Anda di halaman 1dari 3

4.

Bagaimanakah pula guru dapat merealisasikan elemen-elemen


Kemahiran Belajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
4.1

Pencahayaan dan pengudaraan

Semangat Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk


keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan
yang mencukupi. Guru haruslah memastikan alat elektrik ini berfungsi dan
melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat kerosakan. Susun
atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak
menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan
pengudaraan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap
untuk pengudaraan.

4.7 Tempat simpanan bekal makanan


Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah
menyediakan tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan
semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat
ini perlu dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya terdapat murid yang membawa
bekal makanan dan diletakkan di meja murid, andainya makanan itu tertumpah,
ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku
murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik perhatian murid
sehingga mengganggu tumpuanmurid semasa belajar. Dengan adanya tempat
simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan
lebih kondusif.

4.4 Sudut bacaan


Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di
sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk
keselesaan murid-murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan
memberi suasana seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak yang
memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini
untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi
daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih
bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi
sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina

seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan
perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan, buku yang rosak harus
diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya
kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk mendapatkan hasil yang
efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di
mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di
dalam bilik darjah.

4.2 Kerusi dan meja murid


Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini
ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan
yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah
sesuai dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid
disusun secara berkelompok di mana meja disusun secara berempat. Susunan
ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Selain itu, susunan ini dapat
menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada masa
yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan
kelompok membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling
membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Walau
bagaimanapun, untuk membuat susunan secara berkelompok ini, guru
hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan keluasan kelas
hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau ahli kelompok supaya boleh
bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif kepada kumpulan. Guru
juga bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan mengikut pencapaian
mereka. Hal ini akan memudahkan guru memberikan tugasan atau latihan
selaras dengan pencapaian murid.

4.3

Sudut multi-media

Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke21 memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabungjalinan
elemen-elemen ini menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk
proses pembelajaran. (Weinstein & Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran
kondusif sudut multi-media juga perlu ada di dalam setiap bilik darjah. Di sudut
ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan
murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding bahagian
tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid

mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi


kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multimedia secara bijak dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan
penggunaan multi-media. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat
menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan.

Anda mungkin juga menyukai