Anda di halaman 1dari 1

12 September 2019

Kepada :

Professor Ir. Dr Abdul Aziz Abdul Rahman


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar

Melalui:

Professor Dr Rosli Ramli


Timbalan Dekan Ijazah Dasar

Tuan,

PERMOHONAN RAYUAN UNTUK MENETAP DI KOLEJ KEDIAMAN  UNIVERSITI MALAYA SEMESTER I


SESI 2019/2020

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.            Saya, Muhammad Firdaus Bin Ahmad Faisal, nombor matrik SEM150035 juga merupakan
pelajar tahun akhir ingin memohon untuk menetap di kolej kediaman Universiti Malaya pada
semester I sesi 2019/2020. Hal ini berikutan permohonan saya di laman sesawang myum sering
menolak permohonan saya. Saya berharap ingin menetap di kolej kediaman Universiti Malaya atas
sebab - sebab tertentu.

3.            Hal ini disebabkan, masalah penangguhan belajar saya selama 2 semester lepas yang mana
berkaitan dengan masalah keluarga dan masalah kewangan. Dalam tempoh masa 2 semester lepas,
saya telah berhenti belajar seketika untuk menjaga ibu saya yang sakit di Ipoh Perak. Serta hal-hal
berkaitan masalah keluarga saya dan kewangan yang mana saya telah berbincang dan meminta
pedapat dari Prof Dr Rosli Ramli (Timbalan Dekan Ijazah Dasar).

4.           Hal ini juga disebabkan, masalah tempat tinggal saya yang jauh dengan Universiti Malaya,
menyukarkan saya untuk menyambung pembelajaran saya di Univerisiti Malaya disebabkan semua
rakan-rakan di Universiti Malaya telah pun menamatkan pengajian. Saya akan cuba dengan
sebaiknya untuk menamatkan pengajian saya dalam tempoh 2 semester ini, yang mana jam kredit
yang berbaki hanyalah 35. Oleh itu, saya dapat menghadirkan diri ke kuliah dengan mudah dan akan
menunjukkan prestasi yang cemerlang pada 2 semester ini.

5.            Masalah kewangan juga menjadi penyebab saya ingin menetap di kolej kediaman kerana
menetap di kolej kediaman dapat menjimatkan kos perbelanjaan saya seperti kemudahan wifi,
makanan kafeteria yang berpatutan, kemudahan bas, dobi dan lain lain. Oleh itu, kemudahan seperti
ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian dan yuran pengajian untuk terus belajar
di Universiti Malaya.

6.            Saya berharap permohonan saya dapat dipertimbangkan dengan sebaik mungkin. Segala
kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan  sekalung penghargaan.

Sekian, terima kasih.

 Yang benar,

 Muhd Firdaus Bin Ahmad Faisal

No phone 013-5826031

Anda mungkin juga menyukai