Anda di halaman 1dari 26

MENDIRIKAN KHEMAH Pengenalan Proses mendirikan khemah adalah satu aktiviti yang mudah.

Namun sikap sambil lewa boleh membawa padah. Oleh itu, ketua perlu memastikan tapak khemah perlu sesuai, selamat dan selesa. Berikut ialah beberapa panduan mendirikan khemah yang boleh diaplikasikan.

PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN Sumber Asas Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat. Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda. Anda juga tidak digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah. Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

Perhubungan Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara. Sinar Matahari Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok. Denai Binatang Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.

MENDIRIKAN / MEMASANG KHEMAH

Khemah didirikan (dipasang) untuk membuat tempat kediaman sementara bagi berteduh daripada panas dan hujan. Biasanya, Khemah diperbuat daripada kain tebal, kain layar, campuran palastik (nilon) dan sebagainya.Pada masa kini, khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia adalah ringan dan senang dibawa ketempat perkhemahan.

Anda seharusnya mengetahui nama bahagian yang terdapat pada khemah. Kebiasaannya, sebuah khemah mempunyai bahagian seperti dinding, bumbung, pancang, tali pancang, penahan angina, tiang daripada kayu atau besi pintu. Sesetengah khemah mempunyai pintu dan penahan angin. Terdapat juga khemah yang tidak mempunyai tiang besi yang siap. Selain itu,terdapat juga khemah pasang siap seperti khemah ridge.

Rajah 5.0 : Bahagian Bahagian Khemah

5.2

JENIS- JENIS KHEMAH

Khemah satu tiang adalah ringan dan senang didirikan. Khemah jenis ini sesuai untuk perkhemahan ringkas. Ia boleh ditegakkan dengan menggunakan satu tiang seperti pada rajah. Khemah satu tiang juga dapat digunakan oleh seorang atau dua orang peserta sahaja.

Rajah 5.1 : Khemah Satu Tiang

1)

Khemah Bentuk A

Khemah Bentuk A dapat digunakan oleh tiga hingga enam orang peserta. Khemah jenis ini sesuai digunaakn untuk mengahadiri perkhemahanringkas dan kumpulan. Khemah ini juga senang dibawa dan didirikan serta ringan. Ia boleh ditegak dengan menggunakan dua batang tiang dan satu batang bumbung. Anda juga boleh menggunakan tali yang ditegangkan bagi membentuk bumbung khemah seperti penerangan dalam tajuk mendirikan khemah.

2)

Khemah Bentuk Dinding

Khemah bentuk dinding sesuai digunakan untuk perkhemahan kumpulan. Khemah ini senang dibawa,disimpan dan didirikan. Bentuk Khemah ini lebih kurang sama dengan khemah bentuk A . Khemah bentuk dinding mempunyai penahan angina atau hujung bahagian tepi. Penahan angina ini tingginya lebih kurang 15 -25 sentimeter. Khemah bentuk ini mempunyai ukuran 7.75 meter panjang dan 3.9 -4.2 meter lebar(termasuk penahan angin).

Khemah bentuk ini sesuai bagi suatu kumpulan patrol. Harganya tidak mahal berbanding dengankhemah bentuk lain. Khemah ini lebih selesa digunakan dan mempunyai ruang yang luas untuk berehat.

Rajah 5.2 : Khemah Bentuk Dinding 1

Rajah 5.3 : Khemah Bentuk Dinding 2 Khemah ini juga sesuai digunakan oleh satu patrol yang mempunyai ahli lebih kurangenam hinggalapan orang. Caramendirikan khemah jenis ini sama dengan cara mendirikan khemah bentuk A.

3)

Khemah Ridge

Sekarang kebanyakan kumpulan menggunakan khemah ridge untuk berkhemah. Khemah ini sangat sesuai digunakan bagi berkhemah dikawasan pergunungan, ditepi sungai, jambori dan sebagainya.Khemah ini sesuai untik tiga hingga sepuluh orang peserta. Khemah ini boleh dikelaskan kepada 3 jenis, iaitu khemah ridge jenis helaian terbang (tent barque double), khemah ridge dua tiang dan khemah ridge besar.

khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan. Biasanya, khemah jenis ini diperbuat daripada nilon atau terilin. Tiang khemah ini diperbuat daripada aluminium atau aloi (pancalogam).Khemah ini dapat memuatkan antara empat hingga tujuh orang peserta.

Rajah 5.4 : Khemah Bentuk Helaian Terbang

Bentuk khemah ridge dua tiang lebih kurang sama dengan bentuk khemah dinding. khemah ridge ini mempunyai dua lapis bahagian bumbungnya. Khemah ini lebih mahal harganya, namun kebanyakan kumpulan menggunakan khemah jenis ini.Khemah ini dapat memuatkan tiga hingga enam orang peserta.tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.

Rajah 5.5 : Khemah Bentuk Ridge Dua tiang Khemah rigde besar biasanya diperbuat daripada kanvas. Khemah jenis ini terdapat dalam berbagai bagai saiz dan berat. Misalnya, 35 kg, 40 kg dan tank 110kg. Khemah jenis ini dapat menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni. Biasanya,

khemah ini digunakan diperkhemahan tertentu dan terlampau berat untuk dibawa. Tank 110 kg hanya digunakan oleh pasukan tentera Negara kita. Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.

Rajah 4.6 : Khemah Bentuk Ridge Besar

5.3
1.

Memilih Tapak Mendirikan Khemah


Tanah atau tapak yang rata.

A)

Tapak

khemah

yang

rata

adalah

bertujuan

untuk

memudahkan

pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.

B)

Sebaik-baiknya kawasan yang

walau

pun

tapak akar-akar

yang

rata,

cuba

elakkan yang

daripada menjadi

terdapat

pokok

atau

batu

tapak khemah tersebut.

C)

Tapak

yang jika

rata

juga

akan

mengelakkan sebagai

daripada tempat

berlakunya air

air

bertakung hujan turun.

hujan

atau

bukan

laluan

ketika

2.

Berhampiran punca air.

A)

Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih.

B)

Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.

C) Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira ungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku

kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih.

D) Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran.

3.

Jauh daripada dahan mati.

A)

Pemilihan

tapak

perkhemahan

juga

mesti

berdasarkan

kepada

kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan.

B)

Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut.

4.

Tapak yang lebih tinggi dari punca air.

A)

Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai.

5.

Mudah untuk mendapatkan bantuan.

A) Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.

B) Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan orang atau mudah dihubungi.

C) Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak seperti Polis dan Jabatan Perhutanan.

berwajib

6.

Mudah untuk mendapatkan bahan bakar.

A) Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk memasak perlu diambil kira.

B) Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak perkhemahan yang dipiiih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak untuk mendapatkan bahan tersebut.

7.

Arah Kiblat

setibanya di suatu lokasi yang sesuai, yang perlu di perhatikan adalah di mana arah kiblat daripada kawasan tersebut, dan jadikan kawasan tersebut di hadapan, atau wujudkan satu lokasi untuk menunaikan Solat. Sekiranya ada orang yang ingin mendirikan Solat di tempat itu, dia tidak menghadap apa-apa aktiviti menusia.

8.

Arah Laluan Angin

Walaupun keadaan angin tidak menentu, tetapi ini boleh di perhatikan melalui bentuk muka bumi dan kawasan laluan angin "majoriti". Setelah perkara-perkara ini diketahui, barulah kita cuba memenuhi kriteria asas yang lainnya

Khemah perlu didirikan di tempat yang redup tetapi tidaklah secara tepat dibawah pokok. Khemah yang redup boleh membuatkan khemah tidak berbahang pada waktu siang. Khemah yang berada secara tepat di bawah pokok boleh mengundang kecelakaan daripada dahan yang rapuh, kebarangkalian pokok di panah petir dan juga kebarangkalian, binatang di atas pokok jatuh atas khemah. Khemah patut di dirikan tidak menghadap laluan angin secara berdepan dan tidak membuatkan kaki mengadap Kiblat. Jadi, pandai-pandailah mengatur. Khemah yang berada dalam laluan angin ( pintu menghadap angin ) mempunyai risiko untuk tumbang. Sekiranya hujan, khemah yg berada dalam laluan angin lebih mudah dimasuki tempias, air dan pasir. Sebaiknya khemah perlulah jauh dari sebarang sarang binatang. Jadi, sebelum khemah di pasang, pastikan juga tiada sarang sarang di tanah seperti sarang semut, tebuan, ular dan kala jengking. Khemah juga perlu di jauhi daripada kawasan berdekatan dengan semak dan lalang.

Pastikan khemah berada di lokasi yang ideal seperti jauh dari tempat berlaku kemalangan. Sebagai contoh, khemah yang berada berdekatan dengan sungai, mempunyai risiko dilanda "kepala air ". Khemah seboleh nya didirikan di tempat yang rata. Sekiranya tedapat benjolan sedikit, kawasan tersebut boleh di ratakan sedikit dengan menambah atau mengurangkan tanah, atau menambah bahan- bahan seperti daun.

Rajah 4.7 : Tentukan Arah Angin Mengikut Musim

4.8 Kayu Pancang Dan Cara Memancang

Sesetengah khemah seperti khemah bentuk dinding dan khemah bentuk A tidak mempunyai pancang yang telah siap. Pancang khemah ini perlu dibuat dikawasan perkhemahan. Biasanya khemah bentuk ridge mempunyai pancang yang telah siap. Apabila berkhemah dikawasan berpasir, tanah lembut dan semasa angina bertiup kencang, pancang yang telah siap tidak sesuai digunakan. Ini kerana pancangnya pendek.

Pancang yang dibuat daripada batang kayu sebesar ibu jari kaki dan panjangnya 0.3 0.4 meter boleh dibuat dikawasan perkhemahan. Hujung panjang ditajamkan seperti pada rajah 4.8(a). Pancang juga boleh dibuat daripada kayu yang leper (papan)

seperti pada rajah 4.8(b). Apabila memancang tali khemah, pancang yang digunakan seharusnya diketuk dengan pengetuk supaya kedudukannya bersudut tepatdenhan tali khemah dan bersudut 45 dengan tanah seperti pada rajah 4.8(c). Setelah

memastikan kedudukan pancang betul dan teguh,anda boleh mengikat tali khemah pada pancang tersebut.

Terdapat dua cara mengikat tali khemah pada pancangnya apabila tali khemah yang telah siap dengan pengubahsuainya seperti pada rajah 4.8 (d),anda boleh menegang dan mengendurkan tali khemah dengan cara mengubah kedudukan kayu

pengubahsuainya. Cara yang kedua ialah anda boleh menggunakan ikatan belitbagi mengikat tali pada pancangnya. Biasanya, seorang yang belum mahir

berkhemah,akan mengikat tali pada pancangnya. Selepas itu, barulah mereka mengetuk pancang kedalam tanah. Keadaan ini menyebabkan tali khemah akan menjadi kendur dan pancang menjadi tidakteguh dan kemas.

Tali khemah pada pancang seharusnya dikendurkan sedikit ikatannya sewaktu hujan. Tali khemah akan menjadi semakin tegang sewaktu hujan kerana proses pengecutan dan ditimpa hujan. Tali yang terlampau tegang boleh menyebabkan khemah mudah rosak dan koyak.

Rajah 5.8:(a) & Rajah 5.8:(b)Pancang Daripada Kayu Yang Leper

Rajah 5.8 :(c) & Rajah 5.8 (d) Cara Mengetuk Pancang Khemah

5.4

Mendirikan Khemah

Setelah menetapkan kawasan untuk mendirikan khemah, kitahendaklah mengetahui cara mendirikan khemah. Secara amnya terdapat dua cara mendirikan khemah, iaitu cara mendirikan khemah bentuk A dan dinding serta nara mendirikan khemah bentuk ridge.

i)

Mendirikan khemah Bentuk A dan Dinding

Kedua- dua jenis khemah ini boleh didirikan dengan menggunakan duabatang tiang dan satu batang kayu bumbung. Potong kayu atau buluh yang tingginya antara 1.2 1.5 meter untuk tiang khemah. Kemudian, tanamkan kedua dua tiang khemah. Selepas itu, ikat kayu bumbung dengan menggunakan ikat seraya. Seterusnya pasang helaian khemah seperti pada rajah 4.9

Rajah 4.9 :Cara Memasang Helaian Khemah

Rajah 4.10: Cara Memasang Khemah Yang Ringkas

Kadangkala semasa kecemasan, kita boleh mendirikan kedua-dua jenis khemah ini dengan menggunakan seutas tali. Kita seharusnya mencari dua batang pokok yang jaraknya sesuai untuk membentang khemah. Ikat batang poko tersebut dengan

menggunakan lilit dua simpul. Kemudian, pasangkan hekaian khemah seperti rajah 4.10 kita seharusnya membalut pokok tersebut untuk mengelakan berlakunya

kerosakan disebabkan oleh talipada pokok yang digunakan.

ii)

Mendirikan Khemah Bentuk Ridge

Khemah ridge dua tiang merupakan khemah pasang siap. Khemah jenis ini dapat didirikan dengan membentangkan ground sheet ditempat yang akan didirikan khemah. 1. Pancangkan keempat empat penjuru dengan tegang seperti pada rajah 4.11 (a ). 2. Pasang semua tiang dan besi bumbung khemah 3. Sambungkan tiang dan batang bumbung dengan sambungan yang betul seperti rajah 4.11( b ). 4. ketuk pancang dan ikat tali dipancang pada rajah 4.11 ( c ). 5. Dirikan tiang khemah perlahan lahan pada rajah 4.11 ( d ). 6. Ikat dengan tegang tali khemah seperti pada rajah 4.11 ( e ).

Beberapa peringatan yang harus diikuti oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah ialah: Parit parit kecil disekeliling khemah seharusnya dibina supaya air hujan yang turun dapat mengalir jauh dari khemah. 2. Tali khemah seharusnya diikat dengan tegang dan betul ke pancangnya supaya khemah tidak menggelendong. 3. Jarak antara khemah tidak terlalu hamper. Keadaan ini boleh menyebabkan pergerakan dalam khemah merbahaya.Jarak yang terlampau jauh pula akan menyukarkan perhubungan antara peserta .Jarak yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter. 4. Apabila berkhemah dihutan, kita seharusnya membawa ubat nyamuk dan serbuk sulfur(belerang). Serbuk sulfur ditaburkan disekeliling khemah untuk mengelakkan binatang berbisa daripada memasuki khemah pada waktu malam.

1.

Rajah 4.11 : Langkah- langkah mendirikan khemah Ridge

Rajah 5.12: Beberapa Khemah Yang Telah Siap Dipasang

Khairy

Pemilihan Kawasan/ Tapak Perkhemahan 1. Tanah atau tapak yang rata. A) Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. B) Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut. C) Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun. 2. Berhampiran punca air. A) Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih. B) Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. C) Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira sungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih. D) Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran. 3. Jauh daripada dahan mati. A) Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan. B) Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut.

4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air. A) Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai. 5. Mudah untuk mendapatkan bantuan. A) Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. B) Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan orang atau mudah dihubungi. C) Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan. 6. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar. A) Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk memasak perlu diambil kira. B) Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak perkhemahan yang dipiiih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak untuk mendapatkan bahan tersebut. 7. Keselamatan kawasan perkhemahan. A) Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting. B) Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang buas dan mudah diganggu oleh penceroboh luar. Keselamatan Khemah Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.

Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain daripada memasuki khemah. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas. Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan. Penjagaan Khemah Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul. Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan. Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia. Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwan perosak dan di tempat yang kering. Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah diperiksa dan lengkap sebelum disimpan. Peraturan Keselamatan Perkhemahan Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa. Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan. Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta menghargai kawasan sekitar. Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan. Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.

Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti. Memaklumkan kepada ketua pasukan/kumpulan, fasilatator atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa berhenti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan. Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang telah ditetapkan jika berkhemah berhampiran sungai, pantai atau tasik. Dilarang memiliki apa-apa senjata yang merbahaya seperti senjata api, dadah dan alat-alat yang menyalahi undang-undang. Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan. PERATURAN-PERATURAN DI HUTAN LIPUR. Di larang sama sekali kegiatan pugut (vandalisme), merosak, memusnah tumbuh-tumbuhan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kawasan hutan lipur. Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda. Hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan kawasan hutan lipur. Penggunaan api hendaklah diberi pengawasan supaya tidak berlaku kebakaran atau memusnahkan kawasan hutan lipur. Aktiviti-aktiviti mendaki, memancing, menduduki chalet / log-cabin dan berkhemah perlu mendapat kebenaran dari pihak pengurusan. PERINGATAN Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kejadian yang berlaku di atas diri dan harta benda para pengunjung semasa berada di dalam kawasan hutan lipur. DENDA Gunakan tong-tong sampah yang telah disediakan. Pembuangan sampah-sarap secara mengganggu (merata-rata) merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 83 (2), Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993). Mengambil hasil-hasil hutan dari kawasan hutan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 500,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu) dan penjara

selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun [Seksyen 15 (2), Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993). Menebang, memotong, menggelang, menanda, menutuh / menorah mana-mana pokok atau merosakkan dengan api atau memindahkan mana-mana pokok atau kayu tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu [Seksyen 81 (2)(b), Akta Perhutanan Negara 1994 (pindaan 1993). Menyalakan, menyimpan, membawa atau membiarkan api menyala dalam kawasan hutan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun tahun keduadua denda dan penjara itu. [Seksyen 82 (2), Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) PANDUAN PERKHEMAHAN DI HUTAN LIPUR Pemilihan Kawasan / Tapak Perkhemahan 1. Tanah atau tapak yang rata a) Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. b) Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut. c) Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun. 2. Berhampiran punca air a) Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih. b) Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. c) Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira sungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih. d) Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran. 3. Jauh daripada dahan mati a) Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar disekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan. b) Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat ditapak perkhemahan tersebut. 4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air. a) Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai.

5. Mudah untuk mendapatkan bantuan a) Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. b) Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan orang atau mudah dihubungi. c) Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan. 6. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar. a) Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk memasak perlu diambil kira. b) Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak perkhemahan yang dipilih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak untuk mendapatkan bahan tersebut. 7. Keselamatan kawasan perkhemahan. a) Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting. b) Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang buas dan mudah diganggu oleh penceroboh luar. Keselamatan Khemah Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain dari memasuki khemah. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas. Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan. Penjagaan Khemah Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul : Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan. Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia. Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwan perosak dan ditempat yang kering. Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah diperiksa dan lengkap sebelum disimpan. Peraturan Keselamatn Perkhemahan Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.

Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan. Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta menghargai kawasan sekitar. Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang. Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti. Memaklumkan kepada ketua pasukan / kumpulan, fasilatator atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa berhenti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan. Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang telah ditetapkan jika berkhemah berhampiran sungai, pantai atau tasik. Dilarang memiliki apa-apa senjata yang merbahaya seperti senjata api, dadah dan alat alat yang menyalahi undang-undang. Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan. PANDUAN KESELAMATAN AIR TERJUN / SUNGAI / TASIK / KOLAM 1. Pengguna dinasihat membaca dan patuh kepada peraturan-peraturan dan syarat-syarat penggunaan di papan tanda sebelum memasuki kawasan hutan lipur ini. 2. Seseorang yang tidak sihat atau berpenyakit adalah dilarang dari memasuki kolam renang. 3. Tiap-tiap perenang mesti patuh kepada penyelamat nyawa (life guard) atau mana-mana pegawai yang bertugas. 4. Semua perenang mesti memakai pakaian renang yang dibenarkan dan sesuai. 5. Perbuatan seperti bergurau secara kasar atau terjun sesuka hati adalah dilarang semasa berada di kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam. 6. Untuk tujuan keselamatan, perenang adalah dinasihat keluar dari kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam semasa hujan dan ribut petir. 7. Adalah dinasihatkan perenang tidak memakai jam tangan atau sebarang bentuk perhiasan semasa berenang. 8. Makan dan minum tidak dibenar di sekitar kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam. 9. Pengguna dilarang meludah di dalam kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam dan lain-lain perkara yang boleh mencemarkan kebersihan kawasan. 10. Pada bila-bila masa, pegawai yang bertugas adalah berhak menegah perenang dari berenang dan meminta mereka keluar daripada kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam 11. Tiap-tiap perenang adalah berenang di atas risiko mereka sendiri. 12. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku pada perenang. 13. Untuk tujuan melaksanakan peraturan di atas, kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam dalam kawasan Hutan Lipur ditakrifkan sebagai lingkaran kawasan seluas 4 meter disekelilingnya.

Anda mungkin juga menyukai