Anda di halaman 1dari 1

KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA

Penubuhan kelab ini adalah bermatlamat membentuk generasi baru pengguna jalan raya yang berhemah dan bertimbang rasa apabila berada di jalan raya serta mewujudkan budaya mengutamakan keselamatan(safety first culture) di kalangan ahliahli kelab serta persekitaran mereka sama ada di sekolah ataupun di rumah. OBJEKTIF meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan nilai-nilai baik dan amalan keselamatan di jalan raya menggunakan nilai-nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya setiap kali menggunakan jalan raya demi keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain berkongsi pengetahuan berkaitan nilai-nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya dengan orang-orang terdekat serta mempengaruhi mereka untuk menggunakan nilai-nilai baik dan amalan keselamatan apabila berada di jalan raya mengambil bahagian di dalam program-program keselamatan jalan raya anjuran pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta syarikat-syarikat swasta di negeri masing-masing dan juga di peringkat kebangsaan.

KELAB RUKUN NEGARA


OBJEKTIF Memperkukuhkan pengetahuan mengenai falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara. Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan warga pelajar. Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar tentang kepentingan Rukun Negara kepada rakyat dan negara Malaysia. Mendidik pelajar supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara. Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti. Melahirkan warga pendidik yang dapat menyumbang ke arah mewujudkan negara bangsa

Anda mungkin juga menyukai