Anda di halaman 1dari 3

10.

2 Tujuan dan Faedah Membuat Gajet


Kamus Dewan (2005) menyatakan bahawa gadget bermaksud alat atau mesin yang
kecil, manakala gajet pula merupakan sesuatu binaan yang dibuat menggunakan bahan-
bahan sekitar perkhemahan dan dicantum serta dikukuhkan menggunakan tali atau
pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. Dalam konteks ini,
apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus diberi perhatian
serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat (Chin Lee, 2015). Antaranya,
kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum seperti pinggang,
cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya. Kemudian, kekemasan susunan kasut dan
peralatan perkhemahan seperti cangkul, pencakar dan seumpamanya serta tempat
makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan juga merupakan elemen yang harus
difokuskan. Secara tidak langsung pembinaan gajet sudah pasti mempunyai tujuan dan
faedahnya.

Antara tujuan dan faedah membuat gajet ialat untuk memastikan taraf penghidupan
di kem lebih efektif. Kementerian Pelajaran Malaysia (2018) menjelaskan bahawa taraf
penghidupan seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan semasa perkhemahan
perlu diberi perhatian terutamanya keselamatan. Contohnya, tempat menyimpan,
menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak
perkhemahan. Dengan cara ini, perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di
rumah. Jelaslah, gajet yang berkualiti dengan fungsi yang efisien mampu mencantikkan
pemandangan di kawasan perkhemahan kerana ia dapat memantapkan mutu
perkhemahan.

Seterusnya, menggalakkan seseorang itu berfikiran kreatif dalam menghasilkan


peralatan yang diperlukan. Noorhayati Ali (2010) menerangkan bahawa sesuatu
pembinaan gajet hendaklah mempunyai fungsi yang dapat melahirkan idea-idea yang
baru. Buktinya, gajet dapat melindungi makanan daripada tercemar seperti gajet yang
digantung pada dahan pokok untuk meletakkan botol kicap, cuka dan selainnya. Hal ini
menggambarkan bahawa ia dapat mengelakkan kemalangan seperti terlanggar
peralatan yang tajam. Sesungguhnya, gajet yang kreatif amatlah diperlukan untuk
memudahkan kerja-kerja memasak, menghidang makanan dan sebagainya.

Kemudian, menanam semangat bekerjasama dalam sesebuah kumpulan untuk


menyiapkan gajet dalam tempoh masa yang singkat. Azman Malik dan Hazira Hamzah
(2007) menegaskan bahawa aktiviti perkhemahan tidak dapat dinafikan dapat
mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli yang menyertainya. Misalnya, gajet dapat
menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera. Hal ini
terbukti dapat membina semangat kekitaan dalam kumpulan apabila diterapkan dan
dipraktikkan semasa pembinaan gajet bersama-sama dalam kumpulan. Secara tidak
langsung dapat meningkatkan semangat pertandingan yang sihat. Oleh itu, setiap
individu akan merasakan “Feeling of sense of achievement” dalam sesuatu kejayaan
dalam menghasilkan gajet.

Kesimpulannya, gajet mempunyai tujuan dan memberi banyak faedah kepada kita
semua yang mengikuti perkhemahan. Hal ini disebabkan kerana ia dapat memudahkan
kita merujuk atau mendapatkan maklumat (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2018). Hal
ini secara tidak langsung dapat menguji keupayaan seseorang dalam mempraktikkan
kemahiran ikatan dan simpulan yang dipelajari semasa pembinaan gajet. Dalam konteks
ini, aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan diminati
oleh sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli
Unit Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah.
RUJUKAN
Azman Malik & Hazira Hamzah. (2007). Kadet Remaja Sekolah. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Chin Lee. (2015, April 22). Rancangan pengajaran harian kadet remaja sekolah . Retrieved
from Coursehero: https://www.coursehero.com/file/27501229/RANCANGAN-
PENGAJARAN-HARIAN-KRSdocx/
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2018). Buku panduan kadet remaja sekolah dan tunas
kadet remaja sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah.
Noorhayati Ali. (2010). Membentuk disiplin menerusi unit beruniform kadet remaja sekolah
dalam diri pelajar sekolah menengah vokasional. Johor Bahru: Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai