Anda di halaman 1dari 1

MENJAGA DAN MENYIMPAN PISAU DAN PARANG

Kegunaan pisau
Pisau digunakan terutamanya untuk:
1. memotong tali
2. memotong sayur-sayuran dan makanan
3. membuat pancang khemah
4. membuat gejet
Kegunaan parang
Parang digunakan di dalam kerja-kerja yang lebih berat, seperti:
1. memotong kayu
2. membelah kayu api
3. membuat pancang khemah
4. membuat gejet
Cara membersih dan menjaga pisau dan parang
Untuk menjamin keberkesanan fungsi pisau dan parang, ia mestilah dijaga dengan
teliti. Antara yang perlu dititikberatkan ialah:
1. mesti sentiasa tajam
2. apabila tumpul, perlu diasah dengan menggunakan batu pengasah atau batu kikir
3. keringkan permukaan pisau dan parang
4. disapu dengan selapis minyak pada permukaan pisau dan parang supaya tidak
berkarat
5. tidak boleh digunakan untuk membuka benda-benda keras (seperti makanan
dalam tin) kerana ini akan menumpulkan atau mematahkan matanya.
Menyimpan pisau dan parang
1. masukkan ke dalam sarung apabila tidak digunakan
2. simpan di tempat yang selamat
3. simpan di tempat yang kering supaya tidak mudah berkarat
Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan pisau dan parang
1. pisau dan parang mesti sentiasa tajam
2. jangan pakai pakaian yang labuh atau ketat sehingga mengganggu keselesaan
sewaktu bekerja
3. pakai kasut semasa bekerja
4. pastikan tiada orang lain yang berhampiran sewaktu bekerja
5. sebaik sahaja selesai menggunakannya, pisau dan parang hendaklah disimpan di
tempat yang selamat

Anda mungkin juga menyukai