Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH KESELAMATAN

1. Peralatan Memanah
a. JANGAN melakukan dry fire iaitu panahan tanpa anak panah untuk
mengelakkan kerosakan pada busar.
b. JANGAN menarik dan mengarahkan busar apabila terdapat sasaran bergerak di
hadapan.
c. JANGAN memanah ke udara/atas langit.
d. SENTIASA berdisiplin dan tidak bergurau atau bermain-main dengan peralatan
memanah.
e. SENTIASA memeriksa peralatan memanah dan lakukan penyelengaraan
sekiranya perlu.
f. SENTIASA periksa nocking point, nocks, mata panah, batang anak panah lurus,
finer tab, arm guard, chest guard dan peralatan lain yang mudah rosak.

2. Lapang Sasar
a. PASTIKAN rumput padang dalam keadaan pendek supaya senang mencari
anak panah yang hilang.
b. PASTIKAN penanda padang dan garisan mestilah jelas dan kekal.
c. PASTIKAN target stand dalam keadaan yang baik dan selamat.
d. PASTIKAN target butt yang lembut dan boleh ditembusi anak panah diganti.
e. PASTIKAN tiupan wisel boleh didengari oleh semua peserta.

3. Teknik Memanah yang Betul
a. ELAKKAN lengan dilibas oleh tali semasa melepaskan anak panah dengan cara
pegangan busar yang betul.
b. JANGAN ambil anak panah yang jatuh di atas tanah melebihi garis 3m.
c. PASTIKAN pemanah memandang ke hadapan semasa mencari anak panah
yang hilang supaya tidak berlanggar dengan pemanah yang lain.
d. PASTIKAN anak panah dicabut dengan meletakkan sebelah tapak tangan ke
target butt dan sebelah lagi menarik anak panah sambil memusingkan anak
panah.
e. PASTIKAN muka pemanah atau pemanah lain tidak berada di belakang anak
panah semasa cabutan anak panah dibuat.
f. PASTIKAN alat pelindung seperti chest guard dan arm guard dipakai dengan
betul.
g. PASTIKAN regangan dibuat dengan betul sebelum memulakan aktiviti memanah.

4. Jurulatih
a. JANGAN benarkan pemanah melakukan panahan sekiranya terdapat benda
hidup mahupun benda bukan hidup berada di hadapan shooting line.
b. PASTIKAN terdapat jarak yang sesuai antara pemanah, sekurang-kurangnya
0.5m di antara pemanah.
c. PASTIKAN semua orang berada di belakang shooting line selepas arahan
memanah diberikan.
d. JANGAN menghampiri busar yang sedang ditarik oleh pemanah.
e. PASTIKAN pemanah tidak terdapat apa-apa jenis kecederaan sebelum
memanah, semasa memanah dan selepas memanah. Jurulatih harus sentiasa
prihatin.

5. Penyelenggaraan Peralatan
Memasang mata panah ( point ) pada hujung batang anak panah aluminium ( shaft ).
Shaft aluminium disertakan dengan point jenis masuk ( insert ). Cara memasukkan
point jenis ini kebiasaannya dengan menggunakan gam ( hot melt glue ) yang
dipanaskan terlebih dahulu.
Proses memasang point adalah seperti berikut:

i. Bersihkan kotoran pada shaft.
ii. Menggunakan nyalaan api yang kecil, untuk memanaskan gam ( hot melt
glue ).
iii. Tekan mata anak panah lebih kurang 6 mm dalam batang shaft.
iv. Panaskan gam ( hot melt glue ) dan lekatkan sedikit gam yang telah cair pada
point.
v. Tekan perlahan-lahan point ke dalam shaft.

Proses menanggalkan mata anak panah ( point ) dari shaft :

i. Panaskan sedikit hujung point.
ii. Pegang hujung point dengan menggunakan playar.
iii. Putar dan tarik keluar point.
iv. Sekiranya point tidak dapat dicabut, ulangi langkah-langkah di atas.



Bagi memasang point ke dalam anak panah karbon, gunakan hot melt glue.
PERHATIAN : Anak panah karbon tidak boleh dipanaskan terlalu lama.

Proses pemasangan mata anak panah adalah seperti berikut:

i. Bersihkan bahagian dalaman anak panah.
ii. Panaskan hot melt glue sehingga cair dan lekatkan kepada batang mata anak
panah.
iii. Pegang hujung mata anak panah dengan sepasang playar.
iv. Panaskan sedikit mata anak panah .
v. Tekan mata anak panah perlahan-lahan ke dalam batang anak panah.
Bersihkan lebihan gam.
vi. Ulangi langkah-langkah di atas sekiranya perlu.

PERHATIAN Kepanasan yang melampau boleh merosakkan anak panah.
(24 manual latihan memanah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah MEMANAH)

Proses menanggalkan point dari anak panah karbon:

i. Panaskan sedikit point.
ii. Gunakan sepasang playar untuk mencabut point.
iii. Putar dan cabut point perlahan-lahan.
iv. Sekiranya gagal, ulangi kembali proses di atas.

Sapu lilin pada tali panah untuk melindungi tali panah daripada lusuh, ianya perlu
disapu dengan lilin selalu. Lilin boleh dibeli daripada kedai peralatan memanah. Anda
hanya perlu menyapukan lilin pada keseluruhan tali panah. Tali panah patut dililin
selalu, lebih kurang setiap tiga minggu. JANGAN LILINKAN CENTER SERVING.

Anda mungkin juga menyukai