Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA

PROGRAM PERKHEMAHAN SAINS SUKAN


SMK KENINGAU
2017
PENGELOLA : PELAJAR SAINS SUKAN TINGKATAN 6 RENDAH 2017

PROGRAM : PROGRAM PERKHEMAHAN SAINS SUKAN SMK KENINGAU 2017

TARIKH : 13 15 OKT 2017

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

TEMPAT : KOLAM REKREASI KENINGAU

1. PENGENALAN

Perkhemahan peringkat sekolah ini adalah salah satu aktiviti luar darjah yang mampu
meningkatkan pengetahuan pelajar.Perkhemahan ini mampu menyedarkan para pelajar
tentang bakat mahupun kelebihan diri masing-masing melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Selain itu, pelajar akan dapat merasai suasana baru di luar sekolah serta mampu mengurangkan
stress. Di samping menimba pengalaman, perkhemahan ini akan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim di kalangan guru dan pelajar.

2. RASIONAL

Kolam Rekreasi Keningau merupakan sebuah pusat aktiviti pendidikan luar yang terletak di
Keningau. Pemilihan tempat ini dibuat kerana mempunyai beberapa kriteria yang penting bagi
melaksanakan aktiviti pendidikan luar, antaranya :

Mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik, dewan dan tapak perkhemahan.
Keselamatan para peserta terjamin dari hari pertama perkhemahan sehingga hari
terakhir kerana adanya pengawal yang akan bertukar syif menjaga kawasan
perkhemahan.
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti Malam Kebudayaan, Mega Quiz,
aktiviti air dan banyak lagi.

3. NAMA PROGRAM

Perkhemahan amali Sains Sukan peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau


2017.
4. MATLAMAT

Antara matlamat program ini adalah seperti berikut :

Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman
dengan guru dan rakan-rakan.
Membina keyakinan diri pelajar dengan berfikir secara kritis apabila berhadapan dengan
situasi yang mencabar.
Saling hormat-menghormati tentang pendirian dan pandangan orang lain.
Mampu berfikiran matang dan mendidik sikap berdikari dalam setiap tindakan yang di
ambil.
Menjalankan amali Sains Sukan tingkatan 6 Rendah.

5. OBJEKTIF

Antara objektif bagi program ini ialah :

Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,


daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam menghadapi
cabaran hidup.
Membina dan memupuk sikap kepimpinan dalam diri pelajar dan mampu
mempraktikkan dalam apa juga keadaan.
Menanam sikap kerjasama, bertoleransi dan sentiasa bermuafakat dalam segala perkara
dengan mengelak perasaan dengki, mementingkan diri sendiri dan menyalahkan orang
lain.
Membina generasi yang bersemangat waja, cintakan agama dan negara.

6. KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar Sains Sukan tingkatan 6 rendah seramai 38 orang.


7. STRUKTUR ORGANISASI

7.2. JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : Ahmad Roffiq bin Dzulkifli

TIMBALAN PENGERUSI : Nur Fadillah binti Amsa

SETIAUSAHA : Siti Syazwani binti Waimin

TIMBALAN SETIAUSAHA : Marcella Marius

BENDAHARI : Jennyliah Amigo

TIMBALAN BENDAHARI : Armina binti Abd Mutalib

7.3. JAWATANKUASA KECIL PELAKSANA

AJK AKTIVITI : 1. Darheman bin Darial (K)

2. Aezey binti Muhd Bidry

3. Candlia Dominikchita

4. Nurul Fatiha binti Roslee

5. Nurul Aisyah binti Zulkifle

AJK PERALATAN : 1. Matthew Jolian (K)

2. Ahmad Roffiq bin Dzulkifli

3. Dg. Farhana Afiqah binti Ag. Husin

4. Naiza binti Karim@Kumpa


AJK KESELAMATAN DAN KECEMASAN : 1. Ahmad Tarmizi Bukhari bin Yusop (K)

2. Hendra bin Anuar

3. Vianney James@Jalius

4. Herlianah Devra Hermanto

5. Nur Rani binti Mohd Edin

AJK MAKANAN DAN MINUMAN : 1. Muhammad Arif bin Salimin (K)

2. Nurul Arifah Ain binti Taupin

3. Noor Safirah binti Aihip

4. Arbie binti Mohd Khairil

5. Siti Norhidaya binti Suti

6. Jovita Henry

AJK KEBERSIHAN : 1. Ardelin Ansilam (K)

2. Debbie Elfera Dius

3. Zafina binti Antakin@Elot

AJK HADIAH : 1. Sura Katak (K)

2. Kelly Suzan John

3. Supiah Doet@Doet
AJK TENTATIF : 1. Elvera Marius (K)

2. Fadilla Petrus

3. Christie Venessa Ebal

AJK KEROHANIAN : 1. Hendra bin Anuar (K)

2. Marcella Marius

AJK DOKUMENTASI : 1. Ain Zayanah binti John (K)

2. Vanessa Banagua

AJK PENGANGKUTAN : 1. Rylin Bemmin (K)

2. Ezra Germanus
8. PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA KERJA

Bil Jawatankuasa Perincian tugas


1. Aktiviti Merancang aktiviti sebelum
perkhemahan berlangsung.
Memastikan segala aktiviti yand
dijalankan bersesuaian dengan
lokasi pilihan.
Memastikan aktiviti berjalan dengan
lancar.
2. Peralatan
Menyediakan pelan pembahagian
tempat tapak perkhemahan
mengikut kumpulan masing-masing.
Menyediakan khemah yang
mencukupi untuk semua peserta.
Memastikan semua komponen dan
segala peralatan yang berkaitan
mencukupi.
Memastikan setiap khemah di buka
dan dibersihkan selepas
perkhemahan.
3. Keselamatan dan Kecemasan Memastikan tahap kesihatan
peserta dan segala peralatan berada
dalam keadaan yang baik.
Menyediakan peralatan ubat-ubatan
serta peti rawatan yang lengkap dan
mencukupi.
Menyediakan jadual pengawasan
dan kawalan keselamatan kawasan
perkhemahan.
Membuat makluman pihak polis
berhubung perkhemahan.
Membuat makluman kepada klinik
kesihatan berdekatan berhubung
bantuan kecemasan semasa
perkhemahan.
Memberi taklimat kecemasan yang
lengkap.
Melabel kawasan yang berbahaya.

4. Makanan dan Minuman Menyediakan makanan dan


minuman yang mencukupi kepada
semua peserta yang terlibat.
Menyediakan jadual serta menu
masakan setiap hari perkhemahan.
Menyediakan anggaran
perbelanjaan makan yang
mencukupi.
Mengurus dan menyediakan semua
peralatan memasak.
Mengemas dan membersihkan
semua peralatan memasak setelah
selesai perkhemahan.
5. Kebersihan Menyediakan segala peralatan
untuk kerja-kerja pembersihan.
Sentiasa memantau kebersihan
kawasan tapak perkhemahan.
Memastikan kawasan perkhemahan
berada dalam keadaan yang bersih
selepas perkhemahan.
6. Hadiah Menyediakan hadiah kepada
peserta berdasarkan pertandingan
yang dijalankan.
Menguruskan majlis penyampaian
hadiah.
Menyediakan lain-lain hadiah
sekiranya ada.
7. Tentatif Menyediakan jadual perkhemahan.
Menyelaras perjalanan aktiviti dan
pertandingan.
Melantik hakim-hakim untuk
pertandingan tertentu.
Mengendalikan acara majlis
pembukaan dan penutup.
Mengurus pendaftaran serta
kehadiran peserta.
8. Kerohanian Menyediakan jadual bertugas imam
bagi setiap waktu solat.
Memastikan semua pelajar
melakukan ibadah mengikut agama
masing-masing kecuali sebab
tertentu.

9. Dokumentasi Mengambil gambar serta video


sepanjang program berjalan.
Menyediakan satu laporan
(bergambar) selepas program
tamat.
10. Pengangkutan Menyediakan anggaran
perbelanjaan.
Menyediakan pengangkutan untuk
pergi dan balik.
Menyerahkan segala bil-bil kepada
bendahari.
Bekerjasama dengan AJK
Keselamatan dan Kecemasan.

9. MENU MAKANAN

Hari 1 Hari 2 Hari 3


Makan tengahari Sarapan Sarapan
Nasi putih Mihun + telur Nasi ayam
Kubis + sardin Milo Milo
Sosej + sos
Sirap dan air kosong Makan tengahari Makan tengahari
Pisang Nasi putih Nasi putih
Pucuk ubi Telur + kari ayam
Minum petang Sosej + sos Telur rebus + sos
Kopi Sirap dan air kosong Sirap dan air kosong
Roti Tembikai Tembikai

Makan malam Minum petang


Nasi putih Kopi
Kacang panjang + bilis Roti
Telur
Sirap dan air kosong Makan malam
Tembikai Nasi putih
Kubis + fishcake
Minum malam Telur + sosej
Teh susu Pisang
Roti
10. AKTIVITI YANG DI RANCANG

Antara aktiviti yang dirancang semasa perkhemahan :

Hari Pertama Hari Kedua Hari Ketiga


Rising Together Senamrobik Live A Healthy Life

Games/LDK 1 Explorace Sukaneka


1. Gadget(ikatan & simpulan ) 1. Hula Hoop 1. Rantaian kasih
2. Ikthiar hidup 2. Kembarku 2. Sehati Sejiwa
3. Model Mulia 3. Chopstick Gula-gula
4. Menara Tin 4. Tatang Piring Berair

Together We Are One Mega Quiz Majlis Perasmian &


1. Botol Penutupan
2. Lontaran Kasih 1. Penyampain sijil dan hadiah

Ceramah Malam Kebudayaan/Gala


Night
Self Confident
11. LAPORAN BENDAHARI

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA DEBIT KREDIT


(RM) (RM)
1. Baki kutipan pengelolaan 153
2. Yuran peserta 1710
(RM45 X 38 orang)
3. Yuran masuk 750
(RM750)
4. Tambang Bas 50
(RM25 x 2 trip)
5. Makanan - 480
(RM4 sehari X 40 orang X 3 Hari)
6. Peralatan dapur - 44
7. Hadiah - 232
8. Insurans Ditanggung oleh
pihak sekolah
9. Ubat Ubatan - 50
10. Bahan Permainan - 50
11. Pendaftaran 50
JUMLAH 1863 1706

Baki = RM1863 RM1706


= RM157
12. TENTATIF PROGRAM

TARIKH / HARI MASA AKTIVITI AJK BERTUGAS


7:30 AM- 9:00 AM BERGERAK KE TEMPAT AJK PENGANGKUTAN
PERKHEMAHAN
9:00 AM-9:30 AM PENDAFTARAN DAN AJK AKTIVITI
TAKLIMAT
9:00 AM-10:00 AM PEMASANGAN KHEMAH SEMUA
10:00 AM-11:30 AM AKTIVITI 1 (RISING TOGETHER) AJK AKTIVITI
JUMAAT 11:30 AM-12:30 PM MAKAN TENGAHARI AJK MAKANAN
(13/10/17) 12:00 PM-1:30 PM REHAT / SOLAT SEMUA /
AJK KEROHANIAN
1:30 PM-3:30 PM LDK 1 AJK AKTIVITI
3:30 PM- 4:00 PM MINUM PETANG AJK MAKANAN
4:00 PM- 6:00 PM AKTIVITI 2 AJK AKTIVITI
(TOGETHER WE ARE ONE)
6:00 PM-7:30 PM PERSIAPAN DIRI/SOLAT/ SEMUA /AJK
MORAL KEROHANIAN
7:30 PM- 8:30 PM MAKAN MALAM AJK MAKANAN
8:30 PM-9:30 PM CERAMAH SEMUA
9:30 PM- 10:00 PM MINUM MALAM AJK MAKANAN
10:00 PM- 11:00 PM SELF CONFIDENT AJK AKTIVITI
11:00 PM- 11:30 PM TAKLIMAT MANA-MANA AJK
11:30 PM LIGHT OFF / PERJUMPAAN AJK AJK KESELAMATAN
INDUK DAN AJK INDUK
TARIKH/HARI MASA AKTIVITI AJK BERTUGAS
5:00 AM- 5:30AM SOLAT / MORAL AJK KEROHANIAN
6:00 AM-7:00 AM SENAMROBIK AJK AKTIVITI
7:00 AM-8:00 AM SARAPAN PAGI AJK MAKANAN
8:00 AM-9:30 AM EXPLORACE AJK AKTIVITI
9:30 AM-10:30 AM LDK 2 AJK AKTIVITI
10:00 PM-11:00 AM PERSIAPAN DIRI SEMUA
SABTU 11:00 AM-12:00 PM MAKAN TENGAHARI AJK MAKANAN
(14/ 10/17) 12:00 PM -12:30 PM REHAT / SOLAT SEMUA/AJK
KEROHANIAN
12:30 PM 1:00 PM TAKLIMAT / PENYEDIAAN AJK AKTIVITI / SEMUA
AKTIVITI JUNGLE TRACKING
1:00 PM -3:30 PM MEGA QUIZ AJK AKTIVITI
3:30 PM -4:00 PM MINUM PETANG / SOLAT AJK MAKANAN/AJK
KEROHANIAN
4:00 PM- 6:00 PM GAMES AJK AKTIVITI
6:00 PM- 7:00 PM PERSIAPAN DIRI/SOLAT SEMUA
/MORAL
7:00 PM- 8:00 PM MAKAN MALAM AJK MAKANAN
8:00 PM- 10:30 PM MALAM KEBUDAYAAN AJK AKTIVITI
10:30 PM-11:00 PM TAKLIMAT MANA-MANA AJK
11:00 PM LIGHT OFF / PERJUMPAAN AJK SEMUA / AJK INDUK/
INDUK AJK KESELAMATAN
5:00 AM- 5:30AM SOLAT / MORAL AJK KEROHANIAN
6:00 AM-6:30 AM SENAMROBIK AJK AKTIVITI
6:30 AM-7:30 AM SARAPAN PAGI AJK MAKANAN
7:30 AM-8:30 AM SUKANEKA AJK AKTIVITI
8:30 AM-9:00 AM PERSIAPAN DIRI SEMUA
AHAD 9:00 AM-9:30 AM PERSEDIAAN PENUTUPAN SEMUA
(15/10/17) 9:30 AM-11:30 AM MAJLIS PERASMIAN SEMUA
PENUTUPAN
11:30 AM-12:30 PM MAKAN TENGAHARI AJK MAKANAN
12:30 PM 1:30 PM GOTONG ROYONG AJK PERALATAN /
SEMUA
2:00 PM BERGERAK PULANG AJK PENGANGKUTAN/
SEMUA

13. PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program ini akan dapat melahirkan insan yang berjiwa
kental, mempunyai jati diri dan sifat berdikari. Ahli jawatankuasa berusaha dengan sehabis baik
untuk merancang dan merealisasikannya. Kesungguhan peserta dalam melibatkan diri dalam
segala aktiviti adalah merupakan aspek yang juga paling dititikberatkan dalam perkhemahan ini.
Sebarang kecederaan mahupun kemalangan diharap tidak berlaku dengan begitu serius.
Dengan berakhirnya program ini,segala pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh
akan dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya untuk merancan dan
mengelola aktiviti seumpama ini dengan lebih baik.
Disediakan oleh,

(SITI SYAZWANI BINTI WAIMIN)


Setiausaha Perkhemahan Sains Sukan,
SMK Keningau.

Disemak oleh, Disemak oleh,

..
(AZMAN BIN ISMAIL) (ABDUL GANI BIN AJIM)
Guru Penyelaras Subjek Sains Sukan, Penolong Kanan Tingkatan 6,
Tingkatan 6 SMK Keningau. SMK Keningau.
Disahkan oleh,

..
(HJ AHMUD BIN HJ SARIBIN)
Pengetua,
SMK Keningau.

Anda mungkin juga menyukai