Anda di halaman 1dari 15

Kesepaduan

Definisi : Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan beberapa ilmu pengetahuan, bahasa atau nilai-nilai dalam mata pelajaran lain (di luar PJ).

Contoh :
1. Bahasa penulisan mengenai sukan, sikap yang positif, kecergasan, pengekalan aktiviti dan jurnal pemakan yang berkaitan dengan kesihatan. 2. Kajian sosial perkaitan sukan dengan sejarah dan permainan dari pelbagai sosiobudaya. 3. Matematik kira mata yang diperolehi oleh sesebuah pasukan, jumlah bola yang diperlukan dalam permainan.

4. Sains dedahkan konsep pergerakan, otot, tuas, bahagian dan fungsi-fungsi tubuh manusia 5. Muzik lakukan pergerakan asas ikut rentak muzik.

Kepentingan : Melahirkan masyarakat yang seimbang. Bantu murid menguasai kemahiran atau ilmu pengetahuan mata pelajaran yang lain. Dapat berkomunikasi dengan murid melalui bahasa.

Penggabungjalinan
Definisi : Menggabungkan pelbagai kemahiran dalam satu masa (dalam PJ). - dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian murid

Contoh : Menggelecek bola Menjaring Berlari Melompat Menanduk

Kepentingan : Menimbulkan suasana waktu PJ yang menyeronokkan. Memaksimumkan kesan-kesan pembelajaran. Menarik minat pelajar dalam sukan. Meningkatkan kemahiran dalam permainan.

Integrasi
Definisi : Mencantum strategi yang terbaik, menarik, sesuai dan berkesan. Merupakan penggabungan, dua atau beberapa kaum (unsur, hubungan dan sebagainya) menjadi satu kesatuan.

Contoh : Pelajar dapat bermain bersama-sama dengan rakan tanpa mengira kaum. Bergilir-gilir memainkan bola. Pelajar diminta berjalan sambil menggelecek bola.

Kepentingan : Memupuk dan mengembangkan budaya nasional. Gabungkan unsur unsur seperti kaum dan sebagainya menjadi satu integrasi Malaysia yang saling menghormati kepelbagaian.

Kecergasan

3 Tunjang Utama Pendidikan Jasmani


Kesukanan Kemahiran

1. Kecergasan
Berasaskan i. Daya tahan kardiovaskular kesihatan ii. Daya tahan otot
iii. Kekuatan iv. Kelenturan v. Komposisi badan

Berasaskan perlakuan

i. Koordinasi ii. Imbangan iii. Ketangkasan iv. Kuasa v. Masa tindakbalas vi. Kepantasan

2. Kemahiran
Mendedahkan murid-murid untuk berfikir dan bermain dengan keseronokan. Ia meliputi : a. Pergerakan asas b. Permainan c. Olahraga d. Gimnastik e. Pergerakan kreatif f. Rekreasi g. Kesenggangan

3. Kesukanan
Tertumpu kepada amalan pendidikan yang perlu diketahui dan dikuasai oleh murid-murid di sekolah sebagai persediaan untuk mereka melibatkan diri dalam kegiatan kesukanan. Ia meliputi : a. Keselamatan b. Pengurusan c. Kerjaya d. Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan e. Etika

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai