Anda di halaman 1dari 2

Semua Ibu bapa / Penjaga

SM Agama Persekutuan

Tuan/puan,

A. TARIKH PULANG MURID KE ASRAMA

1. Semua murid diminta untuk pulang ke SMAP pada 02 Julai 2023 (Ahad) sebelum jam
06.00 petang.

2. Bulan Julai merupakan bulan Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk sesi


persekolahan 2023/2024. Oleh itu, tiada kebenaran outing diberikan sepanjang bulan
ini bagi memberi peluang kepada semua murid membuat persediaan bagi
menghadapi peperiksaan tersebut.

B. MAKLUMAN PENAMPILAN DIRI MURID DI SEKOLAH

1. Sukacita dimaklumkan bahawa pengurusan disiplin di sekolah memang menjadi


agenda utama kerana disiplin adalah teras kejayaan bagi kecemerlangan sahsiah dan
akademik murid. Untuk makluman tuan/puan, penampilann murid yang kemas dan
rapi juga ialah salah satu peraturan di bawah pengurusan disiplin murid.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menekankan tentang sikap ambil mudah
dan sambalewa murid (terutamanya murid lelaki) terhadap penampilan diri terutama
sekali sikap menyimpan rambut panjang, misai dan janggut serta memakai seluar
sekolah yang ketat dan singkat. Pemakaian songkok sepanjang sesi PdPc adalah
WAJIB.

3. Undang-undang dan peraturan ini telah jelas dinyatakan dan Buku Peraturan Disiplin
SM Agama Persekutuan dan juga telah dijelaskan secara rasmi di dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976: Potongan Rambut Murid-Murid dan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 2/1996: Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian.

4. Oleh itu, pihak sekolah meminta agar pihak tuan/puan dapat memberikan Kerjasama
dan komitmen dalam memastikan anak-anak tuan/puan mengikut peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
C. SAHSIAH DAN PERATURAN SEKOLAH

1. Ibu bapa/penjaga dipohon agar memastikan anak-anak mematuhi peraturan sekolah


dari segi pemakaian dan penampilan semasa kembali ke sekolah utuk sesi 2023/2024.

2. Ibu bapa/penjaga juga dipohon agar memastikan anak-anak TIDAK MEMBAWA


barang-barang larangan seperti telefon bimbit dan vape.

3. Ibu bapa/penjaga dipohon mengingatkan anak-anak supaya membaca buku peraturan


dan mematuhinya demi kelancaran dan keharmonian sesi persekolahan 2023/2024.

D. PENULARAN WABAK COVID 19

1. Berdasarkan surat arahan KPM maka ibu bapa perlu membuat Ujian kendiri covid di
rumah sebelum menghantar anak pulang ke asrama pada 02 Julai 2023 (Ahad). Jika
keputusan ujian tersebut POSITIF, ibu bapa di LARANG menghantar anak pulang ke
asrama.

2. Mohon laporkan hasil ujian kendiri covid kepada guru kelas masing-masing dengan
menghantar gambar kit ujian kendiri tersebut sebagai bukti.

3. Ibu bapa/penjaga yang bergejala tidak digalakkan untuk melawat murid dalam
tempoh ini.

4. Berikutan saranan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung


pemakaian semula pelitup muka, mohon ibu bapa/penjaga membekalkan murid
dengan pelitup muka yang mencukupi.

Sekian terima kasih.

SAMZINI BIN ABDULLAH


Pengetua
SM Agama Persekutuan, Labu

Anda mungkin juga menyukai