Anda di halaman 1dari 19

HBU111

SIR ANWAR SAFWAN BIN JUHARI


IKHTIAR HIDUP
- ASAS PERKHEMAHAN

KUMPULAN 1 :
• MUHAMMAD ALIFF
• MUHAMMAD AZFAR BIN AMIRUL IMRAN
• AIN
PENGENALAN PERKHEMAHAN
 Perkara asas kepada rekreasi atau kegiatan luar adalah perkhemahan. Jadi untuk
permulaan saya akan bincang dan kungsi pengalaman yang sedikit dan rasakan
amat cetek ini di blog ini.
 Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang
selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa
bentuk dan jenis tempat berlindungan itu.
 Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak
kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen
sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di
negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas,
kesejukan dan juga angin.
JENIS-JENIS KHEMAH
 Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah
ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula.
Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon
dan jenisjenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah
yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan
persekitaran yang berbeza :
KHEMAH PONCHO

1. KHEMAH NYLON BERNTUK "A" ATAU PONCHO YANG SESUAI


DIGUNAKAN DI KAWASAN TANAH RENDAH ATAU PANTAI.
KHEMAH JENIS INI AKAN MEMBERIKAN KITARAN UDARA
YANG BAIK DI TEMPAT-TEMPAT YANG AGAK PANAS.
KHEMAH DOME

2. KHEMAH NYLON BERBENTUK DOME ADALAH SESUAI DIGUNAKAN


DIPERGUNUNGAN KERANA BOLEH DITUTUP DAN MENGHALANG
DARI KESEJUKAN. KHEMAH INI BOLEH MEMERANGKAP UDARA
PANAS DI DALAM KHEMAH DAN MENGHALANG ANGIN SEJUK DARI
MENEROBOS KE DALAM. DENGAN INI MEMBERI KESELESAAN
KEPADA PENGGUNA DI PERSEKITARAN YANG SEJUK.
KHEMAH IGLOO

3. KHEMAH NYLON BERBENTUK IGLOO ADALAH SESUAI


DIGUNAKAN DI PERGUNUNGAN AIR BATU DAN DI TEMPAT
BERSALJI. FUNGSINYA SAMA DENGAN KHEMAH BENTUK
DOME DI ATAS, CUMA IANYA LEBIH MEMANASKAN.
BELL TENT

4.Mempunyai satu tiang di puncak khemah. Khemah jenis ini


sudah jarang digunakan kerana khemah ini lebih kepada
khemah untuk pengguna yang inginkan pengalaman
berkhemah yang lebih lama.
TEKNIK DAN KAEDAH PERKHEMAHAN
1. Perlindungan
 Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat memberikan
perlindungan kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk
angin dan sebagainya. Di samping itu ianya juga hendaklah dapat
memberi pelindungan daripada serangga-serangga.

2. Keselesaan
 Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama
dalam
 aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai
ruang untuk menyimpan barang-barang.
3. Kalis air
Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga khemah
yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita perlu memastikan bahawa
khemah yang dikatakan kalis air itu adalah benar-benar kalis air, supaya tidak menjadi
masalah apabila hujan.

4. Tahan lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil
kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan
lasak. Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan. Khemah perlu ringan
di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyak apabila ianya
digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan hayat untuk
satu jangka masa yang panjang dan munasabah.
5. Ukuran

Perkara ini juga merupakan perkara penting kerana apakah gunanya kita
mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya untuk satu atau dua
orang, sedangkan lokasi yang hendak dituju itu amat menyukarkan kita
membawanya.
PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN / TAPAK PERKHEMAHAN

Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang


membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada peserta.
Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tdak mengambil kira
beberapa faktor penting seperti di bawah:
a. Tanah atau tapak yang rata
 Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan – pemasangan khemah
dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walaupun tempat yang rata,
cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah
tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika
hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun.

b. Corak tapak perkhemahan


 Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah
atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang
curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan daripada membina khemah di
kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau
dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.
c. Berhampiran punca air

 Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air yang
bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang
bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan
sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air sama ada sungai, anak
air, telaga, kolam atau sebagainya.
 Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihannya supaya
tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang penyakit lain
yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga haruslah diketahui
dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana.

.
d. Tapak yang lebih tinggi dari punca air

 Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan
daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi
sungai dan air pasang dan sebagainya.

e. Mudah untuk mendapat bantuan

 Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat


yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.
Tapak perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai.
Selain itu juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah
melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan,
pihak yang bertanggungjawab yang lain.
f. Bilangan peserta perkhemahan

 Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang aktiviti. Sebagai


contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai. Penetapan ini akan mengelakan
daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahan
makanan dan juga khemah sebagai tempat tidur.. bukan itu saja, malah ianya akan
menimbulkan banyak lagi masalah lain.

g. Alam Persekitaran

 Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu aktiviti


perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar berkhemah. Peninjauan
tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak perkhemahan
tersebut dan juga boleh dilakukan dengan memahami keadan tersebut melalui peta
topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan pernah ke kawasan tersebut.
SUSUN ATUR BASECAMP

 Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemah


kecuali setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau
ketua pasukan. Di samping itu semasa memilih tapak untuk mendirikan
khemah, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian dan penekaan:

 Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring )


 Terlindung dari angin
 Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai
 Mempuyai pandangan persekitaran yang mernrik ( soronok, lapang,dan terhibur apabila
melihatnya ).
 Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan sekitar yang
lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah.
 Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita bergerak
semula bagi tujuan kecemasan.
PENUTUP

 Aktiviti ini dipilih kerana kawasan hutan di tapak perkhemahan adalah sesuai kerana
ia tidak terlalu tebal dan mempunyai struktur yang menarik untuk membolehkan
aktiviti ini dijalankan. Para peserta pula akan terasa lebih berani dan bersikap positif
apabila melakukan aktiviti ini. Apabila diletakkan secara berseorangan dalam
keadaan gelap gelita. Kita akan lebih mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya
dan dapat membentuk sikap yang lebih tabah, berani, yakin dan bersemangat untuk
menempuh segala cabaran yang mendatang.
THE END

Anda mungkin juga menyukai