Anda di halaman 1dari 1

Definisi Belia Berisiko Semua belia mengalami sedikit risiko dan masalah semasa peringkat tumbesaran dari zaman

kanak-kanak ke alam dewasa. Kebiasaanya, masalah yang akan dihasilkan leh golongan belia berada dalam keadaan atau risiko yang tinggi seperti penyalahgunaan dadah, kehamilan remaja, jenayah, keganasan, dan kemunduran akademik kerana keluarga, masyarakat, sosial, politik, ekonomi dan keadaan yang tidak dicipta. Teori Yang Terlibat Dalam Belia Berisiko 1) Teori Pembelajaran Ssosial - Di dalam teori Pembelajaran Sosial Bandura (1977), beliau telah membuat analisis yang menyatakan bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Pembelajaran adalah melalui peniruan, mengajuk dan memadan. Biasanya, setiap individu terutama kanak-kanak akan menilai sesuatu perkara berasaskan kepada perkara yang pernah dilihat oleh mereka daripada orang-orang yang signifikan dan persekitaran. Bandura (1977), mendapati kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem yang berunsurkan aksi agresif. 2) Teori Kawalan - Teori yang mula diutarakan oleh Kornhauser (1978), menerangkan bahawa tingkah laku belia berisiko adalah disebabkan oleh kekurangan kawalan terhadap individu daripada kumpulan-kumpulan tertentu seperti keluarga, komuniti ataupaun masyarakat yang hidup bersama-sama dengan individu tersebut. Hirschi (1969) (dlm. Clinard & Meier, 2004), telah mengemukakan istilah ikatan (Bond) yang yang mengandungi empat perkara iaitu kedekatan (attachment), komitmen (commitment), penglibatan (involvement), dan kepercayaan (belief). Kesemua perkara tersebut dapat menghindari tingkah laku belia berisiko, jika perkara tersebut tidak berlaku maka tingkah laku belia berisiko akan berlaku 3) Teori Label - Teori yang diperkenalkan oleh Becker (1963) menerangkan bahawa tingkah laku belia berisiko adalah disebabkan oleh tindakan kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat yang menetapkan peraturan dan kebenaran kepada orang yang melakukan kesalahan (Clinard & Meier, 2004). Tindakan melabel seseorang seseorang sebagai pesalah akan menyebabkan orang yang dilabel sebagai pesalah itu kehilangan semangat untuk mencapai penyempurnaan kendiri dan berasa putus asa, walaupun mereka telah insaf dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka.

Anda mungkin juga menyukai