Anda di halaman 1dari 2

LISAN (BAHASA MELAYU) TEJASWINIE RAMESH MENON 2A4

PERANAN RAKAN KARIB


Rakan karib dapat didefinisikan sebagai sahabat yang rapat dengan kita. Tidak dapat dinafikan bahawa tiap-tiap orang memerlukan rakan karib dalam kehidupan ini. Orang yang bernama rakan karib itulah yang akan membuatkan kehidupan kita lebih bermakna. Dalam hal ini , rakan karib jugalah yang biasanya menemani kita tatkala susah mahupun senang. Pendek kata, peranan rakan karib amat besar dalam hidup kita. Rakan karib mempunyai pengaruh yang besar terhadap diri kita. Sebagai seorang yang amat kita percayai, kita begitu mudah terikut-ikut oleh perlakuan dan kehendak rakan karib. Oleh sebab itu , kita perlulah bijak memilih rakan karib yang mampu membawa kebaikan kepada kita. Individu yang menjadi rakan karib kita berperanan sebagai pencetus semangat. Dia seharusnya berupaya mendorong kita ke arah perkaraperkara yang positif. Rakan karib juga tidak akan membiarkan kita keseorangan. Biasanya, dia akan memujuk dan memberikan kata-kata perangsang ketika kita berhadapan dengan kegagalan mahupun kesedihan. Seterusnya, rakan karib dapat dijadikan sandaran untuk kita berkongsi masalah yang melanda. Dia seharusnya menjadi pendengar yang sabar dan setia dan sedaya-upaya cuba memahami kita. Rakan karib juga seharusnya tidak akan memperkecil kita ataupun merendahkan kebolehan dan kemampuan kita.

Sebagai rakan karib, kita seharusnya saling bertukar pendapat antara satu sama lain. Rakan karib juga bersedia untuk berbincang tentang sesuatu masalah dengan cara yang berhemah. Selain itu, rakan karib biasanya ingatmengingati dan hormat-menghormati sesame sendiri. Hakikatnya, peranan rakan karib amat penting dalam kehidupan kita. Namun begitu, perlu diingat bahawa pengaruh rakan karib boleh membawa kebaikan mahupun keburukan. Terpulanglah kepada naluri dan kebijaksanaan kita untuk menentukan yang mana kaca dan yang mana permata.

Anda mungkin juga menyukai