Anda di halaman 1dari 14

4.

0 PENGENALAN (PERMAINAN GASING) Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah permainan gasing. Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orangorang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

5.0 SASARAN UMUR PEMAIN Pada dasarnya,permainan gasing tidak berfokus kepada satu-satu tahap umur.Gasing bebas dimainkan oleh semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak hinggalah kepada yang dewasa.Ini berikutan terdapat peralatan yang sesuai dalam permainan gasing untuk semua peringkat umur sama ada dari segi saiz,bentuk dan cara permainannya dijalankan. Walaubagaimanapun,permainan ini lebih diminati oleh golongan yang telah berumur dan biasanya kerap dapat dilihat di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Gasing sebenarnya telah lama dimainkan oleh masyarakat-masyarakat terdahulu.Namun begitu,mereka hanya menggunakan peralatan-peralatan yang mudah didapati dalam permainan tersebut berbanding kini. Permainan ini mungkin akan pupus ditelan zaman suatu hari nanti sekiranya tidak terus dipraktikkan oleh generasi-generasi muda pada hari ini.Oleh itu,bagi memastikannya terus kekal dalam budaya masyarakat Melayu khususnya,serta sebagai lambang keunikan dan kesenian serta untuk melambangkan identiti masyarakat Melayu,permainan ini haruslah diserapkan di dalam jiwa masyarakat tanpa mengira kedudukan,pangkat,bangsa,budaya mahupun warna kulit.

6.0 PERATURAN DAN CARA-CARA PERMAINAN GASING Cara Bermain Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.Gasing pangkah dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan.Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak.Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya,dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya,kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing,tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing.Kemudian,gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. Pertandingan Gasing Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah.Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan. Gasing Uri Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri,seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok.Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip,kira-kira 60 cm panjang.Lopok juga diperbuat daripada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang,45 cm panjang.Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong.Bong berbentuk bulat,bergaris pusat kirakira 3.25 meter,dan dibuat di atas tanah yang keras. Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah.Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam. 3

Gasing Pangkah Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan.Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang.Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah,peraduan uri diadakan antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong.Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka.Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti.Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing. Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok.Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok,seperti dalam pentandingan gasing uri.Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama,pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah.Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula. Struktur Gasing Gasing memiliki tiga bahagian utama iaitu kepala,badan dan buritan gasing.Terdapat sedikit lekukan di bahagian bawah kepala gasing dan bahagian ini dipanggil leher gasing.Gunanya adalah untuk melilit tali gasing.Paksi diletakkan di bagian buritan gasing untuk menjaga keseimbangan putaran gasing di atas lantai.

Bahan Buatan Gasing Pada masa kini terdapat gasing yang dibuat dengan menggunakan paku dan bahan plastik.Namun, gasing tradisional dibuat dengan menggunakan kayu.Kayu-kayu yang sering digunakan untuk membuat gasing ialah dari jenis kayu merbau (sympetalandra borneensis), leban tanduk (vitex quinta), jeruk, bakau, kempas, sepan (gymnopetalum cochinchinensis), keranji (cynoptera polyandra), manggis, jambu batu, ciku (achras zapota) dan kayu asam jawa.

Kaedah Permainan Gasing Sebelum 1971,terdapat banyak bentuk peraturan dalam permainan gasing.Namun masalah 4

ini berjaya diselesaikan selepas wujudnya usaha-usaha untuk menyatukan permainan gasing sekitar tahun 1971-1973. Dalam permainan gasing,terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain gasing iaitu;kemahiran memusing,memangkah,mengangkat menegak dan membela uri gasing. Langkah-langkah dalam permainan gasing secara tertibnya melibatkan perkara melilit tali, melilit gasing,memusing gasing,memangkah gasing dan mengangkat gasing.

Tujuan Permainan Gasing Gasing bukan sahaja menjadi permainan pada masa lapang tetapi turut berperanan sebagai pengerat hubungan antara penduduk setempat.Permainan gasing menguji kemahiran,kecekapan dan kemahiran mengatur strategi di dalam pasukan.Pada masa kini,gasing merupakan salah satu tarikan pelancong di Malaysia.

Cara bermain CARA BERMAIN PERMAINAN GASING Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya.Sebelum tahun 1970,permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain.Pelbagai bentuk,saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing,semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing,memangkah, mengangkat,menegak dan membela uri gasing.Dalam permainan gasing langkah- langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:1. Melilit Tali 2. Melilit Gasing 3. Memusing Gasing 4. Memangkah Gasing 5. Mengangkat Gasing Melilit Tali Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking.Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik.Cara yang 5

pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup.Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri.Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut.Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya. Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung kepada pemain.Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan.Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing.Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing,pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan,kelembutan dan ketegangan tali.Selepas balingan gasing dibuat,tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri. Melilit Gasing Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan,iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing.Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama.Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu,labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata,jika keadaan labu tidak rata,kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir,mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca.Bagi menghasilkan cengkaman yang kuat,biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing. Lilitan gasing penuh Untuk melilit,gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit.Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing.Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama.Lilitan berikutnya pula 6

hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas,padat dan sejat.Semasa melilit,pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang.Jika ini berlaku,gasing akan borot dan membahayakan semua orang. Memusing Gasing Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing,memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak,kuat,ligat dan tetap.Untuk menghasilkan pusingan seperti ini,langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring,meleret atau borot.Umumnya,terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik,gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang.Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan.Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini.Semasa menghayun,gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan,barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan.Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan.Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah.Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat. Bagi pusingan sentap,gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak,ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak,iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi.Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan.Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan,sebelum dilepaskan.Setelah gasing terpacak ke bumi,sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak.Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan. Memangkah Gasing Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing.Tumpuan perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat.Terdapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan,iaitu pangkah totok,pangkah hentak,pangkah layang dan pangkah tebang. Pangkah totok. Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku,separas pula dengan bahu pemangkah.Sasarannya pula ialah pada bahagian labu,kepala atau bahu gasing.Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang.Jika menggunakan gasing yang agak berat,pangkahan 7

jenis ini kurang sesuai.Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini. Pangkah hentak Untuk melakukan pangkah hentak,badan pemangkah mestilah tegak.Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak.Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran.Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah.Sasarannya ialah pada kepala,labu atau bahu gasing.Jika tepat mengenai sasaran,kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan.Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan.Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper.Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan. Pangkah layang Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak.Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak.Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat,cepat dan kencang.Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah.Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu,labu,kepala atau tengkuk gasing. Mengangkat Gasing Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah,ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara.Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat,pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing.Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi.Bahagian terendah inilah yang akan diangkat.Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing.Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok.Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat.Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing.Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing. 8

7.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN Gasing *Tubuh Gasing diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang seumpama dengannya yang diiktiratkan oleh PEGAMA dan LEMBAGA PENGADIL GASING MALAYSIA (LPGM) ukuran : *Besar (diukur pada Labu) LilitanlUkur keliling 9

a. Dewasa (atas 18 tahun) - Minimum 36 cm ,- Maksimum 46 cm b. Remaja (13 - 18 tahun) - Minimum 36 cm ,- Maksimum 46 cm c. Kanak-Kanak (bawah 13 tahun) - Maksimum 36 cm ,- Minimum 34 cm 2 Tinggi (Dari Tapak Paksi ke Turap) a. Dewasa/Remaja - Minimum 8 cm ,- Maksimum 12 cm

b. Kanak-Kanak - Minimum 7 cm , - Maksimum 10 cm Berat a. Dewasa/Remaja - Maksimum 800 g b. Kanak-Kanak - Maksimum 600 g Paksi Gasing mesti berpaksi yang berbentuk selinder berukuran tidak melebihi 0.5 cm. Tapak Paksi: Garis pusat/diameter - Minimum 0.3 cm ,- Maksimum 1 cm

Temin Temin boleh dipasang di patak saja dengan tinggi maksimumnya ialah 5 cm dan ia hendaklah kemas dari lelas. Turap Kepala gasing boleh diturap dan ia hendaklah kemas dan lelas. Simpai *Gasing "TIDAK BOLEH" disimpai atau dibingkai sama sekali.

10

*Apa-apa yang bersifat simpai atau bingkai atau yang seumpamanya "TIDAK BOLEH" digunakan di mana-mana bahagian gasing. Tali Gasing Tali Gasing diperbuat daripada benang atau tali terap atau bahan-bahan yang seumpamanya tanpa dijalin dengan dawai-dawai halus bagi menguatkannya.

8.0 KESIMPULAN Permainan gasing dalam masyarakat Melayu sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri sama ada dari segi pembuatannya ataupun cara ia dimainkan.Malangnya,permainan gasing ini hampir pupus ditelan zaman apabila wujud permainan-permainan baru yang kononnya mampu membawa masyarakat kearah yang lebih bertamadun. Usaha-usaha pelbagai pihak seperti Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia dalam memartabatkan semula permainan tradisional ini dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

11

Walaubagaimanapun,selagi adanya generasi-generasi lama yang pernah mempopularkan permainan ini suatu hari dahulu,permainan ini mungkin tetap menjadi kebanggaan mereka. Ringkasnya,janganlah kita melupakan adat dan warisan sesuatu bangsa di mana disitulah bermulanya nama dan warisan masyarakat yang menjadi tunjang kepada perkembangan budaya seperti yang ada pada hari ini.

9.0 REFLEKSI Pada mulanya,kami beranggapan bahawa dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini tiada kerja kursus yang perlu dilaksanakan berikutan tiada sebarang berita mengenainya walaupun semester dua telah agak lama bermula. Walau bagaimana pun,pada 25 Mac yang lalu,Puan Melati sebagai salah seorang pensyarah dalam unit Pendidikan Jasmani telah menyerahkan kertas tugasan kepada Ketua Opsyen kedua-dua kelas dan memberikan serba sedikit penerangan mengenai tugasan tersebut.Setelah menerimanya,kami bersepakat untuk menubuhkan ahli kumpulan seramai tiga 12

orang yang terdiri daripada Muhammad Amar,Muhamad Afiq,Muhammad Shahirraz dan Khairun Nidzam untuk melaksanakannya. Oleh kerana kesuntukan masa ekoran kami hanya diberi tempoh dua minggu untuk menyiapkannya dan ditambah pula dengan tugasan-tugasan matapelajaran lain yang turut perlu diselesaikan,kami terus mencari maklumat-maklumat yang difikirkan penting untuk dimuatkan dalam tugasan ini di perpustakaan.Walaubagaimanapun,kami tidak menjumpai sebarang buku atau artikel yang sesuai digunakan sebagai rujukan.Pada pendapat kami bertiga,mungkin permainan ini sudah terlalu lama wujud dalam masyarakat dan tiada penulisan baharu mengenainya.Kesudahannya,kami hanya mencari maklumat daripada kemudahan internet yang sudah tersedia. Dalam proses penghasilan kerja kursus ini,banyak juga halangan yang terpaksa kami lalui.Antaranya,kami terpaksa bersengkang mata hingga larut malam gara-gara hendak menyelesaikannya dalam tempoh masa sesingkat yang mungkin.Selain itu,kami juga dihimpit masalah apabila bekalan elektrik terputus semasa penulisan kerja kursus sedang dijalankan.Walaubagaimanapun,kami beranggapan positif dan cuba mengawal diri agar tidak mengeluh apabila ditimpa dugaan-dugaan sedemikian. Akhir kata,kami amat berharap agar pihak tuan sudi untuk menyemak tugasan ini dan memberikan penilaian sewajarnya.Kerjasama pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

13

Gambar rajah contoh padang gasing

14

Anda mungkin juga menyukai