Anda di halaman 1dari 4

KHEMAH DOME

Khemah dome merupakan jenis khemah yang paling kerap digunakan di kalangan para pendaki, pengembara dan juga orang ramai yang berminat untuk berkhemah kerana ia mudah untuk dipasang dan ringan untuk dibawa ke mana-mana. Khemah dome juga dipanggil sebagai khemah kubah. Lapisan lantai di dalam khemah ini mempunyai dua lapisan yang tebal untuk keselesaan para pengguna dan juga lapisan luar yang diperbuat daripada bahan kalis air sebagai pelindung hujan. Permukaan melengkung di sekeliling khemah dome menyebabkan ianya stabil dan sukar ditiup oleh angin kencang. Selain daripada itu, bentuknya yang bulat juga membolehkan air hujan dapat mengalir dengan baik. Tahap kestabilan khemah ini adalah tinggi sehingga ia boleh di pindahkan ke mana-mana tempat tanpa perlu untuk memisahkan bahanbahannya. Ini dapat memudahkan para pengguna khemah jikalau hendak bertukar ke tapak khemah yang lebih strategik. Cara-cara Memasang Khemah Dome 1. Bersihkan kawasan yang dipilih untuk membuat khemah daripada batu, ranting kayu dan benda tajam yang boleh menyebabkan lapisan lantai khemah koyak dan seterusnya mencederakan orang yang tinggal di dalam khemah tersebut. 2. Keluarkan khemah dan item-item yang terdapat dalam beg simpanan khemah. Pisahkan lapisan luar dan kain tapak khemah serta kumpulkan pancang dan tiang khemah di tempat yang berbeza. Penyusunan khemah yang sistematik adalah amat penting supaya pembinaan khemah dapat disiapkan dengan cepat.

3. Tebarkan lapisan dalam khemah di permukaan tanah dengan kain tapak kalis air menghadap ke tanah dan pastikan pintu khemah tidak menghadap ke arah tiupan angin. Pasang pancang pada setiap sudut khemah dan pacak menggunakan tukul. 4. Seterusnya, sambungkan setiap batang tiang khemah sehingga menjadi satu tiang yang panjang. Tiang khemah dome adalah fleksibel. Ia diperbuat daripada bahan yang mudah untuk dilentur. Setiap khemah dome mempunyai dua tiang khemah yang panjang dan satu tiang pendek untuk pintu khemah. 5. Masukkan dua tiang khemah tersebut di setiap cincin besi yang terdapat pada lapisan bawah khemah yang terbentang. Pastikan tiang tersebut disambungkan di antara dua sudut yang bertentangan. Setelah siap dipasang, tiang khemah tersebut akan berada dalam bentuk X. Masukkan setiap penghujung tiang tersebut ke dalam pancang yang telah dipasang pada setiap sudut khemah. Seterusnya lenturkan tiang khemah ke atas untuk membuat bentuk kubah (dome). 6. Bentangkan lapisan luar khemah di atas permukaan kubah yang sudah terbentuk untuk dijadikan sebagai pelindung hujan. 7. Pasangkan tali pada lapisan atas khemah dengan setiap tiang yang berbentuk X tadi. Ketatkan ikatan yang telah dibuat. 8. Simpan semua keperluan dan barang-barang yang telah dibawa untuk berkhemah ke dalam khemah agar tidak dihinggap oleh serangga. Pemilihan Kawasan Perkhemahan/Tapak Perkhemahan Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada peserta. Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tdak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah: 1. Tanah atau tapak yang rata. Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walaupun tempat yang rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun.

2. Corak tapak perkhemahan. Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya. 3. Berhampiran punca air. Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air sama ada sungai, anak air, telaga, kolam atau sebagainya. Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti ciritbirit atau sebarang penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana. 4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air. Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai dan air pasang dan sebagainya. 5. Mudah untuk mendapat bantuan. Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain.

6. Mudah untuk mendapat bahan bakar. Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar juga merupakan faktor yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak, membuat unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu atau ranting-ranting kering, daun-daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya.

7. Keselamatan kawasan perkhemahan. Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan tersebut perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan sebagainya. 8. Jangkamasa perkhemahan. Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain. 9. Bilangan peserta perkhemahan. Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang aktiviti. Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai. Penetapan ini akan mengelakan daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah sebagai tempat tidur.. bukan itu saja, malah ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah lain. 10. Alam Persekitaran. Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu aktiviti perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar berkhemah. Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan dengan memahami keadan tersebut melalui peta topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan pernah ke kawasan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai