Anda di halaman 1dari 1

TEMU PEMUDA SERUMPUN

Secara keseluruhannya, Temu Pemuda Serumpun tahun 2014 telah berlangsung


dengan lancar. Program ini telah dijalankan di Hotel Novotel, 1Borneo, Kota
Kinabalu, Sabah yang bermula pada 20 Jun 2014 sehingga 22 Jun 2014. Program
Temu Pemuda Serumpun merupakan satu program yang mengumpulkan semua
belia dari seluruh Borneo. Program ini disertai oleh belia yang berasal dari
beberapa negeri dan negara di kawasan Borneo ini.
Antara pengisian program ini ialah forum (Cabaran dan Peranan Belia
Kepada Masyarakat Setempat : Satu Perkongsian) yang mengumpulkan ahli panel
dari Sabah, Sarawak, WP Labuan, Negara Indonesia dan Negara Brunei. Pengisian
lain ialah Majlis Makan Malam Mesra, Persembahan Malam Kebudayaan Merentas
Negara, Pembaharuan Perjanjian MOU dan Lawatan ke Mari-Mari Cultural
Village.
Berdasarkan borang soal selidik selepas program yang diserahkan kepada
peserta dan diisi oleh mereka, secara keseluruhannya telah memberi respon yang
positif. Namun masih ada sedikit kekurangan dan kelemahan yang telah dikesan,
dan berharap program ini akan ada penambahbaikan pada masa akan datang.
Dari segi ahli jawatankuasa dan urusetia program, secara majoriti peserta
memberi maklum balas yang positif, hal ini dek kerana kecekapan dan kepakaran
ahli jawatankuasa dalam menjalankan program ini. Seterusnya, dari segi
kemudahan peserta turut memberi respon yang sangat memberangsangkan. Hal
ini kerana mereka semua telah ditempatkan di Hotel Novotel 1Borneo. Dari segi
forum yang telah dijalankan, peserta telah memberi respon yang neutral, hal ini
mungkin disebabkan pengisian forum yang tidak menarik. Akhir sekali, respon
pelajar mengenai persembahan, majoriti peserta memberi respon yang sangat
memberangsangkan, hal ini disebabkan persembahan yang di pertontonkan
merupakan persembahan dari pelbagai budaya dan membuatkan peserta terhibur.
Namun begitu, ada beberapa cadangan dan komen dari peserta yang
menginginkan penambahbaikan dalam program Temu Pemuda Serumpun yang
akan datang. Komen dan cadangan tersebut diterima baik agar cacat cela dalam
program akan datang dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai