Anda di halaman 1dari 5

MENDIRIKAN KHEMAH

502. Tidur dan rehat merupakan satu keperluan kepada setiap anggota semasa
menjalankan operasi atau membuat latihan di medan. Oleh itu setiap anggota mestilah
tahu dan mahir tentang cara-cara mendirikan khemah yang baik untuk mendapatkan
keselesaan dan keselamatan. Keselesaan yang dimaksudkan bukanlah seperti
keadaan di rumah tetapi memadai ianya sesuai kepada keadaan dan dapat berlindung
dari panas dan hujan serta mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang
diperlukan.
503. Dalam tugas operasi, ia boleh dianggap sebagai satu pangkalan rahsia di mana
pasukan ronda akan bergerak. Ianya boleh digunakan untuk satu malam sahaja atau
beberapa hari, tertakluk kepada saiz dan tugas pasukan yang akan mendudukinya.

KEPERLUAN MEMILIH TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH

504. Faktor-Faktor Pemilihan Tempat. Semasa memilih kawasan untuk


mendirikan khemah, seseorang ketua itu mestilah menimbangkan beberapa factor
seperti berikut:
a. Mestilah selamat dan boleh dipertahankan jika diserang.
b. Dapat memberikan keselesaan kepada anggota terutama dari segi
keluasan dan bentuk muka bumi.
c. Terdapatnya keperluan-keperluan asas seperti air.
d. Terlindung.
e. Tidak menghalang perhubungan radio.
f. Berdekatan dengan tempat mendarat helikopter (LP) dan tempat zon
gugur (DZ).
g. Kawasan di mana gerakan boleh dilancarkan dengan senang dan mudah.
505. Lain-Lain Faktor. Faktor-faktor lain yang mesti diperhatikan semasa memilih
kawasan untuk mendirikan khemah adalah seperti berikut:

a. Khemah jangan didirikan di tebing sungai kerana ia terdedah kepada


ancaman banjir serta bunyi bising air sungai. Ini akan menyebabkan berlakunya
gangguan pada pendengaran dan sukar untuk mengesan pergerakan musuh.
b. Di lereng bukit yang tidak curam baik untuk didirikan khemah kerana
pengaliran air yang baik.
c. Semasa mendirikan khemah, elakkan dari tempat yang ada pokok
pokok atau ranting kayu yang mati.
d. Jangan buat khemah di lorong-lorong atau kawasan laluan binatang.
506. Peralatan. Peralatan-peralatan asas yang diperlukan bagi mendirikan khemah
adalah seperti berikut:
a. Tali.
b. Parang yang tajam.
c. Kayu (untuk membuat rangka khemah).
d. Ponco.
507. Ingatan Semasa Mendirikan Khemah. Perkara-perkara yang mesti diingati
semasa mendirikan khemah adalah seperti berikut:
a. Ikatan tali yang digunakan untuk mengikat khemah mestilah senang
ditanggalkan.
b. Jangan halakan bahagian khemah yang terbuka pada arah datangnya
angin.
c. Kayu-kayu pokok yang dipotong mestilah disamarkan.
d. Khemah mestilah bersih dan teratur. Alat kelengkapan yang tidak
digunakan hendaklah disimpan dalam beg galas.

JENIS-JENIS KHEMAH

508. Secara umumnya terdapat dua jenis khemah yang biasa digunakan oleh
anggota sama ada semasa menjalani latihan di medan atau membuat tugas operasi.
Pemilihan jenis khemah yang bersesuaian adalah bergantung kepada jenis-jenis
tugas serta tempoh anggota berada di sesuatu tempat. Jenis khemah yang biasa
didirikan adalah seperti berikut:
a. Khemah Atas Tanah. Khemah jenis ini baik digunakan semasa
menjalankan rondaan atau operasi bergerak. Ianya senang dibuat dan
digunakan untuk semalaman. Ia juga boleh digunakan secara berseorangan
atau berpasangan. Lihat Gambar 5.1 dan 5.2

Gambar 5.1 : Khemah Atas Tanah (Perseorangan)


Gambar 5.2 : Khemah Atas Tanah (Berpasangan)

b. Basha. Khemah jenis ini adalah sesuai didirikan sekiranya anggota


perlu tidur di satu tempat untuk jangka masa yang lama. Ia boleh menjamin
kesihatan tetapi kurang selamat dalam keadaan di mana ancaman musuh
adalah kuat. Ia juga boleh digunakan secara berseorangan atau berpasangan.
Lihat Gambar 5.3 dan 5.4.

Gambar 5.3 : Basha Perseorangan

Gambar 5.4 : Basha Berpasangan


SEKSYEN 3
SIMPULAN TALI DAN IKAT MENGIKAT
509. Pengetahuan membuat simpulan tali serta cara membuat ikatan dan jenisnya
adalah sangat mustahak kepada semua peringkat anggota kerana ia sangat berguna
terutamanya ketika berada di medan. Kemahiran ini digunakan dengan meluasnya
semasa aktiviti menyeberangi sungai, membuat pelampung, rakit dan lain-lain lagi.
Oleh itu, apabila memerlukan sesuatu ukuran tali, perlu diingatkan bahawa cara
mendapatkan saiz tali yang betul mestilah mengikut ukuran keliling (circumference)
sesuatu tali itu dan panjang satu-satu tali biasanya diukur dalam meter.

510. Jenis-Jenis Tali. Tali diperbuat daripada pelbagai jenis seperti sabut,
jerami(manilla), sisal, nilon, jerami halus (flax), kapas dan tumbuh-tumbuhan lain yang
diproses menjadikan benang. Manakala jenis tali yang biasa digunakan pada masa
kini ialah tali dari jenis nilon dan tali sabut.
511. Penjagaan Tali. Bagi mengelakkan tali dari menjadi cepat reput dan rosak, ia
mestilah dijaga dan disimpan dengan baik. Sebagai panduan, penjagaan tali boleh
dibuat dengan cara-cara berikut:

a. Tegangkan tali sebelum digunakan. Seterusnya ikatkan tali pada hujung


penyangkut untuk membolehkan tali itu memintal (twisting).
b. Tali jangan dipotong melainkan jika perlu. Pintalkan atau ikatkan secara
simpulan ibu jari (thumb knot) di kedua-dua hujung tali atau gunakan pita
pelekat (adhesive tape) apabila berada dalam kecemasan.
c. Tali jangan disimpul mati kerana ia akan mengurangkan kekuatan tali.
d. Jangan masukkan tali yang besar ke dalam lubang yang kecil kerana ini
akan merosakkan benang tali itu dan tali jangan ditarik melalui lumpur atau
pasir.
e. Jangan lintaskan tali melalui benda-benda yang tajam. Lapikkan kayu
yang bulat atau karung guni sekiranya perlu.
f. Jangan tarik tali dengan mengejut kerana ini akan mengurangkan
kekuatan tali.
g. Tali hendaklah sentiasa dalam keadaan kering. Walau bagaimanapun,
jangan sekali-kali keringkan tali yang basah menggunakan haba api tetapi
biarkan ia ditiup angin untuk dikeringkan.
h. Periksa dengan kerap kerosakan atau kereputan tali.
i. Jika tali diletakkan di tempat yang lapang, ia hendaklah ditutup.
j. Setelah tali digunakan, tentukan ia bersih dan kering sebelum dililitkan
atau diubah ke tempat lain.
k. Simpan tali jauh dari air asid atau alkali.
512. Simpulan Tali. Terdapat beberapa jenis simpulan tali yang sangat berguna
untuk diketahui oleh semua peringkat anggota sebagai asas. Oleh itu, jenis-jenis
simpulan yang biasa digunakan adalah seperti berikut:
a. Simpulan Ibu Jari (Thumb Knot) dan Simpulan Angka Lapan.
Simpulan ibu jari biasanya digunakan untuk membuat simpulan di bahagian
hujung tali yang dipotong bagi mengelakkan pintalan tali terurai. Manakala
simpulan angka lapan pula adalah lebih mudah untuk dibuka. Lihat Gambar
5.5 dan 5.6.

Anda mungkin juga menyukai