Anda di halaman 1dari 1

9.1.

1 TUJUAN ORIENTEERING/ PANDU ARAH

Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik-teknik pergerakan


dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan
kompas. Orienteering juga sukan rekreasi yang memerlukan imbangan antara koordinasi
fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik
kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang
diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut
susunan tertentu.

Antara tujuan aktiviti orienteering dijalankan adalah untuk:

a. Melahirkan individu yang bertanggungjawab.


b. Meningkatkan kecergasan fizikal, mental dan daya tumpuan.
c. Membina daya tahan kendiri.
d. Membentuk sikap positif.
e. Meningkatkan keyakinan diri seseorang.
f. Menikmati keindahan alam sekitar.
g. Membentuk individu yang berani mendepani cabaran.

Anda mungkin juga menyukai