Anda di halaman 1dari 8

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW.

1. GELANGGANG

1.1 Luas gelanggang 13.4m x 6.1m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8m tinggi dari permukaan
lantai gelanggang. (Gelanggang pasir atau rumput tidak dibenarkan)

1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran
gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0m dari garisan tepi gelanggang dan
bebas dari sebarang rintangan.

1.3 Garisan Tengah.

Garisan tengah selebar 0.02m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.

1.4 Garisan Suku Bulatan.

Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9m ukuran
dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar 0.04m ini hendaklah keluar
dari tepi suku bulatan itu.

1.5 Bulatan Sepak Mula.

Bulatan sepak mula berjejari 0.3m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan petak
gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan
tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah di ukur dan digaris hala
keluar dan jejarinya 0.3m.

2. TIANG

2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita ) di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya
hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04m.

2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan
garisan tengah gelanggang.

3. JARING

3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06m-0.08m.

3.2 Lebar jaring adalah 0.7m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10m selari dengan garisan tengah
gelanggang.

3.3 Di kedua-dua hujung jaring di lekatkan pita 0.05m sebagai sempadan dari atas kebawah dan
kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.

3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 yang di perkuat dengan
benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan diatas paras tiang.

3.5 Ketinggian jaring dibahagian tepi setelah diregang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita ), manakala
dibahagian tengah jaring 1.52m ( 1.42m untuk wanita ) dari permukaan gelanggang.

4. BOLA TAKRAW

4.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat dari rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat dari
satu lapis fiber sintetik.
4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

4.2.1 Mempunyai 12 lubang.

4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.

4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41m hingga 0.43m untuk pemain lelaki dan 0.42m hingga
0.44m untuk pemain wanita.

4.2.4 Berat bola sebelum dimainkan diantara 170gm hingga 180gm untuk pemain lelaki dan 150gm
hingga 160gm untuk pemain wanita.

4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak
warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.

4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama
(durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain.
Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan dari ISTAF sebelum dimainkan di mana - mana
kejohanan antarabangsa.

4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia,
Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang telah diluluskan
oleh pihak ISTAF sahaja.

5. PEMAIN-PEMAIN

5.1 Sukan ini di mainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain sahaja.

5.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan Tekong (server)

5.3 Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di
sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang berada di sebelah kanan di
namakan Apit Kanan

5.4 Kejohanan Berpasukan

5.4.1 Setiap pasukan hendaklah mempunyai minimum 9 orang pemain ( 3 regu dimana 3 orang pemain
setiap regu) dan maksimum 15 orang pemain akan tetapi cuma 12 orang pemain didaftarkan untuk
setiap perlawanan.

5.4.2 9 orang pemain mestilah berada digelanggang semasa pertandingan dijalankan.

5.4.3 Mana - mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 9 orang, tidak dibenarkan bermain di
kejohanan ini dan dianggap kalah.

5.5 Kejohanan Antara Regu

5.5.1 Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 3 orang pemain dan maksimum 5 orang pemain ( 1
regu mempunyai 3 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan) kesemua mesti didaftarkan.

5.5.2 3 orang pemain mestilah berada digelanggang semasa pertandingan dijalankan.

5.5.3 Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak dibenarkan bermain di
kejohanan ini dan dianggap kalah melainkan pemain dikenakan kad merah dan diarahkan keluar
gelanggang, regu tersebut boleh bermain dengan 2 pemain sahaja tanpa melakukan pertukaran seperti
di para 7.5.

6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN

6.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw.
Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain
dan membahayakan kepada pemain adalah dilarang sama sekali.

6.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang
berlainan

6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna
cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama
maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka
mana-mana negara yang dinama dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.

6.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah
dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi /
T-Shirt hendaklah dimasukkan kedalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai
track-suits.

6.5 Semua Jersi / T-shirt hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain
hendaklah memakai nombor jersi yang sama untuk keseluruhan kejohanan. Cuma nombor 01 hingga 15
boleh digunakan dan nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi dibahagian belakang dan berukuran
10cm di bahagian depan ( Bahagian tengah dada ).

6.6 Ketua regu hendaklah memakai Arm Band di lengan kiri.

6.7 Mana - mana pakaian yang tidak mempunyai specifikasi yang dinyatakan didalam Undang Undang
Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan dari pihak Teknikal ISTAF.

7. GANTIAN PEMAIN

7.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam
mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain didalam pertandingan yang sama.

7.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan /
Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak didalam permainan.

7.3 Setiap regu boleh tidak menamakan pemain simpanan atau menamakan 2 orang pemain simpanan
tetapi dibenarkan membuat satu pertukaran sahaja.

7.4 Mana-mana regu dibenarkan mambuat pertukaran pemain oleh kerana kecederaan pemainnya
sekiranya para 7.2 belum dilakukan. Jika para 7.2 telah dilakukan maka perlawanan dihentikan dan
regu ini dianggap kalah.

7.5 Mana-mana regu mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan meneruskan
perlawanan dan dianggap kalah, melainkan pemain diperintah keluar gelanggang maka regu tersebut
dibenarkan meneruskan perlawanan dengan 2 orang pemain tanpa melakukan pertukaran pemain.

8. UNDIAN DAN WARM-UP

8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dan regu yangmemenangi undian
boleh memilih untuk Sepak Mula atau Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah mematuhi
dengan keputusan.

8.2 Regu memenangi undian akan memulakan Warm-Up selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu
lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan
bola rasmi.

9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA

9.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang
masing-masing dalam keadaan bersedia.
9.2 Tekong yang membuat sepak mula hendaklah sebelah kakinya berada didalam bulatan sepak mula.
Sebelah lagi kakinya mestilah berada diluar bulatan sepak mula untuk menyepak bola.

9.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada didalam suku bulatan
masing-masing.

9.4 Pemain regu lawan bebas berada dimana-mana kawasan didalam petak gelanggangnya.

10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.

10.1.1 Perlawanan dikendalikan oleh Pengadil, Pembantu Pengadil dan Pengadil Garisan. Regu yang
memilih sepak mula, memulakan permainan pusingan pertama. Selepas tamat pusingan pertama,
kedua dua regu hendaklah menukar petak gelanggang untuk memulakan pusingan kedua.

10.2 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit
membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, campakan semula hendaklah di lakukan
oleh apit dan amaran lisan akan diberi Pengadil kepada pemain tersebut. Jika masih melakukan
kesalahan yang sama maka dianggap batal

10.3 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak didalam gelanggang
masing-masing.
10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau tidak,
melalui antara dua pita sempadan dan jatuh didalam gelanggang pasukan lawan.

10.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, tidak perlu memainkan regu ketiga jika keputusan telah
diperolehi.

10.6 Dalam pertandingan sistem liga, pasukan hendaklah bermain ketiga - tiga regu, pasukan yang tidak
dapat bermain bagi regu ketiga memberi kemenangan percuma dan 21 mata bagi setiap set kepada
pihak lawan.

11. PERKARA-PERKARA BATAL

11.1 Pihak Sepak Mula

11.1.1 Apit yang membuat campakan, memain - mainkan bola ( menghempas, mencampak dan lain -
lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.

11.1.2 Mana mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau menyentuh jaring semasa
membuat campakan.

11.1.3 Tekong (server) melompat semasa melakukan sepakmula atau kaki memijak garisan bulatan
sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.

11.1.4 Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.

11.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi kegelanggang lawan.

11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.

11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.

11.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain - lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan
walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain object bagi membantu melakukannya.

11.1.9 Apit yang membuat campakan, mecampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata buat
kali kedua.
11.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.

11.2.1 Melakukan tingkah - laku yang boleh menganggu atau membuat bising atau menengking pihak
lawan.

11.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.

11.3.1 Pemain memijak garisan tengah ( kecuali semasa follow Through selepas melakukan rejaman
atau hadangan )

11.3.2 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan gelanggang lawan.

11.3.3 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada diatas
atau dibawah jaring kecuali semasa follow throught

11.3.4 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.

11.3.5 Bola menyentuh tangan.

11.3.6 Memberhentikan atau mengepit bola dibawah tangan / lengan antara kedua - dua paha / kaki
atau badan.

11.3.7 Sebarang anggota atau peralatan pemain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke
kawasan gelanggang lawan.

11.3.8 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.

11.3.9 Mana - mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakkan.

12. SISTEM KIRAAN MATA

12.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan
diberi kepada pihak lawan dan melakukan sepak mula seterusnya.

12.2 Mata kemenangan maksima untuk setiap pusingan ialah 21 mata, tetapi sekiranya mata berada
kiraan 20-20, tambahan 5 mata diberi menjadi 25 mata. Mana- mana regu mendahului 2 dan 1 mata dari
pihak lawan dikira sebagai pemenang.

12.3 Permainan dimainkan dalam 2 pusingan dengan 2 minit rehat diantaranya.

12.4 Jika masing-masing regu memenangi 1 pusingan, permainan akan di tentukan didalam pusingan
ketiga yang dinamakan pusingan tie-break dengan 15 mata. Sekiranya kiraan mata berada pada 14-14,
tambahan 3 mata diberi menjadikan 17 mata. Mana - mana regu mendahului 2 atau 1 mata dari pihak
lawan dikira sebagai pemenang.

12.5 Sebelum pusingan tie break bermula, Pengadil akan membuat undian dan regu yang memenangi
undian akan melakukan sepak mula. Tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu
mendahului kiraan mata 8.

13. REHAT (TIME-OUT)

13.1 Satu minit rehat akan diberi kepada kedua-dua regu apabila mana- mana regu mendahului mata 11.
Semasa pusingan Tie Break waktu rehat akan diberi kepada kedua-dua regu apabila mana-mana regu
mendahului mata 8, dan cuma 5 orang sahaja dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang.

13.2 5 orang iaitu 3 pemain dan dua yang lain berpakain kemas serta berlainan daripada pemain.

14. PERMAINAN TERGENDALA

14.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, ganggauan atau pemain
tercedera dan memrlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu.
14.2 Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga 5 minit. Jika selepas 5
minit, pemain tidak berupaya bermain, gantian pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat
pertukaran pemain seperti diperaturan No. 7, maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang.

14.3 Cuma Pengadil Rasmi sahaja boleh menhentikan perlawanan apabila berlaku gangguan atau
halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan.

14.4 Semasa tempoh permainan diberhentikan semua pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang
untuk minum atau mendapat tunjuk ajar.

15. TATATERTIB ( DISIPLIN)

15.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.

15.2 Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau
inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat dan Pengadil hendaklah menerangkan terhadap
keputusan yang telah dibuatnya.

15.3 Pengurus / Jurulatih Rasmi dan Pegawai di larang membantah keputusan Pengadil semasa
pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan. Tindakan disiplin boleh
di ambil terhadap pegawai berkenaan.

16. HUKUMAN.

KAD KUNING
Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:-

16.1 Tidak menunjukan semangat kesukanan dan melakukan perkara- perkara yang bertentangan
dengan etika sukan yang boleh menjejajaskan keseluruhan pertandingan.

16.2 Memaki atau mengeluarkan kata - kata kesat.

16.3 Berulang kali melakukan melanggar Undang - Undang Permainan dan Peraturan pertandingan.

16.4 Melambat - lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.

16.5 Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

16.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan Pengadil.

16.2 KAD MERAH

Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi kad merah jika melakukan kesalahan
berikut:-

16.2.1 Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh pengadil.

16.2.2 Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan.

16.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai dan penonton.

16.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.

16.2.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.

16.3 Mana - mana pemain yang melakukan kesalahan samada didalam atau diluar gelanggang terhadap
pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu Pengadil atau mana-mana orang dimana Kad Kuning telah
dikeluarkan adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu diterima oleh semua pihak:
16.3.1 Kesalahan : Kad Kuning Pertama

Hukuman :
Amaran Biasa

16.3.2 Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain diperlawanan yang lain
tetapi didalam kejohanan yang sama.

Hukuman :
Di gantung satu perlawanan

16.3.3 Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu perlawanan di
kejohanan yang sama.

Hukuman :
(i) Di gantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat ).

16.3.4 Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di
kejohanan yang sama.

Hukuman :
Digantung serta-merta dari bermain perlawanan seterusnya sehingga lembaga disiplin membuat
membuat keputusan.

16.3.5 Kesalahan : Pemain menerima 2 Kad Kuning Dalam perlawanan yang sama.

Hukuman :
(i) Di gantung dua perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / kelab yang terlibat )
(iii) Diberi Kad Merah diatas kesalahan disiplin ketiga dalam
mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama.

16.4 Mana - mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama ada kesalahan didalam
atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil,
Pengadil Garisan atau mana-mana pegawai: Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan
di ambil:-

16.4.1 Kesalahan : Menerima Kad Merah

Hukuman :
Di gantung serta-merta daripada bermain dalam mana - mana perlawanan sehingga Lembaga Disiplin

17. KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN

17.1 Tindakan perlu diambil terhadap Pegawai - Pegawai Pasukan yang berkelakuan buruk atau
menimbulkan kekacauan semasa kejohanan di jalankan sama ada didalam atau diluar gelanggang.

17.2 Mana-mana pegawai yang berkelakuan buruk dan menganggu kelancaran pertandingan akan di
iringi keluar oleh Pegawai Pertandingan dari gelanggang perlawanan. Pengadil akan memberhentikan
pertandingan serta - merta sehingga Pegawai Pertandingan atau Lembaga Disiplin Persatuan
Sepaktakraw Malaysia (PSM) memberi isyarat meneruskan pertandingan.

18. UMUM

18.1 Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk didalam
Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.
PINDAAN DILULUSKAN

Undang-undang Permainan ini telah dipinda dan diluluskan oleh Kongres ISTAF pada 23hb May 2008
bertempat di Bangkok,Thailand.

Anda mungkin juga menyukai