Rancangan ini dicadangkan supaya disiarkan secara tunggal iaitu satu episode sahaja,
supaya apa yang nak disampaikan dapat memberikan impak yang positif sekaligus
menjadikan rancangan ini diminati dan diingati oleh penonton.

Rancangan ini akan membawa penonton ke Jalan Kelang Lama dimana penonton
akan melihat pengusahaan perabot rotan di Kuala Lumpur. Konsep ini meresapi
segenap aspek penceritaan sempurna dan eksklusif , penghasilan visual yang menarik
untuk mendokong isi berdasarkan penyelidikan mendalam bergaya kreatif dan
eksklusif.

FORMAT RANCANGAN

Penerbitan dokumentari ini akan menggunakan kaedah penerbitan kamera


tunggal atau lebih dikenali sebagai SCP. Penciptaan shot-shot kreatif dengan
pergerakan kamera yang dapat menghasilkan sebuah produk yang bermutu tinggi.
Penataan cahaya serta audio yang dramatic akan dimasukkan untuk disesuaikan
dengan mood penceritaan sekaligus memberikan kelainan pada produk tersebut.

Rancangan akan dimulakan dengan teaser bagi menggambarkan hasil perabot


rotan yang dihasilkan oleh Chong Zhi Leong kerana perabot rotan akan menjadi topik
utama pada episod tersebut diikuti dengan “Montaj” rancangan.

Pada permulaan rancangan penonton akan disajikan dengan kesibukan kota


raya di sekitar Kuala Lumpur dengan menggunakan shot-shot yang kreatif.
Diteruskan dengan latar belakang pengasas itu sendiri iaitu Chong Zhi Leong dan
bagaimana beliau mencetuskan idea untuk menubuhkan premis perabot. Bukan hanya
sekadar sesi temu ramah yang bakal disajikan, akan tetapi rakaman tentang cara
pembuatan perabot dari rotan dan juga banyak lagi isu menarik. Rancangan ini
menggunakan SCP iaitu ‘Single Camera Production’ yang akan merakam semua
bahan-bahan yang akan diedit atau ubahsuai menjadi satu dokumentari yang lengkap
dan menarik.

DURASI RANCANGAN

Rancangan ini akan berdurasi selama 23 minit, diselitkan dengan iklan yang
mengambil masa dalam. Sebagai keseluruhannya, intipati dokumentari ini akan
ditayangkan mengikut durasi 23 minit dengan pecahan dua ke tiga segmen. Hal ini
demikian kerana, dokumentari yang padat dan pendek dapat mengekalkan perhatian
penonton untuk melihat dokumentari ini hingga ke penghujungnya.

BAHASA

Bahasa Melayu digunakan dalam dokumentari ini kerana ia merupakan


Bahasa kebangsaan negara Malaysia. Bukan itu sahaja, Bahasa Melayu juga perlu
mengekalkan martabatnya sebagai Bahasa yang paling utama dan kaya.

Hal ini kerana Bahasa Melayu telah digunakan sejak zaman dulu lagi
sehinggalah sekarang. Oleh itu, Bahasa Melayu perlu digunakan dalam dokumentari
ini bagi memastikan bahasa ini tidak ditinggal zaman dan dilupakan kerana bahasa-
bahasa yang lain. Justeru itu, siaran yang digunakan untuk menyiarkan dokumentari
ini merupakan siaran Bahasa Melayu iaitu TV9. Tambahan pula, Bahasa Melayu
digunakan dalam dokumentari ini kerana lebih difahami oleh seluruh masyarakat di
negara kita.

SASARAN RANCANGAN
Dokumentari ini menjadi salah satu cara penyumbang idea serta membuka
minda masyarakat dalam bidang seni rupa dan perniagaan. Rancangan ini dibuat
untuk kepentingan bersama yang merangkumi aspek-aspek kepelbagaian perspektif.
Audiens sasaran adalah dikategorikan untuk tontonan umum dan sesuai kepada setiap
lapisan masyarakat dan peringkat umur.

Fokus dokumentari ini adalah untuk menarik minat masyarakat terutamanya


peniaga-peniaga di bandar dan luar bandar yang mempunyai bakat dalam bidang seni
karya. Hal ini kerana mereka sebenarnya memerlukan perhatian daripada semua pihak
dalam mengasah kreativiti serta meluaskan ilmu mereka dalam menghasilkan
barangan yang diperbuat daripada alam semulajadi. Oleh itu, rancangan ini perlu
dihasilkan bagi membela kepentingan bersama. Sasaran penontonnya pula sudah tentu
umum kerana tidak mengira agama, bangsa dan peringkat umur.

Bersesuaian dengan tujuan di atas, sasaran penonton utama rancangan ini


adalah masyarakat umum yang secara langsung atau tidak mereka sebenarnya
memerlukan medium untuk dijadikan bahan rujukan bagi memudahkan mereka untuk
mengetahui serba serbi maklumat tentang karya seni dan juga perniagaan.

Akhir sekali, paparan seperti ini sewajarnya memenuhi kehendak seluruh


masyarakat tanpa mengenal batasan umur, agama dan bangsa. Rancangan ini adalah
untuk memenuhi elemen penelitian yang dapat dijelaskan lagi adalah seperti di bawah
ini.

Demografik:

- Jantina: Lelaki dan perempuan


- Umur: Umum kepada semua peringkat umur terutamanya remaja dan dewasa
(15 hingga 60 tahun)

Psikografik:

- Isi dokumentari: Dokumentari ini pendek namun padat dengan info atau
maklumat tentang ‘Penghasilan Perabot Rotan’.
- Cara penyampaian: Mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat di negara
kita kerana menggunakan Bahasa Melayu.
- Nilai: Dapat mencungkil bakat mereka yang minat dalam bidang ini dengan
menunjukkan permintaan masyarakat terhadap produk- produk seperti ini serta
memperkenalkan hasil barangan yang diperbuat daripada rotan. Ia juga
membuka minda para peniaga-peniaga di luar sana untuk menjadi lebih maju
dalam bidang seni dan perniagaan di negara kita.

SALURAN RANCANGAN

Rancangan ini telah memilih saluran TV9 untuk menyiarkan dokumentari


tersebut. Tujuan kami memilih saluran TV9 kerana saluran ini merupakan antara
saluran televisyen percuma di Malaysia serta merupakan anak syarikat Media Prima
Berhad, yang menyiarkan pengaturcaraan yang kebanyakannya menjurus kepada
demografi Melayu.

Bukan itu sahaja, saluran ini merupakan diletakkan sebagai saluran santai selain
antara stesen televisyen yang paling ditonton di Malaysia selepas saluran utama iaitu
TV3.

Tambahan pula, saluran TV9 dipilih kerana memaparkan kualiti HD, imej
menyeluruh, dinamik dan fleksibel.

LOKASI

Lokasi penggambaran bagi dokumentari ini adalah di tapak perniagaan ‘Wood


Cane Enterprice’ itu yang berada di Jalan Kelang Lama yang terletak di Kuala
Lumpur. ‘Wood Cane Enterprice’ beroperasi di sebelah bangunan perniagaan kereta
terpakai, Wawasan Gemilang Motor Sdn. Bhd.
TALENT

Pelakon: Nurzahra Alyaa Noordin

Jurusunting: Yasmin Abirah Azani

Juruteknik: Abdul Hakim Hilmi

Ahmad Zayd Ahmad Zulkiflee

Penulis skrip: Nur Nadiah Syazana Abdul Razak


PENUTUP

Setelah rancangan ini dilaksanakan, kami ingin menyatakan harapan tinggi


agar dokumentari ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan atau
kesukaran serta dokumentari ini dapat menjadi dokumentari yang berilmiah dan
memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya kepada para peniaga bandar atau
luar bandar di luar sana supaya dapat meneruskan perniagaan ke arah yang lebih maju
secara tidak langsung dapat meningkatkan imej perniagaan ke peringkat yang lebih
tinggi selain daripada meluaskan bakat dan menampilkan idea- idea baru tentang
karya seni rupa.

Oleh itu, dokumentari-dokumentari yang bermanfaat seperti ini akan menjadi


satu dimensi penerbitan yang kreatif dan segar bagi program televisyen yang
dicadangkan serta pendedahan ini dapat diteruskan sehingga ke seluruh dunia bagi
menjadikan negara kita sebagai negara yang bermutu dalam karya seni mahupun
perniagaan.

Anda mungkin juga menyukai