Anda di halaman 1dari 1

Bagaimana untuk terus buat tindakan ke arah cita-cita kamu sendiri?

Bermimpi adalah keupayaan yang kita semua miliki, dengan kebolehan ini seseorang dapat
membentukkan misi dan visi yang selalunya dikenali sebagai impian, tanpa impian kehidupan
seseorang itu hanya debu yang terapung di bawa angin ke mana yang dia tidak ingin, ataupun tempat
yang hanya membawa kepada kepuasan sementara tanpa tanggungjawab. “Jangan hidup seperti
hamba” perkataan ini sering saya ingatkan kepada diri saya sendiri, sehingga pada tahun 2018 baru
saya faham, bahawa saya telah menjadi hamba kepada sifat impulsif diri saya sendiri, saya ada
masalah saya berupaya memberikan jalan penyelesaian kepada orang lain selalunya…,namun saya
tidak berupaya membuat sebarang tindakan malah tindakan yang pernah dilakukan oleh saya
hanyalah disebabkan saya dipaksa berbuat demikian iaitu pada tahun 2017 pada bulan kedua feb saya
belajar di kalawon selama tiga bulan mengenai keusahawanan disitu saya berjumpa dengan kumpulan
rakan-rakan yang amat bersemangat dalam menceburi dunia perniagaan ini, ada masa itu kami
disuruh untuk menyatakan cita-cita masing-masing di khalayak ramai itupun hanya rakan-rakan sahaja
jadi saya katakan bahawa semasa umur saya 24 tahun saya memiliki aplikasi yang membolehkan
semua individu melakukan eksperimen di telefon pintar mereka sendiri tanpa perlukan makmal
sebenar, banyak yang kagum dengan idea tersebut namun tahun ini 2018 projek tersebut belum
dilaksanakan langsung menunjukkan komitmen saya amatlah rendah, tetapi saya ada idea yang baik
iaitu aplikasi pembelajaran , permainan, dan pemakananan matlamat ini amat jauh jadi saya cuba
belajar app development sekali lagi, saya buat jadual tapi saya masih tidak ikut jadual saya…. berasa
musnah tetapi rakan-rakan saya makin maju kehadapan… saya berupaya mengenalpasti masalah
namun saya tidak dapat menghadapi membuat tindakan… jadi saya cuba melihat apa-apa video yang
akan menyelesaikan masalah saya sedangkan pada masa saya berumur 12 tahun saya berupaya fokus
dan sabar ketika berbuat sesuatu, kini ia makin susah, ini kerana saya selalu bermain dengan telefon
pintar saya sehingga leka, jadi bagaimana untuk terus membuat tindakan? Saya rasa jawapannya
kamu patut soal diri kamu sendiri adakah “kau mahu berubah atau hanya ingin menjadi debu?” jadi
saya akan berusaha katakan ayat ini setiap hari bagi menyedarkan diri saya sendiri.. setakat itu sahaja
perkongsian saya hari ini selamat tinggal.

Anda mungkin juga menyukai